Fakulti Informatik dan Komputeran - FIK

Fakulti Informatik dan Komputeran - FIK Page for sharing information about Postgraduate and Undergraduate program at Faculty of Informatics

Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran

https://www.facebook.com/pmfikunisza/

π—™π—œπ—ž π——π—œ π— π—˜π——π—œπ—” | π—¦π—œπ—‘π—”π—₯ 𝗛𝗔π—₯π—œπ—”π—‘πŸ“° Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA terus memainkan peranan aktif dalam memberi...
02/06/2026

π—™π—œπ—ž π——π—œ π— π—˜π——π—œπ—” | π—¦π—œπ—‘π—”π—₯ 𝗛𝗔π—₯π—œπ—”π—‘

πŸ“° Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA terus memainkan peranan aktif dalam memberikan pandangan serta kepakaran berkaitan isu semasa teknologi dan keselamatan digital.

Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Abdul Aziz, Ketua Kluster Penyelidikan Teknologi Pintar dan Sistem Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), atas perkongsian pandangan beliau dalam akhbar Sinar Harian bertajuk "Benteng Anak Baharu Kenal Dunia" yang diterbitkan pada 2 Jun 2026.

Semoga perkongsian ilmu dan kepakaran ini terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang celik digital serta mengukuhkan reputasi UniSZA sebagai pusat rujukan ilmu dalam bidang teknologi dan keselamatan siber.

Seluruh warga Fakulti Informatik dan Komputeran merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Ong Yew Chuan atas pelan...
02/06/2026

Seluruh warga Fakulti Informatik dan Komputeran merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Ong Yew Chuan atas pelantikan beliau sebagai Duta AI Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi Tahun 2026, berkuat kuasa mulai 15 Mei 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kepakaran dan sumbangan beliau dalam memperkasa agenda kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pendidikan tinggi. Semoga amanah yang diberikan dapat terus memacu inovasi, memperkukuh pembangunan bakat digital serta menyumbang kepada kemajuan pendidikan tinggi negara.

HUAWEI FUTURE TECH INNOVATORS SUMMIT 202626 Mei 2026 – Seramai tujuh orang mahasiswa daripada Fakulti Informatik dan Kom...
26/05/2026

HUAWEI FUTURE TECH INNOVATORS SUMMIT 2026
26 Mei 2026 – Seramai tujuh orang mahasiswa daripada Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menyertai Future Tech Innovators Summit 2026 anjuran Huawei Malaysia yang berlangsung di Huawei AI Lab & Innovation Center, TRX Exchange @ 106, Kuala Lumpur.

Sidang kemuncak ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi perkongsian kerjaya oleh wakil Huawei Malaysia serta pengenalan kepada Program Huawei ICT Academy. Turut berlangsung ialah pameran teknologi AI+ Huawei yang mempamerkan pelbagai teknologi terkini seperti Huawei Cloud Services, sistem penyimpanan data selamat serta teknologi kamera pemantauan keselamatan menggunakan Huawei IVS1800 dan pelbagai inovasi digital yang lain.

Kehadiran mahasiswa FIK dalam sidang kemuncak anjuran Huawei ini selaras dengan Pelan Strategik UniSZA 2023–2030 di bawah Strategi Teras 5: Khalifah Masa Depan, khususnya melalui pengkhususan SP4: Minda Keusahawanan dan Industri. Penyertaan ini memberi pendedahan secara langsung kepada mahasiswa terhadap perkembangan teknologi semasa, keperluan industri ICT, inovasi kecerdasan buatan (AI), serta peluang kerjaya dalam ekosistem teknologi global.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M πŸ•‹Marilah kita hayati semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam mempe...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M πŸ•‹

Marilah kita hayati semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam memperingati Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah dan amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Seluruh warga fakulti mengucapkan tahniah kepada Ts. Wan Roshaimi Wan Abdullah Ketua Pegawai Teknologi CyberSecurity Mal...
24/05/2026

Seluruh warga fakulti mengucapkan tahniah kepada Ts. Wan Roshaimi Wan Abdullah Ketua Pegawai Teknologi CyberSecurity Malaysia diatas pelantikan sebagai Profesor Adjung di Fakulti Informatik dan Komputeran bermula 1 Mei 2026 sehingga 30 April 2027

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga fakulti atas pencapaian cemerlang dalam SKPG 2025.Pencapaian ini membuktikan kom...
19/05/2026

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga fakulti atas pencapaian cemerlang dalam SKPG 2025.

Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan fakulti dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.

Semoga kecemerlangan ini terus dikekalkan.

πŸ†βœ¨ Tahniah kepada Para Pemenang! βœ¨πŸ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Poster Inovasi Ge...
18/05/2026

πŸ†βœ¨ Tahniah kepada Para Pemenang! βœ¨πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Poster Inovasi GenAI sempena Festival IT4U 15.0!

πŸŽ¨πŸ“š Kategori Sekolah Rendah
Tema: β€œPalestin Sentiasa di Hatiku”

πŸ₯‡ Johan: SK Benting Lintang
πŸ₯ˆ Naib Johan: SK Tempinis
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: SK Pengkalan Nyireh

πŸ’»πŸ›‘οΈ Kategori Sekolah Menengah
Tema: β€œCelik Siber, Selamat Bersama”

πŸ₯‡ Johan: SMK Seri Nering
πŸ₯ˆ Naib Johan: SMK Nasiruddin Shah
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: SMA Maarif

πŸ‘ Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas kreativiti serta usaha yang ditunjukkan! Semoga terus cemerlang dan berinovasi. 🌟

Festival IT4U 15.0 yang bertemakan β€œKe Arah Generasi Khalifah Masa Depan Celik AI” telah berjaya melabuhkan tirainya den...
17/05/2026

Festival IT4U 15.0 yang bertemakan β€œKe Arah Generasi Khalifah Masa Depan Celik AI” telah berjaya melabuhkan tirainya dengan jayanya! Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Besut (PPD Besut) serta Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UniSZA. Penganjuran program ini adalah selaras dengan Pelan Strategik Universiti 2026 (PSU 2023–2030) ST5: Khalifah Masa Depan [SP3: Pemerkasaan Komuniti] yang menekankan usaha memperkasa peranan universiti, khususnya Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), dalam melaksanakan tanggungjawab sosial melalui jalinan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan sekolah.

Festival IT4U kali ini menyaksikan penganjuran tiga bengkel AI Generatif (GenAI) dan satu bengkel Internet Benda (IoT) untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Besut. Secara keseluruhannya, program ini telah melibatkan 18 orang guru dan 63 orang pelajar. Lebih menarik lagi, bengkel-bengkel untuk pelajar telah dikendalikan oleh mahasiswa & mahasiswi PMFIK dan RoboPro selaku fasilitator. Penglibatan ini jelas menunjukkan pemerkasaan mahasiswa & mahasiswi UniSZA dalam menyumbang ilmu, kemahiran dan kepakaran kepada komuniti setempat, khususnya dalam bidang teknologi digital dan kecerdasan buatan.

Festival selama dua hari ini mencapai kemuncaknya pada Majlis Perasmian Penutup yang telah berlangsung pada 14 Mei. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (CCoRM) UniSZA, mewakili Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Rozaidi Majid, Pegawai SIP+, yang hadir mewakili Encik Mohd Aliziyad bin Abas, Pegawai Pendidikan Daerah Besut. Pada majlis tersebut juga, penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Poster Inovasi GenAI telah diadakan sebagai penghargaan terhadap kreativiti, inovasi dan usaha para peserta dalam mengaplikasikan pengetahuan berkaitan Generatif AI.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui Festival IT4U 15.0 ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta, serta menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi khalifah masa depan yang celik teknologi, berdaya saing dan berakhlak mulia.

FIKTerbanglah

✨ SELAMAT MAJU JAYA ✨Fakulti Informatik dan Komputeran mengucapkan  selamat maju jaya kepada Encik Azwan Afifi Bin Adnan...
13/05/2026

✨ SELAMAT MAJU JAYA ✨

Fakulti Informatik dan Komputeran mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Azwan Afifi Bin Adnan, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Fakulti Informatik dan Komputeran atas pemilihan beliau sebagai Ahli Kontinjen Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Terengganu bagi menyertai MAKSAK Games 2026 – Indoor Games bagi Acara Dart yang akan berlangsung pada 14 hingga 17 Mei 2026 di Negeri Sembilan.

Semoga penyertaan ini membuahkan kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama fakulti serta kontinjen Terengganu.

Selamat berjuang dan semoga berjaya! πŸ’ͺπŸ†

πŸš€ FESTIVAL IT4U 15.0 KEMBALI LAGI β€ΌοΈβœ¨Fakulti Informatik dan Komputeran sekali lagi membawakan IT4U 15.0 yang bakal memer...
12/05/2026

πŸš€ FESTIVAL IT4U 15.0 KEMBALI LAGI β€ΌοΈβœ¨

Fakulti Informatik dan Komputeran sekali lagi membawakan IT4U 15.0 yang bakal memeriahkan UniSZA Kampus Besut pada:

πŸ—“οΈ Tarikh : 13 & 14 Mei 2026 (Rabu & Khamis)
πŸ“Œ Tempat : Fakulti Informatik dan Komputeran

Dengan tema:
🌟 _β€œKe Arah Generasi Khalifah Masa Depan Celik AI”_ 🌟

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Antaranya:

πŸ€– Bengkel Gen AI kepada Guru & Pelajar Sekolah
πŸ’‘ Pertandingan Inovasi AI
πŸ›οΈ Gerai Jualan
🏒 Pameran Produk

Festival kali ini menjanjikan suasana lebih MERIAH, lebih INTERAKTIF dan penuh dengan pengalaman baharu dalam dunia teknologi serta kecerdasan buatan (AI)! πŸ”₯

πŸ“’ Jemput hadir beramai - ramai dan Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai Festival IT4U anjuran Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA!

Address

Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Informatik dan Komputeran - FIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Informatik dan Komputeran - FIK:

Share