20/05/2026
🌱 BENGKEL SEMAKAN EDUCATION FOR SUSTAINABLE DEVELOPMENT (ESD) FEM 🌱
Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia telah menganjurkan Bengkel Semakan Education For Sustainable Development (ESD) sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh agenda kelestarian pendidikan selaras dengan aspirasi pembangunan mampan global.
Bengkel ini menjadi platform perbincangan dan semakan bagi memperkasa elemen Education for Sustainable Development (ESD) dalam kurikulum, pengajaran, penyelidikan serta aktiviti akademik dan pembangunan pelajar di FEM.
Melalui penganjuran bengkel ini, diharapkan warga fakulti dapat terus memainkan peranan aktif dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah mempunyai kesedaran tinggi terhadap nilai kelestarian, tanggungjawab sosial dan kesejahteraan masyarakat sejagat.
Semoga segala perancangan dan usaha yang dilaksanakan dapat memberikan impak positif kepada pembangunan pendidikan yang lebih lestari dan holistik. ✨