03/05/2026
MAJLIS PELUNCURAN NAT ANTARABANGSA ANGKASA PERLIS 2026 (PERLIS INTERNATIONAL MARKET 2026)
🗓️ Tarikh: 3 Mei 2026 (Ahad)
🕥 Masa: 8.20 malam
📍Tempat: Pasar Terapung JPS, Pengkalan Asam, Kangar Perlis
YBrs. Profesor Dr. Asyraf Isyraqi bin Jamil, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Jaringan Global, telah hadir mewakili Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) ke Majlis Peluncuran Nat Antarabangsa ANGKASA Perlis 2026 (Perlis International Market 2026) yang berlangsung pada 3 Mei 2026 bertempat di Pasar Terapung JPS, Pengkalan Asam, Kangar.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis. Keberangkatan Baginda turut diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis, serta Yang Amat Mulia Hajah Sharifah Farah Adriana binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir sama dalam majlis ini adalah YAB Menteri Besar Perlis dan isteri.
Atur cara majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Ammar bin Hassan selaku Pengerusi ANGKASA Negeri Perlis, disusuli dengan ucapan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Titah Perasmian oleh DYMM Tuanku Raja Perlis, yang seterusnya menyaksikan upacara Pertukaran MoU serta Peluncuran Nat Antarabangsa Malaysia Halal Marketplace.
Program yang dianjurkan oleh ANGKASA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Koperasi JPS Perlis (KOPESA) Berhad, serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini bertujuan untuk memacu sektor ekonomi dan keusahawanan di peringkat antarabangsa.
Kehadiran Profesor Dr. Asyraf Isyraqi sebagai wakil pengurusan tertinggi UniSIRAJ ke majlis ini merupakan satu tanda sokongan padu universiti terhadap inisiatif pembangunan sosio-ekonomi negeri Perlis, di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi dengan sektor korporat dan agensi kerajaan. Melalui penglibatan dalam majlis seperti ini, UniSIRAJ terus komited dalam memastikan warganya sentiasa peka dan terlibat aktif dalam setiap agenda pembangunan negara demi kesejahteraan ummah.
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
————————————
🔔 IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/