Kulliyyah al-Qalam - Institute of Islamic Education Charity كلية القلم ، مؤسسة تربوية وقفية إسلامية
27/03/2020
قال الله ﷻ :-
*﴿فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ﴾*
من الطبيعي أن ترى السفينة في الماء لكن من الخطر أن ترى الماء في السفينة
فكن أنت في قلب الدنيا و لا تجعل الدنيا في قلبك
"اللهم اجعل الدنيا في أيدينا ولا تجعلها في قلوبنا "
*جمعه طيبه عامره بذكر الله الا بذكر الله تطمئن القلوب*🌹
Kapal di atas air ltu memang adatnya. Bahayanya jika air di atas kapal.
Jadikan engkau di atas dunia. Jangan dunia p**a di atas engkau.
Ya Allah jadikan duniaku hanya memenuhi tanganku. Jangan p**a memenuhi hatiku.
05/05/2019
«اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِ لِمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللَّهُ»
21/11/2018
Dijemput hadir ke Daurah.
17/12/2015
KESETIAAN NABI sallallahu ‘alaihi wasallam
Islam adalah agama yang menganjurkan umatnya supaya menunaikan janji, menghormati perjanjian, memenuhi kehendak persefahaman dan menjaga tuntutan kesepakatan. Semua ini disimpulkan dari Firman Allah Taala:
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah segala perjanjian itu.”
[Surah al-Maidah, ayat 1]
FirmanAllah Taala lagi:
“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta tanggungjawabnya (disoal siasat pada suatu hari kelak - Kiamat).”
[Surah al-Isra`, ayat 34]
Firman Allah seterusnya memuji sifat setia orang yang beriman di kalangan ulul albab:
“(Iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merosak perjanjian itu.”
[Surah al-Ra'd, ayat 20]
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Dan barangsiapa yang ada perjanjian dengan sesebuah perkump**an, maka janganlah dia melepaskan ikatan dan jangan p**a mengikatnya sehingga berlalu masanya, sehingga dia memberi makluman kepada mereka supaya sama-sama maklum.”
[Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Turmuzi).
Ketika datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dua orang utusan Musailamah al-Kazzab (si pembohong besar), keduanya berbicara, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Jikalau tidak (ada peraturan) bahawa para utusan tidak boleh dibunuh, nescaya aku penggal leher kamu berdua.”Maka berlangsunglah sunnah (peraturan dalam Islam) bahawa utusan tidak boleh dibunuh.”
[Hadis riwayat Abu Dawud).
Beberapa buah hadis di atas menerangkan di antara contoh bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sangat memenuhi janjinya dan menyuruhumatnya agar berpegang pada janji yang telah ditetapkan.
Ia bukan sahaja perjanjian yang dilakukan sesama umat Islam, tetapi perjanjian yang dilaksanakan bersama dengan orang yang kafir.Hal ini jelas dari kisah yang diriwayatkan dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Dalam kandungan perjanjian perdamaian yang ditetapkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama utusan Quraisy iaitu Suhail bin 'Amr itu, antara isinya ialah:
Mana-mana lelaki yang datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dari kaum Quraisy di masa perjanjian ini, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam perlu mengembalikannya kepada kaum Quraisy, sekali pun dia seorang muslim.
“Saat mereka menulis kandungan perjanjian ini, tiba-tiba datang Abu Jandal bin Suhail bin ‘Amr dalam ikatannya. Dia keluar dari kawasan bawah kota Makkah sehingga melemparkan dirinya di tengah kaum muslimin. Suhail berkata: “Wahai Muhammad, ini permulaan aku meminta kepadamu agar mengembalikannya kepadaku.” Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya kita belum membatalkan kitab (perjanjian).”
Dia berkata: “Kalau begitu aku tidak membuat perjanjian kepadamu untuk selamanya." Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Maka laksanakanlah untukku.” Dia berkata: “Aku tidak akan melaksanakannya untukmu.” Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahkan, lakukanlah.” Dia menjawab: “Aku tidak melakukan.”
Maka Abu Jandal berteriak dengan suara tinggi: “Wahai sekalian kaum muslimin, apakah aku akan dikembalikan kepada kaum musyrikin yang mengujiku dalam agamaku. Sesungguhnya aku datang sebagai seorang muslim.” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Wahai Abu Jandal, sabar dan berharaplah pahala, sesungguhnya Allah Taala akan menjadikan untukmu dan orang-orang lemah yang bersamamu kelapangan dan jalan keluar. Sesungguhnya kita telah membuat perjanjian antara kita dan kaum Quraisy. Kita telah menyerahkan perkara ini kepada mereka, dan mereka juga telah menyerahkannya kepada kita janji Allah Taala. Maka kita tidak boleh melanggar janji dengan mereka.”
[Hadis riwayat al-Bukhari]
Demikian juga mengenai Abu Basyir, seorang lelaki dari bani Tsaqib sekutu kaum Quraisy. Dia melarikan diri selepas memeluk Islam dan menuju kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu kaum Quraisy mengutus dua orang lelaki untuk mencarinya. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pun mengembalikannya berdasarkan kesepakatan perjanjian Hudaibiyah.
Dalam peristiwa ini merupakan bukti bahawaNabi sallallahu ‘alaihi wasallam amat menepati janji, menghormati perjanjian dan
kesepakatan yang diadakan, sekalipun nampak secara zahirnya merupakan kezaliman terhadap kaum muslimin.
Di antara bukti kesungguhan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam terhadap perjanjian dengan orang-orang kafir, sebagaimana cerita yang diriwayatkan oleh al-Bara` bin ‘Azibradhiyallahu ‘anhu:
“Sesungguhnya ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ingin melaksanakan umrah, Bagindasallallahu ‘alaihi wasallam mengutus kepada pembesar Makkah meminta izin kepada mereka agar boleh masuk ke kota Makkah. Maka mereka memberikan syarat bahawa Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak boleh menetap lebih dari tiga hari, tidak memasukinya dengan sebarang senjata kecuali dengan pedang yang disarungnya serta tidak boleh berdakwah kepada para penduduk Makkah walaupun seorang dari kalangan mereka.”
Dia berkata lagi: “Maka Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu menulis perjanjian di antara mereka, maka dia menulis: “Inilah yang diputuskan oleh Muhammad utusan Allah.” Mereka berkata: “Jika kami mengetahui bahawa engkau adalah seorang utusan Allah, tentu kami tidak menghalang engkau dan kami pasti mengikutimu.” Akan tetapi tulislah: “Inilah yang diputuskan oleh Muhammad bin Abdullah.”
Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku demi Allah!AdalahMuhammad anak lelaki Abdullah, dan aku demi Allah!Adalahutusan Allah.” Maka Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda kepada Ali radhiyallahu ‘anhu: “Padamlah perkataan Rasulullah.”Manakala Ali radhiyallahu ‘anhu pun berkata: “Demi Allah, aku tidak akan memadamnya.”
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “Tunjukkanlah kepadaku.” Dia pun menunjukkannya kepada Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pun memadamkannya dengan tanganBagindasallallahu ‘alaihi wasallam.
Maka tatkala Bagindasallallahu ‘alaihi wasallam masuk (kota Makkah) dan telah berlalu beberapa hari, mereka berkata: “Suruhlah tuan mu (Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam), supaya dia segera berangkat p**ang.” Ali radhiyallahu ‘anhu menyebutkan hal itu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka Baginda bersabda: “Ya.” Maka Baginda pun bersiap untuk berangkat p**ang.
[Hadis muttaffaq alaih, riwayat al Bukhari dan Muslim]
Dalam kisah yang panjang ini,jelas terbukti Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menepati janjinya terhadap golongan musyrikin Makkah, meskipun mereka bukanlah golongan yang beriman dan beramal soleh.
Malahan dalam beberapa situasi Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri memberikan amaran dan ancaman daripada melakukan perbuatan menipu dan tidak menepati janji. Sebagaimana sabdanya dalm sebuah hadis:
“Barangsiapa yang memberikan jaminan keamanan kepada seorang lelaki, lalu dia membunuhnya, maka aku berlepas diri dari yang membunuh, sekalipun yang dibunuh adalah orang kafir.”
[Hadis riwayat al-Nasaie dan disahihkan oleh al-Albani]
Dalam hadis yang lain p**a, Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
“Tidaklah suatu kaum itu membatalkan perjanjian kecuali (akan terjadi) peperangan di antara mereka.”
[Hadis riwayat al-Hakim dan ia mensahihkannya dan disahihkan p**a oleh al-Albani]
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memohon perlindungan dengan Allah Taaladari sifat khianat iaitu lawan pada sifat amanah dan sifat menepati janji, Baginda berdoa:
“…Dan aku berlindung kepadaMu dari sifat khianat, sesungguhnya ia adalah sejahat-jahat teman rapat.”
[Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Nasaie dan dinilai Hasan oleh al-Albani]
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengharamkan perbuatan menipu dan berkhianat, sepertimana Baginda bersabda:
“Bagi setiap penipu itu ada bendera yang akan dikenali pada hari Kiamat.”
[Hadis muttaffaq alaih, riwayat al Bukhari dan Muslim]
Bagindasallallahu ‘alaihi wasallam menegaskan bahawa Baginda bukanlah seorang yang sewenang-wenangnya membatalkan perjanjian yang telah dilaksanakan di antara kedua pihak.Baginda adalah seorang yang amanah dan dikenali oleh masyarakatnya dengan gelaran al-Amin.
Dalam hal ini, Bagindasallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak mengurangi dari perjanjian yang telah dibuat.”
[Hadis riwayat Ahmad dan Abu Dawud dan disahihkan oleh al-Albani]
09/10/2015
Hijrah Nabawiyyah | Jiwa Besar & Langkah Strategik.
Berhadapan dengan kabilah-kabilah Arab di musim haji.
Selepas p**angnya Rasulullah s.w.a dari peristiwa Isra' dan Mi'raj baginda Rasulullah s.a.w. berjiwa besar mendedahkan dirinya berdepan dengan pemuka-pemuka kabilah di musim haji. Baginda Rasulullah s.a.w memberi penerangan tentang Islam dan membuat tawaran untuk diberi tempat dan pertolongan kepada Baginda saw untuk menyampaikan kalimah Allah s.w.t. Nabi s.a.w. bergerak di tengah-tengah pasar perniagaan di Makkah dan di musim haji yang berhimpunnya kabilah-kabilah Arab dari seluruh pelusuk semenanjung.
Pergerakan Baginda s..a.w. mempunyai strategi siasah dan dakwah yang jelas sasaran dan objektifnya ditemani oleh Abu Bakar as-Siddiq seorang yang berpengetahuan luas mengenai nasab keturunan Arab dan sejarah latar belakang mereka. Mereka berdua mensasarkan kepala-kepala kabilah dan orang-orang yang berpengaruh. Abu Bakar r.a bertindak sebagai perisik yang berkesan apabila mengajukan soalan-soalan berikut kepada kepala-kepala kabilah yang ditemuinya;
Berapa bilangan kamu? Bagaimana pertahanan kamu? Bagaimana bentuk peperangan kamu?
Beliau membuat tinjauan awal sebelum membawa Rasulullah s.a.w. bercakap dan menawarkan dakwahnya kepada mereka. Al Maqrizi menyebut kemudian Nabi s.a.w berdepan dengan kabilah-kabilah di musim haji dan mengajak mereka kepada Islam. Meraka ialah Bani 'Amir, Bani Ghassan, Bani Fizarah, Bani Murrah, Bani Hanifah, Bani Salim, Bani Abas, Bani Nasr, Sa'labah bin Ukabah, Kanadah, Kalb, Bani al Harith bin Kaab, Bani Azarah, Qais bin al Khatib, Abul Yasar, Anas bin Abu Rafi'.
Al Waqidi memperincikan berita pertemuan Nabi s.a.w. kabilah demi kabilah. Dikatakan bahawa Nabi s.a.w memulakan kepada Bani Kalb, Bani Hanifah, kemudian Bani 'Amir. Nabi s.a.w bersabda: " Siapakah lelaki yang boleh membawaku p**ang ke kaumnya lalu mempertahankan aku sehingga aku menyampaikan risalah tuhanku ".
Quraish telah menahanku dari menyampaikan risalah tuhanku. Abu Lahab mengiringinya dari belakang dengan katanya kepada orang ramai jangan kamu mendengar darinya kerana dia adalah pembohong besar. Al Bukhari di dalam At-tarikhnya menyebut dari Mudrij bin Munib dari bapa dari datuknya r.a :
" Aku melihat Rasulullah s.a.w di zaman jahiliyah Baginda bersabda wahai manusia katakanlah lailahaillallah, kamu akan berjaya. Antara orang ramai ada yang meludah dimukanya, ada yang menabur tanah keatasnya, ada yang mengutuknya sehingga waktu tengah hari, lalu datang lah seorang anak dara membawa bejana air membasuh muka dan tangan Nabi s.a.w.
Baginda saw p**a bersabda : " Wahai anak perempuanku ! Janganlah kau bimbang bapamu tewas atau hina ". Aku bertanya : Siapakan perempuan ini? Orang memberitahu: " Itulah Zainab bintu Muhammad s.a.w, dia seorang anak dara yang cantik ". Abu Jahal dan Abu Lahab bersilih ganti menyakitkan Rasulullah s.a.w ketika Baginda berdakwah di pasar dan di musim haji. Nabi s.a.w berhadapan dengan kes**aran dari mereka berdua sebelum kes**aran sasaran dakwah itu sendiri.
Langkah Nabi s.a.w menghadapi perancangan Abu Jahal dan sekutunya.
1. Berjumpa dengan kabilah di waktu malam.
2. Menemui kabilah-kabilah Arab di khemah-khemah mereka
3. Membawa teman pengiring seperti Abu Bakar dan Ali
4. Memastikan kabilah itu sendiri mempunyai kawalan keselamatan tersendiri.
Pertemuan dengan Bani 'Amir
Bani 'Amir dipilih kerana mempunyai bala tentera bala tentera yang ramai dan kuat. Mereka termasuk di kalangan 5 kabilah Arab yang tidak pernah ditawan dan tidak tunduk kepada mana-mana raja dan tidak membayar apa-apa ufti. Mereka dalam hal ini setaraf dengan Quraish dan Khuza'ah. Nabi s.a.w mengetahui bahawa adanya permusuhan lama di antara Bani 'Amir dan Bani Thaqif yang telah mengisytiharkan permusuhan dengan Nabi s.a.w.
Jika berjaya membuat hubungan atau perjanjian dengan Bani 'Amir maka Thaqif berhadapan dengan bahaya besar. Pengkaji sirah menyebut bahawa apabila Nabi s.a.w mengunjungi Bani 'Amir bin So'so'ah, baginda s.a.w mendakwah mereka kepada tauhidkan Allah dan menawarkan dirinya kepada mereka.
Ada seorang lelaki bernama Baiharah bin Firas berkata: " Demi Allah jika aku mengambil anak muda dari Quraish ini pasti aku dapat meratah bangsa Arab. Dia kemudiannya berkata kepada Rasulullah s.a.w : Apa pandangan mu jika kami berjanji setia dengan urusanmu, kemudian Allah memberi kemenangan mengalahkan musuhmu, apakah kami akan memilki apa-apa kuasa selepasmu ?
Rasulullah s.a.w menjawab: Urusan itu terp**anglah kepada Allah. Dia sahajalah yang meletakkanya di mana dia mahu. Dia berkata : Bagaimana boleh kami dedahkan tengkuk-tengkuk kami kepada bangsa Arab demi pertahankan engkau, tiba-tiba apabila Allah memberi kemenangan, kuasa terserah kepada bukan orang kami? Tiada keperluan untuk kami untuk berurusan dengan engkau. Mereka menolak tawaran Nabi s.a.w.
Rundingan dengan Bani Syaiban.
Menurut riwayat Ali bin Abi Talib r.a : Kemudian kami beredar ke majlis lain. Nabi s.a.w penuh dengan ketenangan dan kehebatanya. Abu Bakar r.a mendahului memberi salam dengan berkata siapakah kamu? Mereka menjawab : Syaiban bin Tha'labah. Abu Bakar melihat kepada abu Bakar s.a.w dan berkata mereka inilah pemuka-pemuka Arab. Dikalangan mereka ada Mafruq yang paling petah bercakap dan paling segak dipandang.
Abu Bakar bertanya : berapa bilangan kamu. Mafruq menjawab : kami melebihi 1000 yang tidak tewas kerana sedikit. Abu Bakar bertanya lagi: Bagaimana kamu mempertahankan diri? Mafruq menjawab : Kami menjadi terlalu pemarah apabila bertempur dan pertempuran menjadi kemuncak apabila kami naik marah. Kami melebihkan kuda-kuda perang berbanding dengan anak-anak sendiri, mementingkan senjata perang berbanding pertanian. Adapun kemenangan maka ianya dari Allah. Kadang-kadang kami menang, kadang-kadang kami kalah. Boleh jadi engkaulah saudara dari Quraish itu?
Abu Bakar menjawab : Jika telah sampai kepada kamu berita mengenai Rasulullah s.a.w maka inilah orangnya. Mafruq bertanya : Kepada apakah engkau mengajak kami wahai saudara Quraish? Rasulullah s.a.w menjawab : Kepada kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dengan esanya tanpa sebarang sekutu.
Sementara aku p**a adalah hamba Allah dan utusannya. Juga aku mengajak kamu untuk melindungiku dan membantuku kerana Quraish telah berterang-terangan menolak Allah dan membohongi Rasulnya serta merasa cukup dengan kebatilan dan meminggirkan kebenaran. Allah jualah yang maha kaya lagi maha terpuji. Mafruq bertanya : Kepada apakah lagi seruan mu wahai saudara Quraish? Demi Allah aku belum pernah mendengar bicara yang lebih cantik daripada ini.
Nabi s.a.w membacakan ayat 151 dari surah al an'am.
قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ ۖ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۖ وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُم مِّنْ إِمْلَاقٍ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ ۖ وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ۖ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّـهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ﴿١٥١﴾
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
Mafruq berkata : Demi Allah engkau menyeru kepada akhlak mulia dan perlakuan baik. Rugilah puak yang menuduhmu bohong atau menentangmu. Dia menyerahkan keputusan kepada Hani' bin Qubaisah dengan katanya : Inilah Hani' penghulu kami dan ketua agama kami. Hani' berkata : Aku telah mendengar ucapan mu wahai saudara qurisy. Cuma aku berpandangan untuk meninggalkan agama kami dan mengikut agama kamu hanya dengan satu majlis yang tiada pendahulu dan tiada penutup adalah pendapat dangkal dan singkat. Sesungguhnya kesilapan sering berlaku kerana kegopohan.
Kami belum bersedia untuk membuat apa-apa perjanjian mewakili orang ramai di belakang kami. Kami akan p**ang dan engkau p**anglah utnuk kami membuat penilaian. Dia kemudian memasukkan al Musanna bin Harithah untuk menyertai sama membuat keputusan dengan katanya. Inilah al muthanna orang tua kami dan panglima perang kami. Al Muthanna (dia masuk Islam akhirnya) berkata aku telah mendengar ucapanmu wahai saudara Quraish. Cuma jawapannya adalah sebagaimana jawapan Hani' untuk meninggalkan agama kami dan mengikut agama kamu.
Sebenarnya penempatan kami adalah di antara dua kuasa iaitu Yamamah dan Samamah. Nabi bertanya apakah dua kuasa itu? Dia menjawab sungai-sungai Kisra dan tadahan air Arab. Adapun dari pihak sungai-sungai Kisra maka kesalaha untuknya tidak akan diampun dan sebarang alasannya tidak akan diterima. Kami telah mementerai perjanjian dengan Kisra untuk tidak membawa perancangan baru dan tidak melindingi mereka yang membawa idea baru. Kami berpendapat perkara yang engkau serukan ini wahai saudara Quraish adalah satu urusan yang dibenci oleh raja-raja.
Jika engkau hanya mahukan kami memberi perlindungan dan bantuan kepada engkau hanya untuk daerah yang dikuasai oleh tadahan air Arab, maka kami boleh laksanakan. Nabi s.,a.w menjawab : Kamu tidaklah buruk ketika memberi jawapan balas dan kamu telah jelas bercakap benar. Sesungguhnya agama Allah ini tidak membantunya melainkan mereka yang sanggup untuk meliputinya dari segenap penjurunya. Apa pandangan kamu jika kamu bertenang sekejap sehinggalah Allah mewariskan kamu bumi dan perkampungan mereka itu dan menawan untuk kamu perempuan mereka. Apakah ketika itu kamu akan bertasbih dan memuji kebesaran Allah ?. An Nu'man bin Syuraik menjawab : Ya Allah! Itu sahaja lah untuk engkau.
Pelajaran dari peristiwa Pertemuan dan Rundingan Nabi saw dengan Qabilah Arab.
1. Nabi s.a.w menuntut bantuan dan pertolongan dari luar Makkah hanyalah selepas memuncaknya penolakan dari Quraish dan gangguan yang luar biasa terutama selepas kewafatan bapa saudaranya Abu Thalib yang selama ini melindunginya dari gangguan Quraish. Sesorang yang membawa usaha dakwah tidak lagi mampu bergerak secara berkesan dalam suasana kekerasan tekanan dan gangguan fizikal.
2. Nabi s.a.w menawarkan dirinya kepada kabilah-kabilah Arab dan memohon pertolongan mereka setelah diperintahkan berbuat demikian oleh Allah s.w.t. Ianya bukanlah ijtihad atau pandangan peribadi Nabi s.a.w. Namun itulah kesesuaian marhalah setelah dakwah sampai ke tahap itu.
3. Nabi s.a.w membuat pilihan untuk memohon bantuan daripada pemuka-pemuka kabilah mereka yang mempunyai kedudukan dan pengaruh dan mempunyai ramai pengikut yang boleh mendengar dan mematuhi mereka. Ini kerana, golongan inilah yang dianggap untuk memberi perlindunagn kepada dakwah dah dan pendakwah.
4. Nabi s.a.w enggan memberi kepada pihak-pihak yang bersedia untuk membantunya apa-apa jaminan untuk penyerahan kuasa dan kerajaan sebagai bayaran atau imbuhan bagi bantuan dan sokongan kepada dakwah. Ini kerana dakwah islam adalah dakwah kepada Allah yang syarat asasinya adalah dilaksanakan oleh mereka yang beriman kepada dakwah dan bersedia untuk membantunya dengan ikhlas kerana Allah dan mencari perkenannya. Inilah matlamat yang dicari disebalik pertolongan dan pengorbanan bukannya untuk mendapat kuasa atau gilakan pangkat.
5. Antara ciri-ciri bantuan yang dicari Nabi untuk dakwahnya adalah pemberi pertolongan tidak seharusnya terikat dengan perjanjian dengan perjanjian antarabangsa yang bercanggah dengan kehendak dakwah dan tidak mampu bebas dari iktan tersebut. Ini kerana jika mereka menaungi dakwah dalam situasi tersebut maka dakwah terdedah kepada bahaya tersempit dicelah-celah perjanjian yang tidak menguntungkan penyebaran dakwah dan kepentingannya. Dalam kes Bani syaiban yang ada perjajian dengan Kisra pastinya Bani syaiban tidak akan berperang dengan pihak Kisra dan pihak Kisra juga boleh menangkap Rasulullah s.a.w atau baginda diserah tanpa sebarang bantahan terhadap pihak Kisra. Justeru, rundingan dengan Bani syaiban adalah gagal.
6. Sesungguhnya agama llah itu hanyalah dibantu oleh orang yang menerimanya dari segenap penjuru. Inilah jawapan Rasullah s.aw. kepada al Muthanna bin Harithah ketika dia menawarkan perlindungan kepada Nabi s.a.w hanyalah dikawasan tadahan air Arab bukannya di kawasan sungai-sungai Parsi.
7. Sikap Bani Syaiban bercirikan kepahlawanan dan keperibadian unggul dengan penuh rasa penghormatan tinngi kepada tawaran Nabi s.a.w. Mereka telah menjelaskan batas kemampuan perlindungan yang mampu mereka penuhi. Takdir Allah kepada Bani syaiban selepas 10 tahun atau lebih untuk memikul tugasan berhadapan dengan kerajaan-kerajaan tersebut setelah mereka menerima islam.
Maka, al Muthanna bin Harithah as Syaibani, panglima tentera dan pahlawan terkemuka mereka inilah yang memimpin tentera islam memerangi kerajaan Parsi bermula di zaman Abu Bakar As Siddiq lagi. Dia dan kaumnya lah yang menjadi kaum muslimin yang paling berani dan tangkas memerangi kerajaan Parsi sedangkan di zaman jahiliyah merekalah yang menggeruni Parsi dan mereka sendiri tidak pernah berfikir untuk memerangi bangsa Parsi.
09/10/2015
بسم الله الرحمن الرحيم *
الحمد لله رب العالمين * والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين *
Hukum Hakam Berkenaan Bermukim Dan Berhijrah Dari Perspektif Feqah Islam
Hukum Pertama :
Permukiman terbaik seorang muslim adalah tempat yang dia boleh melakukan ketaatan di dalamnya.
Orang Islam diperintahkan untuk mencari tempat yang paling hampir dan mudah untuk melakukan ketaatan kepada Allah, tempat yang paling membantu memelihara urusan agama. Inilah perkara yang disepakati oleh semua fuqaha' tanpa khilaf.
Ibnu Taimiyah berkata :
Pemilihan tempat bermukim adalah setiap tempat yang memiliki ruang untuk lebih taat kepada Allah dan Rasul dan lebih berupaya untuk melakukan kebaikan dan pahala dan juga lebih bertenaga dan subur untuk pelaksanaan perintah agama. Ini kerana, semulia-mulia makhluk Allah adalah yang paling bertakwa.
(Majmu' al Fatawa 27/39).
Hukum Kedua:
Hijrah menjadi wajib kepada setiap muslim apabila agamanya terganggu.
Tempat dimana terhalangnya aqidah daripada dizahirkan dan syariat agama dari dilaksanakan sama ada bumi itu bumi kafir atau bumi islam yang ditawan kafir atau bumi Islam yang dikuasai oleh pemerintah yang berhukum bukan dengan hukum Islam dan menahan penduduknya dari melaksanakan syiar Islam dan menzahirkan aqidahnya.
Maka ini semua adalah dianggap negeri yang terancamnya aqidah islam yang mesti ditinggalkan kerana kemaslahatan menjaga agama. Hijrah ketika itu adalah wajib dan tidak diberi keuzuran bagi muslim untuk tidak berhijrah kecuali kepada mereka yang lemah dengan sebab sekatan penzalim atau terlampau tua yang tidak mampu berpindah randah atau masih belum mukallaf seperti kanak-kanak dan orang gila atau perempuan yang tidak ditemani mahram dan perjalanan p**a tidak aman. Jika jalan itu aman, wanita juga wajib berhijrah, walaupun tanpa mahram dan kenderaan yang sesuai.
(al Wala' wa Bara' 274).
Bukti paling jelas dalaam isu ini ialah hijrah Nabi saw yang berhijrah meninggalkan bumi yang mulia, Mekah al Mukarramah apabila ruang untuk beragama dan berdakwah menjadi semakin sempit.
Al Mardawi berkata:
Hijrah menjadi wajib kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menzahirkan syiar agama di negara kafir harbi tanpa khilaf lagi. Namun ia terikat dengan syarat kemampuan. Jika berkemampuan maka hijrah menjadi wajib walaupun kepada perempuan dalam idah tanpa mahram dan kenderaan yang sesuai.
( al Insaf 4/121 ).
Ibnu Taimiyah apabila ditanya tentang negeri Mardin apakah penduduknya wajib berhijrah sedangkan negeri itu sudah dijajah oleh tentera Tatar. Dia menjawab : Penduduk di situ jika tidak mampu lagi menegakkan agamanya, maka wajiblah berhijrah. Jika masih mampu maka hanya digalakkan belum lagi wajib.
( Majmu' al Fatawa 28/240 ).
Hukum ketiga
Seseorang muslim wajib bermukim di tempat yang keberadaannya di situ ada satu kemestian.
Seorang muslim yang bermukim di satu tempat dan permukimannya menjadi jalan untuk menolong Islam dan menjaga negeri atau mempertahankannya atau meringankan kemudaratan yang mendatang atau menghalangnya dari mudarat yang semakin parah.
Sama ada negeri itu negeri Islam yang dibimbangi akan dikuasai oleh musuh dengan sebab berhijrahnya penduduk atau bertambah ramainya musuh jika berlaku hijrah, atau pun negeri itu negeri kafir harbi yang diduduki oleh kaum muslimin di sebahagian juzuknya yang berasingan dari orang kafir dan mereka boleh menzahirkan Islam, yang dibimbangi jika mereka keluar darinya. Maka, kuasa kafir mengambil tempat kuasa Islam itu.
(Mughni Al Muhtaj 4/239).
Di dalam Hasyiyah Qalyubi di sebut :
" Seorang muslim yang tinggal di negeri kafir atau di negeri Islam yang dikuasai oleh orang kafir digalakkan baginya hijrah jika tiada harapan baginya untuk memberi bantuan kepada orang Islam dengan permukiman disitu. Dia juga tidak mampu untuk berpisah dari orang kafir. Jika ada harapan untuk melakukan demikian maka permukimannya disitu adalah lebih baik. Begitu juga jika ia mampu untuk berpisah dari orang kafir maka hijrah juga adalah haram supaya orang kafir tidak menguasai tempat itu dan mengubahnya menjadi negeri kafir.
Jika tidak berlaku semua ini maka hijrah menjadi wajib walaupun kepada perempuan tanpa mahram
(Hasyiyah Qalyubi 4/227).
Hukum keempat
Tempat yang sama sahaja untuk bermukim atau berhijrah ialah jika sesebuah negeri itu sama sahaja dari segi kebolehan menzahirkan agama dan aqidah atau menghalang darinya.
Demikian juga tiada keperluan bagi kaum muslimin untuk menentukan tempat tertentu bagi membantu kaum muslimin atau menyebar dakwah atau menuntut ilmu. Maka yang terbaik ketika itu seorang muslim memilih tempat di negeri Islam yang dikuasai kaum muslimin.
Makruh baginya bermukim di negeri kafir atau di negeri Islam yang dikuasai kafir. Ini kerana permukiman di kalangan kaum muslimin dapat meramaikan bilangan mereka mempereratkan persaudaraan Islam, menyaksikan kebaikan dan menyelami isu-isu kemaslahatan Islam dan kaum muslimin.
(al Mabshut 10/75).
Begitu juga digalakkan untuk memilih tempat-tempat yang dipuji Nabi s.a.w untuk bermukim seperti Syam, Yaman atau berdekatan dengan Makkah dan Madinah.
Hukum ke lima
Kadang-kadang bermukim di negeri kafir harbi atau negeri Islam yang telah dikuasai oleh musuh lebih baik dari berhijrah ke negeri Islam.
Ini berlaku apabila ada ruang yang masih boleh diharapkan untuk membantu kaum muslimin sekalipun tidak boleh berpisah dengan kaum kafir. Namun, masih memiliki kebebasan untuk syiar mengiklankan aqidah. Digalakkan ketika itu bagi ummat islam untuk bermukim di negeri kafir.
(Mughni al Muhtaj 4/239).
Hukum ke enam :
Apabila permukiman seorang muslim di negeri kafir harbi atau bersama kaum musyrikin yang merampas negeri Islam adalah dengan perintah pemerintah kaum muslimin.
Ini berlaku dengan tujuan keselamatan atau seumpamanya. Dalam keadaan ini, permukiman seorang muslim bersama dengan kaum musyirikin walaupun terpaksa menyembunyikan agama atau beriltizam dengan agama secara senyap.
Maka wajiblah melakukan demikian kepada mereka yang telah ditetapkan oleh pemerintah islam untuk melaksanakannya.
Di dalam kitab Mughni al Muhtaj dicatatkan selepas kenyataan mengenai kewajipan berhijrah dari negeri kafir harbi kepada negeri Islam :
Dikecualikan daripada kewajipan berhijrah sesiapa yang permukimanya disitu membawa kemaslahatan kepada kaum muslimin.
Ibnu Abdul Bar dan beberapa ulama' lain menyebut bahawa Islamnya Al Abbas sebenarnya di Mekah lagi sebelum perang Badar tetapi dia menyembunyikan Islamnya. Dia lah yang menulis kepada Nabi s.a.w membawa berita-berita kaum musyrikin.
Orang Islam percaya kepadanya. Dia mahu berhijrah kepada Rasulullah s.a.w maka Nabi s.a.w mengutuskan kepadanya surat supaya terus bermukim di Mekah dan itu lebih baik. Dia hanya menzahirkan Islamnya pada hari pembukaan kota Mekah
(Mughni Muhtaj 4/239).
14/09/2015
فضائل عشر ذي الحجة..
Kelebihan Sepuluh Hari Awal Bulan ZulhijjahPahala lebih besar daripada jihad
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ ” فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ “
‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiada hari yang mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai berbanding pada hari-hari sepuluh (awal Zulhijjah). Para sahabat radiallahu ‘anhu bertanya: Tidak juga jihad di jalan Allah? Jawab Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan nyawa dan hartanya, dan tiada satu pun yang p**ang (iaitu dia mati syahid). [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Sawm, hadis no: 687, hasan sahih gharib]
Dalam Sunan ad-Darimi disebutkan apakah yang dimaksudkan dengan ‘lebih dicintai’ oleh Allah.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَا مِنْ عَمَلٍ أَزْكَى عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَلَا أَعْظَمَ أَجْرًا ، مِنْ خَيْرٍ يَعْمَلُهُ فِي عَشْرِ الْأَضْحَى ” . قِيلَ : وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ؟ قَالَ : ” وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ ” .
‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiada amalan yang lebih mulia dan lebih besar ganjarannya di sisi Allah berbanding amalan-amalan kebaikan yang dilakukan pada sepuluh hari Zulhijjah. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam ditanya: Tidak juga jihad di jalan Allah? Jawab baginda sallallahu ‘alaihi wasallam: Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya, dan dia tidak p**ang (kerana syahid).
قَالَ : وَكَانَ سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ إِذَا دَخَلَ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، اجْتَهَدَ اجْتِهَادًا شَدِيدًا حَتَّى مَا يَكَادُ يَقْدِرُ عَلَيْهِ .
Sa’id bin Jubair rahimahullah apabila masuknya sepuluh hari awal Zulhijjah, dia berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke tahap maksima yang dia mampu. [Sunan ad-Darimi, Kitab al-Sawm, hadis no : 1727, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan. Rujuk Sahih at-Targhib : 1148]
قَالَت عَائِشَةُ : إِنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ ، فَيَقُولُ : مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ “
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Hari yang paling ramai Allah bebaskan hamba-hambanya daripada neraka ialah hari Arafah. Dia akan menghampiri mereka, kemudian akan membanggakan mereka di hadapan malaikat, lalu berfirman: Apa yang mereka semua mahu? [Sahih Muslim, Kitab al-Hajj, hadis no : 2410]
Ini menunjukkan bahawa pahala amalan soleh pada sepuluh hari awal Zulhijjah akan berganda-ganda melebihi hari-hari biasa. Kenapakah sepuluh hari awal Zulhijjah mendapat kemuliaan sebegitu rupa?
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menghuraikan dalam Fathul Bari:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
Sebab yang menjadikan sepuluh hari awal Zulhijjah itu mulia kerana ia merupakan tempat berkumpulnya semua pokok-pokok ibadah iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Ini tidak akan berlaku pada hari-hari yang lain. [Fathul Bari m/s 534]
وسئل عن عشر ذي الحجة والعشر الأواخر من رمضان . أيهما أفضل ؟
Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ditanya antara sepuluh hari awal Zulhijjah dan sepuluh hari akhir Ramadhan, yang manakah lebih afdhal?
Jawab beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdhal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdhal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
Amalan-amalan dalam bulan Zulhijjah
1) Membanyakkan amalan soleh
Membanyakkan amalan soleh pada 10 awal Zulhijjah merupakan satu sunnah berdasarkan hadis kelebihan Zulhijjah di atas. Ia merangkumi semua amal soleh seperti puasa, membaca al-Quran, Qiamullail dan sebagainya.
2) Berpuasa
عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ ” يَصُومُ تِسْعًا مِنْ ذِي الْحِجَّةِ ، وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَثَلاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَخَمِيسَيْنِ “
Sebahagian isteri-isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan iaitu pada hari Isnin pertama dan dua hari Khamis. [Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab as-Siyam, hadis no : 2701]
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah menyebutkan:
و ممن كان يصوم العشر عبد الله بن عمر رضي الله عنهما و قد تقدم عن الحسن و ابن سيرين و قتادة ذكر فضل صيامه و هو قول أكثر العلماء أو كثير منهم
Antara mereka yang berpuasa pada sepuluh awal Zulhijjah (yang dimaksudkan di sini ialah satu hingga sembilan Zulhijjah kerana sepuluh Zulhijjah haram berpuasa) adalah ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhu. Imam Hasan al-Basri, Ibnu Sirin, dan Qatadah juga menyebutkan tentang kelebihan berpuasa pada hari-hari tersebut. Ini merupakan pendapat majoriti ulama’.
و كان ابن سيرين يكره أن يقال : صام العشر لأنه يوهم دخول يوم النحر فيه و إنما يقال : صام التسع و لكن الصيام إذا أضيف إلى العشر فالمراد صيام ما يجوز صومه منه
Imam Ibnu Sirin tidak s**a untuk disebut: Puasa sepuluh hari kerana ditakuti iakan memasukkan sekali hari an-Nahr (10 Zulhijjah), dan lebih elok disebut: Puasa sembilan hari. Akan tetapi apabila disebutkan puasa sepuluh hari, yang dimaksudkan ialah puasa pada hari-hari yang dibenarkan puasa padanya.
[Lathoif al-Maarif m/s 226]
Lebih-lebih ditekankan untuk berpuasa pada hari 9 Zulhijjah, iaitu pada hari Arafah.
Abu Qatadah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya. [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no : 1983]
3) Membanyakkan takbir bermula pada Subuh 1 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.
وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِى أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، وَالأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا . وَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ .
Ibnu ‘Abbas berkata, “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijah dan juga pada hari-hari tasyriq.” Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah solat sunat [Sahih al-Bukhari secara ta’liq, bab Kelebihan Beramal Pada Hari Tasyriq]
، وَكَانَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يُكَبِّرُ فِي قُبَّتِهِ بِمِنًى فَيَسْمَعُهُ أَهْلُ الْمَسْجِدِ فَيُكَبِّرُونَ وَيُكَبِّرُ أَهْلُ الْأَسْوَاقِ حَتَّى تَرْتَجَّ مِنًى تَكْبِيرًا وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يُكَبِّرُ بِمِنًى تِلْكَ الْأَيَّامَ وَخَلْفَ الصَّلَوَاتِ وَعَلَى فِرَاشِهِ وَفِي فُسْطَاطِهِ وَمَجْلِسِهِ وَمَمْشَاهُ تِلْكَ الْأَيَّامَ جَمِيعًا وَكَانَتْ مَيْمُونَةُ تُكَبِّرُ يَوْمَ النَّحْرِ وَكُنَّ النِّسَاءُ يُكَبِّرْنَ خَلْفَ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ ، وَعُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ لَيَالِيَ التَّشْرِيقِ مَعَ الرِّجَالِ فِي الْمَسْجِدِ
Umar radiallahu ‘anhu bertakbir di qubahnya di Mina, jemaah masjid mendengar takbir tersebut, lalu mereka pun bertakbir. Orang-orang di pasar turut bertakbir sehinggakan Mina bergegar dengan takbir.
Ibn Umar radiallahu ‘anhu bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas selesai solat, di atas katilnya, di dalam khemahnya, di dalam majlis yang dia hadiri, di jalan-jalan yang dia lalui.
Maimunah radiallahu ‘anha bertakbir pada hari an-Nahr (10 Zulhijjah), wanita-wanita p**a bertakbir di belakang Aban bin Uthman dan Umar bin Abdul Aziz bersama-sama lelaki di masjid pada malam-malam tasyriq [Sahih al-Bukhari secara ta’liq, bab takbir di hari Mina dan ketika bertolak ke Arafah]
4) Menyembelih korban
Firman Allah:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2)
Maka dirikanlah solat kepada Tuhan mu dan sembelihlah korban. [Al-Kauthar : 2]
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata:
” مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا “
Sesiapa yang mempunyai keluasan (harta) tetapi tidak menyembelih korban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami. [Sunan ibn Majah, Kitab al-Adhohi, hadis no:3122. Kebanyakan ulama hadis menyatakan riwayat ini hanyalau mauquf, dan tidak sahih riwayat marfu’]
Ulama’ berbeza pendapat sama ada melakukan korban ini sunat atau wajib bagi mereka yang berkemampuan. Ia merupakan sunat di sisi majoriti ulama dan wajib di sisi mazhab Hanafi.
Bagi mereka yang ingin melakukan korban, hendaklah menahan diri daripada memotong rambut atau sebarang bulu di tubuh, dan tidak jua memotong kuku bermula pada 1 Zulhijjah hingga ibadah korban dilakukan.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا
Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila masuknya 10 (hari awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban. Janganlah dia memotong rambutnya dan bulu badannya. [Sahih Muslim, Kitab al-Adhohiy, hadis no: 1977]
Dalam riwayat lain:
إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Apabila kalian melihat anak bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban. Hendaklah menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya. [Sahih Muslim, Kitab al-Adhohiy, hadis no: 1977]
Dalam Sahih Fiqh as-Sunnah disebutkan bahawa di sisi Imam Ahmad, Ishaq dan lain-lain hukum larangan di atas bermaksud haram. Manakala di sisi mazhab Syafie hukumnya makruh.
5) Tidak makan sebelum solat raya
عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كَانَ لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ ، وَكَانَ لَا يَأْكُلُ يَوْمَ النَّحْرِ حَتَّى يَرْجِعَ
Daripada Ibn Buraidah radiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kebiasaannya tidak akan keluar daripada rumah (untuk pergi mendirikan solat raya) kecuali sehingga telah makan, dan baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak makan pada hari raya haji melainkan selepas p**ang (daripada solat raya). [Sunan Ibn Majah, Kitab as-Siyam, hadis no: 1746]
6) Menunaikan solat raya
عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ ، قَالَتْ : ” كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ “
Ummu Atiyah radiallahu ‘anha berkata: Kami disuruh untuk keluar pada hari raya, sehinggalah kami mengeluarkan anak dara kami daripada rumah mereka, kami mengeluarkan wanita-wanita yang haidh supaya mereka pun dapat duduk di belakang orang (yang mendirikan solat raya), lalu mereka bertakbir bersama-sama dengan takbir mereka, berdoa dengan doa mereka, dan mengharapkan keberkatan dan kesucian hari tersebut [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu'ah, hadis no : 924]
Ulama berbeza pendapat sama ada solat raya hukumnya sunat atau pun wajib.
7) Berdoa
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْأَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ , وَلَهُ الْحَمْدُ , وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا غَرِيبٌ هَذَا الْوَجْهِ ، وَحَمَّادُ بْنُ أَبِي حُمَيْدٍ هُوَ مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي حُمَيْدٍ , وَهُوَ أَبُو إِبْرَاهِيمَ الْأَنْصَارِيُّ الْمَدَنِيُّ ، وَلَيْسَ هُوَ بِالْقَوِيِّ عِنْدَ أَهْلِ الْحَدِيثِ .
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan nabi-nabi sebelum ku katakan adalah: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu untuknya, bagi Pemilikan (seluruh alam), baginya segala pujian, dan Dia Berkuasa di atas segala sesuatu [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da'awat, hadis no : 3540, Hadis Gharib, terdapat seorang perawi bernama Abu Ibrahim al-Ansari, di sisi Ahli Hadis, beliau bukan perawi yang kuat]
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali berkata:
و يوم عرفة هو يوم العتق من النار ] فيعتق الله من النار من وقف بعرفة و من لم يقف بها من أهل الأمصار من المسلمين فلذلك صار اليوم الذي يليه عيدا لجميع المسلمين في جميع أمصارهم من شهد الموسم منهم و من لم يشهده لا شتراكهم في العتق و المغفرة يوم عرفة
“Hari Arafah adalah hari pembebasan daripada api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan sesiapa sahaja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah –iaitu hari Idul Adha- adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Tidak kira sama ada yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya, mereka bersama-sama akan mendapatkan pembebasan daripada api neraka dan keampunan pada hari Arafah.” [Lathoif al-Maarif ms 234]
Imam Ibn Rajab berkata lagi:
فمن طمع في العتق من النار و مغفرة ذنوبه في يوم عرفة فليحافظ على الأسباب التى يرجى بها العتق و المغفرة
Sesiapa yang berkeinginan untuk dibebaskan daripada api neraka dan memperolehi keampunan pada hari Arafah. Dia hendaklah memelihara sebab-sebab untuk mendapat pembebasan dan keampunan:
فمنها : صيام ذلك اليوم ففي صحيح مسلم [ عن أبي قتادة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله و التي بعده ]
Pertama: Berpuasa pada hari tersebut. Dalam Sahih Muslim direkodkan: Abu Qatadah meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Puasa hari Arafah, aku berharap agar Allah akan mengampunkan dosa-dosa setahun sebelum dan selepasnya.
و منها : حفظ جوراحه عن المحرمات في ذاك اليوم ففي مسند الإمام أحمد :
Kedua: Menjaga anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang haram pada hari tersebut. Direkodkan dalam Musnad Ahmad :
ابْنَ عَبَّاسٍ ، قَالَ : كَانَ فُلَانٌ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ ، قَالَ : فَجَعَلَ الْفَتَى يُلَاحِظُ النِّسَاءَ ، وَيَنْظُرُ إِلَيْهِنَّ ، قَالَ : وَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَهُ بِيَدِهِ مِنْ خَلْفِهِ مِرَارًا ، قَالَ : وَجَعَلَ الْفَتَى يُلَاحِظُ إِلَيْهِنَّ ، قَالَ : فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ابْنَ أَخِي ، إِنَّ هَذَا يَوْمٌ مَنْ مَلَكَ فِيهِ سَمْعَهُ ، وَبَصَرَهُ ، وَلِسَانَهُ ، غُفِرَ لَهُ “
Ibnu Abbas berkata: Seorang lelaki membonceng Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pada hari Arafah. Pemuda itu menyedari kehadiran kaum wanita lalu melihat ke arah mereka. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pun memalingkan wajah (pemuda tersebut) ke belakang dengan tangannya berulang kali. Pemuda itu mengulangi pandangannya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada pemuda itu: Wahai anak saudaraku, hari ini sesiapa yang menjaga pendengarannya, penglihatannya, dan percakapannya, dia akan diampuni [Musnad Ahmad, Musnad Abdullah bin Abbas, hadis no : 2922, Shaikh Syu'aib al-Arnaouth berkata: Isnadnya dhaif ]
و منها : الإكثار من شهادة التوحيد بإخلاص و صدق فإنها أصل دين الإسلام الذي أكلمه الله تعالى في ذلك اليوم و أساسه و في المسند [ عن عبد الله بن عمر قال : كان أكثر دعاء النبي صلى الله عليه و سلم يوم عرفة : لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك و له الحمد بيده الخير و هو على كل شيء قدير ] و خرجه الترمذي و لفظه : [ خير الدعاء دعاء يوم عرفة و خير ما قلت أنا و النبيون من قلبي : لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك و له الحمد و هو على كل شيء قدير ]
Ketiga: Memperbanyak syahadat tauhid dengan ikhlas dan jujur pada hari tersebut. Ini kerana ia merupakan asal agama ini yang mana Allah sempurnakannya pada hari Arafah dan ia merupakan asasnya. Diriwayatkan dalam Musnad (ramai ulama menyatakan riwayat ini dhaif) bahawa ‘Abdullah Bin ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Doa yang paling banyak Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam baca pada hari Arafah ialah : Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu untuknya, bagi Pemilikan (seluruh alam), baginya segala pujian, di TanganNya segala kebaikan, dan Dia Berkuasa di atas segala sesuatu. Direkodkan dalam Sunan at-Tirmizi (Imam at-Tirmizi berkata ia gharib): Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan nabi-nabi sebelum ku katakan adalah: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu untuknya, bagi Pemilikan (seluruh alam), baginya segala pujian, dan Dia Berkuasa di atas segala sesuatu.
و منها : كثرة الدعاء بالمغفرة و العتق فإنه يرجى إجابة الدعاء فيه
Keempat: Membanyakkan doa memohon keampunan dan pembebasan daripada neraka pada hari tersebut.
Address
Kuala
21030
Website
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Kulliyyah al-Qalam - Institute of Islamic Education Charity posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.