Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara-Cose Hvac, ILP Kepala Batas

Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara-Cose Hvac, ILP Kepala Batas CENTRE OF SKILL EXCELLENCE IN HEATING VENTILATION AND AIR CONDITIONING

16/05/2023

11 MEI 2023 || Berita ILP Kepala Batas

SEMINAR PENGURUSAN KESELAMATAN BAGI SISTEM PENYEJUKKAN AMMONIA

COSE HVAC ILP Kepala Batas dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan NRS Process System Sdn Bhd telah mengadakan satu seminar mengenai pengurusan selamat bagi sistem penyejukkan yang menggunakan Ammonia.
Seminar telah dimulakan dengan ucapan aluan dan pengenalan kepada sistem Ammonia yang telah disampaikan oleh Ketua Bahagian COSE HVAC Puan Shamimi Bt Khasim. Topik menarik seterusnya adalah Panduan Keselamatan Pengurusan Ammonia mengikut piawaian JKKP yang telah disampaikan oleh Pegawai JKKP Pulau Pinang Puan Rosnah Bt Nanyan. NRS telah diwakili oleh Jurutera kanan Encik Azman Abu Bakar yang menyampaikan tajuk Ciri-Ciri Refrigeran Ammonia dan juga Penyelaras Projek Teknikal Encik Mohd Ehsan Azam dengan tajuk Langkah Keselamatan Penggunaan Sistem Ammonia.
Seramai 60 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang telah dijalankan di bilik seminar COSE HVAC. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada kontraktor-kontraktor bidang HVAC, pekerja mahir, pengajar-pengajar ILKA Zon Utara dan pelajar diploma kursus penyejukbekan dan penyaman udara ILP Kepala Batas. Semua peserta yang hadir diberi sijil penyertaan.
Untuk info lanjut mengenai program-program yang dijalankan di COSE HVAC boleh menghubungi bahagian CESS di talian 04-5776100 ext 260 atau melayari laman web rasmi institut di
https://ilpkbpp.gov.my/ms/

"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"











Jom Kongsikannya..

16/05/2023
16/05/2023

10 MEI 2023 || Berita ILP Kepala Batas
KURSUS AIR CONDITIONER CERTIFIED TECHNICIAN (ACCT) RA INSTALLATION
COSE HVAC ILP Kepala Batas dengan kerjasama DAIKIN Academy telah menjalankan kursus ACCT RA INSTALLATION pada 6 hingga 8 Mei yang lepas. Kursus ini telah dihadiri oleh 10 orang tenaga pengajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dari seluruh Malaysia.
Program persijilan industri ini adalah diiktiraf oleh pihak Daikin Malaysia dimana peserta telah didedahkan dengan kaedah pemasangan dan pengendalian penyaman udara domestik mengikut standard industri Jepun. Untuk mendapatkan persijilan ini peserta telah diuji secara teori dan amali pada penghujung kursus ini.
Semua peserta terlibat telah diberikan Sijil Peningkatan Kemahiran pada hari terakhir berkursus oleh pihak ILP Kepala Batas. Tahniah kepada pengajar pakar dan peserta yang terlibat dengan kursus ini.
Untuk info lanjut mengenai kursus-kursus jangka pendek yang terdapat di COSE HVAC boleh menghubungi bahagian CESS di talian 04-5776100 ext 260.
Untuk peserta yang berminat untuk menyertai kursus ACCT RA Installation boleh melayari laman web berikut
https://academy.daikinmalaysia.com
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"











Jom Kongsikannya..

Tvet content
17/04/2023

Tvet content

Watch, follow, and discover more trending content.

Salam Aidilfitri
14/04/2023

Salam Aidilfitri

STAFF COSE HVAC K. Batas | TVET

Salam Aidilfitri
14/04/2023

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri COSE HVAC K. Batas | TVET 🇲🇾

21/03/2023

FORESTRY HIKING DAY 2023 @ ILP KEPALA BATAS

Sempena Hari Hutan Antarabangsa peringkat Kebangsaan tahun ini, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Malim Gunung Perhutanan (MGP) menganjurkan Forestry Hiking Day yang telah diadakan pada 18 March 2023. Bagi menyokong usaha murni ini, seramai hampir 200 peserta yang terdiri dari kakitangan, ahli keluarga dan pelajar ILP Kepala Batas yang mengambil bahagian dalam misi rakyat Malaysia mencipta rekod "Largest Participation in Mountain Hike Simultaneously" yang diberi pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBOR).
Misi kali ini berjaya mencipta rekod baru dengan menarik perhatian 14 negeri dan 5 negara dengan penyertaan seramai 12 104 peserta.
ILP Kepala Batas berbangga menjadi sebahagian dari misi mencipta rekod Malaysia di samping menyokong usaha negara menjadi Malaysia Madani.
Tahniah kepada semua peserta.

"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

















Jom Kongsikannya..

17/02/2023

15 FEBRUARI 2023 || Berita ILP Kepala Batas

PEMBENTANGAN DAN DEMONSTRASI PROJEK BAGI PERTANDINGAN KREATIVITI DAN INOVASI (CITEC) 2023

COSE HVAC ILP Kepala Batas telah menghantar satu projek inovasi yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pn Shamimi Bt Khasim, pengajar pakar En Ulul Azumi Bin Abd Hamid dan En Mohamad Zakaria Bin Abdul Rahman beserta dua orang pelajar diploma iaitu Muhamad Iqbal Bin Tarudin dan Muhammad Hariz Hakimi Bin Zokurnin. Projek yang diberi nama “Prototype Of Solar Energy Monitoring System In Camper Van (Sole-Camp)” ini telah dipilih untuk menyertai Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2023.
Projek ini telah pun dibentangkan semalam secara atas talian sebagai proses saringan kedua bersama-sama juri dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) Pelajar yang terlibat telah pun membuat pembentangan projek, menunjukkan video demonstrasi kefungsian projek dan seterusnya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh panel juri.
Semoga projek ini berjaya melepasi saringan kedua dan dapat mewakili ILP Kepala Batas ke peringkat seterusnya.
Untuk info lanjut mengenai projek-projek inovasi yang terdapat di COSE HVAC boleh menghubungi bahagian CESS di talian 04-5776100 ext 260.

"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"














Jom Kongsikannya..

16/01/2023

9-14 JANUARI 2023 || Berita ILP Kepala Batas

PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA.

Pelajar-pelajar Diploma Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara bagi sesi masukan 1/2022 telah pun membuat pembentangan projek akhir bagi sesi 2/2022. Terdapat 7 projek yang di bentangkan melibatkan 20 orang pelajar iaitu projek Mini Fruit Chiller, Mobile Cooling Fan, Electricity Saving For Cabin Use Solar System, Almari Pengeraman Telur, Simulation Solar Powered Campervan, Car Air Conditioning Training Kit dan Chiller With Wireless Control.
Pembentangan ini telah dinilai oleh Pegawai Penilai Luaran (PPL) dari ADTEC Taiping iaitu En. Zamri Bin Zakaria dan seorang wakil industri iaitu Mohd Khairulnizam Bin Ismail dari Syarikat Nizam Sejati Enterprise Sdn Bhd. Secara keseluruhan PPL dan wakil industri telah berpuas hati dengan pembentangan dan hasil projek pelajar dan mencadangkan beberapa projek yang berpotensi untuk ditambah baik dan dikormesialkan untuk pasaran.
COSE HVAC ILP Kepala Batas mengucapkan tahniah kepada semua pelajar semester akhir yang telah berjaya dan semoga terus maju jaya menempuh tempoh latihan industri kelak.

"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"













Jom Kongsikannya..

Address

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS, Jalan TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR
Kepala Batas
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara-Cose Hvac, ILP Kepala Batas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share