Fakulti Sains Komputer dan Matematik FSKM - Perlis

Fakulti Sains Komputer dan Matematik FSKM - Perlis Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.

18 Mei 2026—Alhamdulillah. Tahniah kepada Puan Raihana Zainordin selaku ketua kontinjen FSKM SAF 2026, semua pengurus pa...
18/05/2026

18 Mei 2026—Alhamdulillah. Tahniah kepada Puan Raihana Zainordin selaku ketua kontinjen FSKM SAF 2026, semua pengurus pasukan dan atlet2 FSKM SAF 2026. 👏🏻👏🏻👍🏻👍🏻🥳🥳

15 Mei 2026—Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Bengkel Training of Tra...
15/05/2026

15 Mei 2026—Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (TOT) TECHLIT-IR4.0 di Smart Classroom, UiTM Cawangan Perlis melibatkan fasilitator dalam kalangan pelajar program CS110, CS240 dan CS251.

Bengkel ini dikendalikan oleh barisan trainer daripada pensyarah FSKM UiTM Cawangan Perlis iaitu Ts Dr Norziana Yahya, Dr Aznoora Osman serta Dr Noor Ashikin Mohd Razali (UNIMAP)

Program ini memberi pendedahan berkaitan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) seperti Artificial Intelligence (AI), Augmented Reality (AR), Internet of Things (IoT) dan teknologi hologram sebagai persediaan fasilitator bagi menjayakan program TECHLIT-IR4.0 bersama pelajar sekolah menengah sekitar negeri Perlis di SSTP Kangar.

Inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuhkan literasi teknologi digital, kemahiran komunikasi serta kepimpinan pelajar universiti dalam menyampaikan ilmu dan teknologi terkini kepada masyarakat dan generasi muda.

UiTM Cawangan Perlis

7 May 2026—Jerayawara Bersama Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiT...
07/05/2026

7 May 2026—Jerayawara Bersama Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM, Profesor Ts. Dr. Ahmad Zia Ul-Saufie Mohamad Japeri, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik), Prof. Madya Ts Dr Sofianita Mutalib, Ketua Pusat Pengajian Sains Komputer, Prof Madya Dr Normi Abdul Hadi, Ketua Pusat Pengajian Sains Matematik dan Prof Madya Dr Tajul Rosli Razak, Koordinator Sains Komputer.

Tempat: LT6, UiTM Cawangan Perlis


24 April 2026—Sekitar momen Majlis Apresiasi FSKM 2026 yang penuh makna bersama warga FSKM. Terima kasih atas kebersamaa...
04/05/2026

24 April 2026—Sekitar momen Majlis Apresiasi FSKM 2026 yang penuh makna bersama warga FSKM. Terima kasih atas kebersamaan, kerjasama dan semangat yang dikongsi. Semoga hubungan yang terjalin ini terus erat dan diberkati oleh Allah SWT.

30/04/2026
Seluruh warga Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Perlis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan...
20/03/2026

Seluruh warga Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Perlis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

l
19/03/2026

l

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh *team dan AJK Jalinan Ramadan 2026 Fasa 2* atas komit...
12/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh *team dan AJK Jalinan Ramadan 2026 Fasa 2* atas komitmen, kerjasama dan usaha yang telah dicurahkan dalam menjayakan *Majlis Iftar Perdana Mizan Hikmah* serta *Majlis Pelancaran Pelita Solar Lestari (QAMARIS)*.

Semoga segala sumbangan ini diberkati Allah SWT dan menjadi amal kebajikan yang berterusan. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

UiTM Cawangan Perlis

*JEMPUTAN JALINAN RAMADAN 2026 [FASA 2]: MIZAN HIKMAH 🌙*Terima Kasih Penyumbang Fasa 1! Sokongan anda dalam *Nur Kasih* ...
03/03/2026

*JEMPUTAN JALINAN RAMADAN 2026 [FASA 2]: MIZAN HIKMAH 🌙*

Terima Kasih Penyumbang Fasa 1! Sokongan anda dalam *Nur Kasih* telah berjaya membantu asnaf.
📊 Lihat Impak: https://www.facebook.com/share/p/1aeFoayN49/

Kini, jom teruskan pahala dalam *Fasa 2: Mizan Hikmah — Majlis Iftar Perdana* bersama warga emas & asnaf.

📅 Tarikh: *12 Mac 2026 (Khamis)*
🏰Tempat: *Country Road Homestay, Simpang Empat, Perlis*
========================
*PILIHAN INFAQ:*

*1. Pakej hadir Majlis Iftar:*
*🍽️ ​PAKEJ A* (COMBO:IFTAR DEWASA + INFAQ): RM50/pax

🥣*​PAKEJ B* (IFTAR KANAK-KANAK): RM35/pax

*2. Pakej tajaan sahaja(tidak hadir Majlis Iftar) :*
🍣*​PAKEJ C* (IFTAR DEWASA): RM40/pax

*🍱​PAKEJ D* (TABLE SPONSORSHIP): RM400

*🎗️PAKEJ E* (​DANA SEIKHLAS HATI)
========================

*⚠️ PENTING: MOHON ISI GFORM SEBELUM SCAN/BAYAR ⚠️*
Bagi memastikan niat sumbangan anda direkodkan dengan tepat

*KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ DAN LOCK SLOT*
🔗 Link GForm: https://forms.gle/vHYefQCVrFRxK2oR7

_“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut...” (HR Tirmidzi)_

The AI Power Duo: Master Gemini & Canva for Your StudiesPelajar Semester 6 program Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian...
12/01/2026

The AI Power Duo: Master Gemini & Canva for Your Studies

Pelajar Semester 6 program Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Rangkaian Komputer RCDCS2556A telah berjaya melaksanakan program SULAM bagi kursus ICT652 Ethical, Social, and Professional Issues in ICT di bawah bimbingan Dr. Aznoora binti Osman pada ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 8 Januari 2026
⏰ Masa: 2:30 PM - 4:30 PM
📍 Tempat: Podium Akademia Al-Farabi 3 Blok A UiTM Perlis
👥 Jumlah Peserta: 13 orang

Program ini bertujuan untuk:
1. Membangunkan kemahiran kerja berpasukan, komunikasi, profesionalisme melalui penganjuran bengkel intensif AI Chatbot
2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan AI Chatbots serta memberi kesedaran tentang penggunaan AI secara beretika.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini, khususnya pengarah program Muhamad Raziman bin Zulkipli, kedua-dua penceramah Muhammad Abdurrahman bin Saiful Rizal dan Iman Solikhin bin Mohd Zaim, peserta, serta barisan jawatankuasa pelaksana RCDCS2556A.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

UiTM Cawangan Perlis

Address

Arau

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6049882506

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Komputer dan Matematik FSKM - Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share