22/05/2026
Lawatan Sambil Belajar ke Farm Fresh UPM @ Serdang, Selangor
Pada 16 Mei 2026, seramai 38 orang pelajar bersama tiga orang pensyarah pengiring telah menyertai lawatan sambil belajar ke Farm Fresh UPM @ Serdang. Program ini merupakan kolaborasi antara Persatuan STEM dan Kelab MyAgrosi yang bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada industri tenusu dan pengurusan ladang komersial berskala moden di Malaysia. Pensyarah pengiring yang turut serta dalam program ini ialah Encik Ts Mejar Hairul Fadzli bin Ab Razak, Encik Muhammad Khairul Anam bin Zakaria, dan Encik Helmy Hanyff Bin Hairudin Ruzaili.
Sepanjang lawatan, para pelajar telah didedahkan kepada proses pengeluaran susu segar bermula daripada pengurusan lembu tenusu, sistem pemakanan ternakan, teknik pemerah susu menggunakan teknologi moden, sehingga kepada proses pemprosesan dan pengedaran produk tenusu kepada pengguna. Pendedahan ini memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap aspek teknologi pertanian dan inovasi dalam industri agromakanan.