24/01/2025
ππππππππππ ππππππ ππππππππππ πππππππ (πππ) πππππππ ππππ ππππππππππ πππππππππ (πππ) 3ππ
26 Januari 2025, Bachok β Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan perjumpaan bersama Unit Pengurusan Kenderaan (UPK) 3PI UMK pada hari ini. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan pengangkutan pelajar di UMK dan mencari penyelesaian yang lebih efisien bagi kemudahan dan keselesaan pelajar.
Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat 3PI tersebut menjadi platform penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara MPP dan pihak UPK dalam menguruskan segala masalah pengangkutan yang dihadapi oleh para pelajar. Antara isu yang dibincangkan termasuklah perkhidmatan bas kitaran bagi ketiga-tiga kampus dan beberapa isu semasa yang melibatkan kepada pengangkutan.
Perjumpaan ini dihadiri oleh En. Mohd Noor Redza bin Zakaria, Ketua Unit Pengurusan Kenderaan 3PI UMK, yang memberikan penjelasan lanjut mengenai langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di UMK.
"Perjumpaan ini sangat penting bagi kami di UPK untuk mendengar terus pandangan dan cadangan daripada pelajar melalui MPP. Kami berharap dengan bekerjasama ini dapat memastikan perkhidmatan pengangkutan kepada pelajar dapat berjalan dengan lebih lancar dan memenuhi keperluan semua pihak," kata En. Redza.
Di akhir perjumpaan, kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan perbincangan dan bekerjasama lebih rapat dalam menyelesaikan isu-isu pengangkutan, seterusnya meningkatkan sistem perkhidmatan yang sedia ada.
MPP diwakili oleh Saudara Muhammad Abu Huzaifah bin Zulkifli, Naib Yang Dipertua, Saudari Nur Nadhirah binti Md Daud, Setiausaha Agung, Saudara Loi Kai Yuan, Eksekutif Pengangkutan & Prasarana dan Saudara Suttesh A/L Sugumaran, Eksekutif Keusahawanan dan Reformasi.