Kullu A'lam

Kullu A'lam Perkongsian info asal usul melayu yang bertauhid. Kenal sejarah, kenal diri, tauhidkan ilahi

04/07/2026

Melayu bangsa Asal.. Bangsa bertauhid sebelum Nabi Allah Ibrahim AS wujud. Jawapannya ada pada DNA dan penemuan manusia lama yang seperti di diamkan.. Sehingga mendiamkan bangsa yang berperangai munafik.!!

03/07/2026

Kitalah yang merosakkan identiti kita sendiri.. Allahu.. SemogaAllah mengampunkan dosa kita semua. 😭😭

03/07/2026

In Syaa Allah.. Semuanya dibawah pengetahuanNya.

KULLU A'LAM 1: بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِNUSANTARA AGUNG TANAHNYANusantara luas terbentang sehingga ke lautan...
01/07/2026

KULLU A'LAM 1:

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

NUSANTARA AGUNG TANAHNYA

Nusantara luas terbentang sehingga ke lautan, aturan Nya sehingga ke jawa, dari atas Pattani jalurnya jatuh ke jantung (Tanah Melayu) pergi ke selat sehingga merentasi tanah seterusnya.

Tenaga bangkit, bangkit tenaga, bumi hidup, hidup nadinya, tenaga bangkit, bangkit tenaga, genggam hikmat, itu nadinya, darah panas mengalir tidak akan berhenti sehingga syahidnya semua. Pastikan kamu bertawaduk kepada Tuhan.

Bangsa melayu, bangsa beradab, bangsa yang setia dan tidak tersasar, darah yang pekat mengalir akan setia dengan agama dan bangsanya, mereka yang tercemar, itu yang menjual agama dan bangsa.

Aku menunggu masa, perjuangan belum berakhir, perjuangan kita bangsa melayu adalah perjuangan kita, Lillahitaala. Jati diri bangsaku.. Lemah..

Tetapi dua insan terpilih usaha tiada henti untuk mengembalikan kesucian agama dan pegangan diri… untuk mengembalikan kesucian di jiwa kepada yang Satu.

Bangsa melayu sejati akan mempertahankan tanah ini sehingga ke titisan darah terakhir.. tidak digadaikan tanah dan tidak digadaikan hasil buminya, hanya digunakan oleh mereka yang layak.. Semoga Allah memberi petunjuk.

Bumi semakin pekat hitam diselubungi kejahatan, tetapi setiap Langkah Cahaya yang memancar bumi membersihkan satu persatu bekas kehitaman itu.. Tiada guna untuk angkuh dan riyak kerana Amanah Allah tiada senang .. Allah telah memilih dari sebelum terbitnya benih, oleh itu segala ketentuan adalah daripada Tuhan.

Perjuangan ini belum berakhir, ianya baru bermula.. bangkit melayu..BANGKIT!!

تواه

28/06/2026

Gunung Ledang?

Allah.. Allah.. Allah..
25/06/2026

Allah.. Allah.. Allah..

Berimanlah kamu kepada ayat-ayat ALLAH SWT. Al Baqarah (2:148) وَلِكُلٍّۢ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا ۖ فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْ...
25/06/2026

Berimanlah kamu kepada ayat-ayat ALLAH SWT.

Al Baqarah (2:148)

وَلِكُلٍّۢ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا ۖ فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرَٰتِ ۚ أَيْنَ مَا تَكُونُوا۟ يَأْتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ١٤٨

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

https://quran.com/ms/al-baqarah/148

Allah SWT adalah pemilik segala makhluk dan ciptaan Nya. Putih cahaya menerangi alam tiada akan terpadam oleh pekat kehi...
25/06/2026

Allah SWT adalah pemilik segala makhluk dan ciptaan Nya. Putih cahaya menerangi alam tiada akan terpadam oleh pekat kehitaman kejahatan. JAUHI DAJJAL, IBLIS, SYAITAN DAN JIN !!!!! ITU SEMUA LAKNATULLAH... Apakah kamu masih tidak mengerti???

Hebatnya tanah air melayu hanya orang-orang terdahulu sahaja tahu.. Kebenarannya, tanah ini menjadi rebutan kerana agama...
25/06/2026

Hebatnya tanah air melayu hanya orang-orang terdahulu sahaja tahu.. Kebenarannya, tanah ini menjadi rebutan kerana agama/tauhidnya, daulatnya dan hasil buminya.. Sekadar persoalan.. Agak-agak dimanakah tempat yang sesuai untuk memulakan peradaban manusia setelah Allah SWT menenggelamkan bumi ini dengan air Nya. Makhluk-makhluk (manusia dan binatang) perlukan sumber makanan untuk hidup. Dan bahan-bahan untuk membina peradaban. Ada kajian dan penemuan tua yang lebih lama dari candi-candi dan tapak-sejarah lain.. Jadi.. Sebelum 'claim' tengoklah jauh ke depan dan jangan lupa DNA melayu tu asal tiada bercampur atau cemar.. Bukan 6 tapi 7 lekuk ya.. Asli.. Allahu A'lam.

KENAPA SEMUA NAK CLAIM TANAH MELAYU?

Sekarang makin ramai di media sosial kata:

“Kedah Tua itu kerajaan India.”

“Candi semua dibina orang Chola.”

“Melayu cuma tumpang sejarah.”

Persoalannya… betul ke?

Ya, pengaruh India memang kuat dalam sejarah Nusantara.

Sanskrit digunakan.

Agama Hindu-Buddha berkembang.

Candi dibina.

Tetapi pengaruh budaya tidak sama dengan “semua ini milik India”.

Kalau itu logiknya…

adakah Malaysia hari ini milik Barat hanya sebab kita guna bahasa Inggeris dan sistem moden?

Hakikatnya, Kedah Tua ialah pusat perdagangan antarabangsa.

Pedagang India datang.
Pedagang Arab datang.
Pedagang China pun datang.

Tetapi tanah itu masih dihuni masyarakat tempatan di rantau ini.

Ahli arkeologi hari ini lebih cenderung melihat Kedah Tua sebagai tamadun tempatan yang bersifat kosmopolitan... menerima pengaruh luar, tetapi berkembang dengan identiti sendiri.

Chola memang pernah menyerang rantau ini sekitar abad ke-11.

Tetapi menyerang tidak bermaksud memerintah seluruh Alam Melayu selama ratusan tahun.

Masalah hari ini bukan sejarah India.

Masalahnya ialah ramai melihat sejarah Tanah Melayu dan Rantau ini, seolah-olah orang tempatan tiada tamadun sendiri sebelum kuasa luar datang.

Padahal Melayu lama bukan hidup terasing.

Mereka pedagang.
Pelaut.
Diplomat.

Dan mereka berhubung dengan dunia jauh sebelum penjajah Eropah tiba.

Soalnya sekarang…

Kenapa kita terlalu mudah percaya tamadun sendiri “milik orang lain”?

👉 Ikuti pengembaraan Malay Discovery dalam artikel seterusnya…

Soalan:

Pengaruh luar memang wujud dalam sejarah Melayu… tetapi adakah itu bermaksud tamadun ini “bukan milik masyarakat tempatan”?

Rujukan:

Kajian Arkeologi Sungai Batu, USM
O.W. Wolters — Early Indonesian Commerce
George Coedès — The Indianized States of Southeast Asia
K.A. Nilakanta Sastri — sejarah Chola
Mokhtar Saidin — kajian Lembah Bujang

Address

Kuala
21300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kullu A'lam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share