Program Mega Prisma

Program Mega Prisma Selamat datang ke page rasmi Program Mega PRISMA ! AKSARA
2. SAHARA
3. KARISMA
4. SYURA
5. MAT

Page ini ditubuhkan khusus sebagai platform rasmi hebahan-hebahan berkenaan info setiap program mega berikut:

1.

[ KARISMA 2026 ][ ATUR CARA PERMAINAN ]Assalamualaikum WBT.Berikut merupakan atur cara bagi pertandingan futsal dan bola...
23/10/2026

[ KARISMA 2026 ]
[ ATUR CARA PERMAINAN ]

Assalamualaikum WBT.

Berikut merupakan atur cara bagi pertandingan futsal dan bola baling bagi kategori syabab serta pertandingan bola jaring dan bola baling diikuti permainan indoor bagi kategori akhawat untuk dijadikan rujukan semua peserta.

Diharapkan semua peserta dapat meneliti atur cara yang telah disediakan, membuat persediaan rapi serta memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan setiap pertandingan berjalan dengan lancar. Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan persaingan yang sihat terus menjadi pemangkin kejayaan KARISMA 2026!

Sekian, terima kasih.
: FOUR NATIONS, ONE PASSION :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

[ KARISMA 2026 ][ LIVE UPDATE: KUIZ ILMIAH DAN MIMBAR DAI ]Assalamualaikum WBT.Alhamdulillah, telah berlangsung pertandi...
22/10/2026

[ KARISMA 2026 ]
[ LIVE UPDATE: KUIZ ILMIAH DAN MIMBAR DAI ]

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, telah berlangsung pertandingan Kuiz Ilmiah dan Mimbar Dai bagi kategori syabab dan akhawat yang menghimpunkan para peserta untuk menguji keintelektualan, memperluas pengetahuan serta menyerlahkan bakat dalam penyampaian dakwah.

Setiap soalan menjadi medan menguji ketajaman minda, manakala setiap penyampaian menjadi ruang untuk menyampaikan ilmu dengan penuh keyakinan dan berkesan.

Teruskan mengikuti perkembangan semasa bagi menyaksikan kemeriahan pertandingan KARISMA kali ini!

Sekian, terima kasih.
: FOUR NATIONS, ONE PASSION :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

[ KARISMA 2026 ][ ATUR CARA PERMAINAN ]Assalamualaikum WBT.Pelbagai acara sukan dan intelektual bakal berlangsung pada 2...
22/10/2026

[ KARISMA 2026 ]
[ ATUR CARA PERMAINAN ]

Assalamualaikum WBT.

Pelbagai acara sukan dan intelektual bakal berlangsung pada 23 Oktober 2026, melibatkan futsal dan bola tampar bagi kategori syabab dan akhowat. Selain itu, pertandingan Debat Bahasa Melayu bagi kategori syabab dan akhowat turut dijadualkan berlangsung pada malam hari.

Setiap acara menjadi wadah untuk mengasah kemahiran, memupuk semangat berpasukan serta menyemai nilai kesukanan dan persaingan yang sihat. Semoga seluruh peserta dapat memberikan persembahan terbaik dan bersama-sama memeriahkan KARISMA 2026 dengan semangat kesatuan dan kesukanan yang tinggi.

Sekian, terima kasih.
: FOUR NATIONS, ONE PASSION :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

[ KARISMA 2026 ][ LIVE UPDATE: PERTANDINGAN E-SUKAN DAN INDOOR SYABAB ]Assalamualaikum WBT.Saksikan perkembangan terkini...
21/10/2026

[ KARISMA 2026 ]
[ LIVE UPDATE: PERTANDINGAN E-SUKAN DAN INDOOR SYABAB ]

Assalamualaikum WBT.

Saksikan perkembangan terkini pertandingan E-Sukan dan Indoor bagi kategori syabab menerusi live update yang membawakan sorotan aksi, perkembangan perlawanan dan persaingan sengit antara pasukan yang bertanding.

Teruskan memberikan sokongan kepada setiap pasukan yang berentap! Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan daya saing yang tinggi terus menjadi pembakar semangat sepanjang pertandingan berlangsung.

Sekian, terima kasih.
: FOUR NATIONS, ONE PASSION :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

[ KARISMA 2026 ][ ATUR CARA PERMAINAN KATEGORI SYABAB AKHAWAT ]Assalamualaikum WBT.Berikut merupakan atur cara bagi pert...
21/10/2026

[ KARISMA 2026 ]
[ ATUR CARA PERMAINAN KATEGORI SYABAB AKHAWAT ]

Assalamualaikum WBT.

Berikut merupakan atur cara bagi pertandingan Kuiz Ilmiah dan Mimbar Dai bagi kategori syabab dan akhawat untuk dijadikan rujukan.

Diharapkan semua peserta dapat membuat persediaan yang rapi, memperkukuh penguasaan ilmu serta meningkatkan keyakinan dalam menyampaikan hujah. Semoga pertandingan ini menjadi ruang untuk mengasah pemikiran kritis, menyuburkan budaya ilmu dan melahirkan generasi yang berani menyampaikan dakwah dengan penuh hikmah.

Sekian, terima kasih.
: FOUR NATIONS, ONE PASSION :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

[ KARISMA 2026 ][ PASCA: TILAWAH DAN HAFAZAN AKHAWAT ]Assalamualaikum WBT.Al-Quran merupakan petunjuk dan pedoman hidup ...
21/10/2026

[ KARISMA 2026 ]
[ PASCA: TILAWAH DAN HAFAZAN AKHAWAT ]

Assalamualaikum WBT.

Al-Quran merupakan petunjuk dan pedoman hidup bagi seluruh umat Islam. Melalui seni tilawah dan hafazan, para peserta bukan sahaja menampilkan keindahan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, malah turut memperlihatkan ketekunan dalam menghafaz serta memelihara kalam Allah SWT.

Pada 20 Oktober 2026, tepat jam 8.30 malam, telah berlangsung Pertandingan Tilawah dan Hafazan bagi kategori akhawat yang bertempat di Bayt PRISMA. Pertandingan ini menyaksikan penyertaan wakil akhawat daripada setiap rumah sukan yang mempersembahkan bacaan al-Quran serta menguji ketepatan hafazan masing-masing.

Semoga penganjuran pertandingan ini dapat menyemarakkan lagi kecintaan terhadap al-Quran, di samping mendorong para peserta untuk terus memperkukuh hafazan, memperindah bacaan dan menghayati ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

Marilah kita terus memberikan sokongan dan dorongan kepada para srikandi kita agar mereka terus bersemangat dalam menempuh setiap cabaran, sekali gus mengharumkan nama rumah sukan masing-masing sepanjang KARISMA 2026.

Sekian, terima kasih.
: FOUR NATIONS, ONE PASSION :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

[ KARISMA 2026 ][ PASCA: TILAWAH DAN HAFAZAN SYABAB ]Assalamualaikum WBT.Al-Quran merupakan panduan hidup umat Islam yan...
21/10/2026

[ KARISMA 2026 ]
[ PASCA: TILAWAH DAN HAFAZAN SYABAB ]

Assalamualaikum WBT.

Al-Quran merupakan panduan hidup umat Islam yang menjadi sumber cahaya dan petunjuk dalam meniti kehidupan. Melalui seni tilawah dan hafazan, para peserta bukan sahaja memperdengarkan keindahan bacaan ayat suci al-Quran, malah turut memperlihatkan kesungguhan dalam memelihara dan menghayati kalam Allah SWT.

Pada 19 Oktober 2026, tepat jam 8.30 malam, telah berlangsung Pertandingan Tilawah dan Hafazan Syabab bertempat di Bayt PRISMA. Pertandingan ini menyaksikan penyertaan wakil syabab daripada setiap rumah sukan yang tampil memperlihatkan kemahiran dalam seni bacaan al-Quran serta penguasaan hafazan masing-masing.

Semoga pertandingan ini terus menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran, di samping menyuntik semangat kepada para peserta untuk terus memperkukuh penguasaan ilmu dan menghayati kalam Allah SWT dalam kehidupan seharian.

Marilah kita terus memberikan sokongan dan dorongan kepada para adiwira kita agar mereka terus melangkah dengan penuh semangat, seterusnya mengharumkan nama rumah sukan masing-masing sepanjang berlangsungnya KARISMA 2026.

Sekian, terima kasih.
: FOUR NATIONS, ONE PASSION :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

[ KARISMA 2026 ][ ATUR CARA PERMAINAN KATEGORI SYABAB ]Assalamualaikum WBT.Berikut merupakan atur cara bagi permainan in...
20/10/2026

[ KARISMA 2026 ]
[ ATUR CARA PERMAINAN KATEGORI SYABAB ]

Assalamualaikum WBT.

Berikut merupakan atur cara bagi permainan indoor dan e-sukan bagi kategori syabab untuk dijadikan rujukan.

Diharapkan semua peserta dapat membuat persediaan yang rapi, memberikan komitmen yang tinggi serta menampilkan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan yang mantap sepanjang pertandingan berlangsung.

Sekian, terima kasih.
: FOUR NATIONS, ONE PASSION :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

[ KARISMA 2026 ][ ATUR CARA PERTANDINGAN TILAWAH DAN HAFAZAN KATEGORI AKHAWAT ]Assalamualaikum WBT.Berikut merupakan atu...
19/10/2026

[ KARISMA 2026 ]
[ ATUR CARA PERTANDINGAN TILAWAH DAN HAFAZAN KATEGORI AKHAWAT ]

Assalamualaikum WBT.

Berikut merupakan atur cara bagi pertandingan Tilawah dan Hafazan bagi kategori akhawat untuk dijadikan rujukan.

Semoga semua peserta dapat memberikan persembahan yang terbaik serta menjadikan pertandingan ini sebagai ruang untuk menimba pengalaman dan memperkukuh hubungan dengan Al-Quran.

Sekian, terima kasih.
: FOUR NATIONS, ONE PASSION :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

[ KARISMA 2026 ][ LIVE UPDATE: KHAT DAN BACAAN KITAB TURATH ]Assalamualaikum WBT.Aktiviti Khat dan Bacaan Kitab Turath m...
18/10/2026

[ KARISMA 2026 ]
[ LIVE UPDATE: KHAT DAN BACAAN KITAB TURATH ]

Assalamualaikum WBT.

Aktiviti Khat dan Bacaan Kitab Turath menjadi medan untuk menyemai kecintaan terhadap warisan ilmu Islam. Melalui goresan kalam dan helaian kitab, para peserta bukan sekadar menghayati seni dan mendalami ilmu, malah turut menghidupkan kembali tradisi keilmuan yang diwariskan oleh para ulama terdahulu.

Tepat jam 8:30 malam tadi, telah berlangsungnya Pertandingan Khat dan Bacaan Kitab Turath bertempat di Bayt PRISMA. Pertandingan ini melibatkan peserta syabab dan akhawat yang mewakili rumah sukan masing-masing untuk memperlihatkan kemahiran serta penguasaan ilmu yang dimiliki.

Oleh itu, marilah kita terus memberikan sokongan dan meniup semangat juang kepada para adiwira kita agar mereka terus melangkah cemerlang, mengharumkan nama rumah sukan masing-masing sepanjang berlangsungnya KARISMA 2026.

Sekian, terima kasih.
: FOUR NATIONS, ONE PASSION :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

Address

Mafraq

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Mega Prisma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share