Kolej Vokasional Wakaf Tembesu

  • Home
  • Kolej Vokasional Wakaf Tembesu

Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
Jalan Tengku Omar
21300 Kuala Terengganu

26/05/2026
🌊✨ Program Operasi Bersih Pantai Sekitar UMT 2026 ✨🌊Alhamdulillah, pada hari ini pelajar Pemesinan Industri Kolej Vokasi...
21/05/2026

🌊✨ Program Operasi Bersih Pantai Sekitar UMT 2026 ✨🌊

Alhamdulillah, pada hari ini pelajar Pemesinan Industri Kolej Vokasional Wakaf Tembesu berpeluang menyertai Program Operasi Bersih Pantai Sekitar UMT anjuran pelajar Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim, Universiti Malaysia Terengganu, Komuniti Nelayan dan MBKT.

Program ini bukan sahaja memupuk semangat kesukarelawanan dan cintakan alam sekitar, malah mengeratkan hubungan kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti. 🌱🤝

Terima kasih kepada pihak UMT atas jemputan dan layanan yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Semoga usaha kecil ini memberi impak besar terhadap kelestarian alam untuk generasi akan datang. 💙🌍

✨ MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN DISIPLIN DAN SAHSIAH KVWT 2026 ✨Alhamdulillah, Majlis Perasmian Penutupan Bulan Disip...
21/05/2026

✨ MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN DISIPLIN DAN SAHSIAH KVWT 2026 ✨

Alhamdulillah, Majlis Perasmian Penutupan Bulan Disiplin dan Sahsiah Kolej Vokasional Wakaf Tembesu telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mei 2026 bertempat di Dewan KVWT. 🎉

Program ini bertujuan untuk memupuk budaya disiplin, sahsiah terpuji serta nilai integriti dalam kalangan pelajar. Pelbagai pengisian menarik telah dijalankan termasuk taklimat sahsiah, ikrar disiplin dan penyampaian penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan teladan terbaik. 🌟

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan kolej, para pensyarah, jawatankuasa program serta semua pelajar yang memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung.

Semoga usaha ini dapat terus melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia dan cemerlang dalam semua aspek. 💙💛

“Disiplin Diperkasa, Sahsiah Terbina”

Majlis dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar KVWT.

PERTANDINGAN FeSKOV KV TERUKIR DI BINTANG ZON TERENGGANU 2026Senarai pemenang peringkat zon:Solo:Johan  - KV Kuala Beran...
19/05/2026

PERTANDINGAN FeSKOV KV TERUKIR DI BINTANG ZON TERENGGANU 2026
Senarai pemenang peringkat zon:
Solo:
Johan - KV Kuala Berang
Naib Johan - KV Besut
Ketiga - KV Kemaman
Duo/duet:
Johan - KV Besut
Naib Johan - KV Kuala Berang
Ketiga - KV Wakaf Tembesu

Juri jemputan : Tengku Anis Suraya dan Mohamad Shamsul Rizal

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta.

19/05/2026

TERUKIR DI BINTANG 2026 ZON TERENGGANU

TARIKH : 19/5/2026 (SELASA)
MASA : 8.00 AM
TEMPAT : BILIK MULTIMEDIA ANGSANA KVWT

Tahniah kepada pasukan Kabaddi yang telah berjaya mengharumkan nama KVWT dalam Kabaddi Championship 2026 di UPSI, Tanjun...
18/05/2026

Tahniah kepada pasukan Kabaddi yang telah berjaya mengharumkan nama KVWT dalam Kabaddi Championship 2026 di UPSI, Tanjung Malim
Perempuan - Naib Johan
Lelaki - Ketiga

Address


21300

Telephone

+6096664220

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Wakaf Tembesu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your university to be the top-listed University?

Share