17/06/2026
Sesi Taklimat Refleksi Pencapaian CPI dan CIP SKTU 2026 PTTA
15 Jun 2026 | Bertempat di Auditorium Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM, telah berlangsung Sesi Taklimat Refleksi Pencapaian Core Performance Indicator (CPI) dan Core Initiative Project (CIP) Sasaran Kerja Tahunan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2026 bagi warga PTTA.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Norhaslini Abd Alim, Timbalan Ketua Pustakawan yang berkongsi perkembangan semasa pencapaian CPI dan CIP PTTA bagi tahun 2026, di samping membentangkan status pelaksanaan inisiatif strategik yang telah dirancang selaras dengan aspirasi dan hala tuju universiti.
Taklimat ini menjadi platform penting bagi menilai pencapaian semasa, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memperkukuhkan komitmen warga PTTA dalam memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan lebih berkesan dan sistematik.
Diharapkan sesi perkongsian ini dapat memperkukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi, meningkatkan kefahaman terhadap petunjuk prestasi utama universiti serta mendorong seluruh warga PTTA untuk terus menyumbang ke arah pencapaian matlamat strategik UTHM 2026.
Di Sini Hikmah Bermula