15/07/2023
MAJLIS RAMAH MESRA
PENOLONG REKTOR UiTM KAMPUS SUNGAI BULOH & SELAYANG
DAN KETUA PEJABAT POLIS BANTUAN (KPPB)
UiTM CAWANGAN SELANGOR (UCS)
Tarikh : 09 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : 0700hrs hingga 1200hrs
Tempat : Lobi Akedemik Fakulti Perubatan
Unit Polis Bantuan KSB KSL KTI telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Penolong Rektor UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Ketua Pejabat Polis Bantuan (KPPB) UiTM Cawangan Selangor (UCS) pada 09 Disember 2022 (Jumaat).
Majlis tersebut dimulakan dengan ketibaan Ybhg. DSP/PB Zakaria bin Ishak, Ketua Pejabat Polis Bantuan UCS disambut oleh Insp/PB Hadith bin Jamaludin dan seterusnya ketibaan Ybhg. Prof. Dr. Ahmad Taufek bin Abdul Rahman, Penolong Rektor menerima tabik hormat dan pemeriksaan baris.
Perbarisan tersebut melibatkan (15) anggota Polis Bantuan dan Pengawal Keselamatan dari Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang, Teluk Intan dan Puncak Alam.
Majlis turut mempersembahkan demonstrasi petunjukan T-Baton dan gari bagi kegunaan ketika membuat tangkapan. Majlis diteruskan lagi dengan amanat oleh Penolong Rektor serta penyampaian hadiah dan sijil kepada (4) anggota bagi Anugerah Cemerlang Bulanan (ACB).
Turut hadir semasa majlis, Prof. Dr. Ahmad Nazrun Shuid, Timbalan Dekan HEP Fakulti Perubatan, Ts. Rd Aidifitrina Binti Khirotdin, Pengetua Kolej Kediaman, ASP/PB Mohd Tarmizi Abdul Raman, Ketua Unit Polis Bantuan UiTM Puncak Perdana, PPK Nurul Junaidah binti Tarmizi serta PPK Noradibah binti Mokri dan barisan pengurusan pentadbiran kampus.