Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Merupakan Politeknik kedua ditubuhkan di Malaysia sejak 1976 di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi

Laman sosial rasmi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PANEL PENILAI AKREDITASI MBOT πŸ“ŒSekalung tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Kesavan A/L Ula...
12/06/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PANEL PENILAI AKREDITASI MBOT πŸ“Œ

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Kesavan A/L Ulaganathen atas pelantikan sebagai Panel Penilai Akreditasi Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi tempoh 1 Jun 2026 hingga 31 Mac 2028.

Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang diberikan serta menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan teknikal dan teknologi negara.
Tahniah dan syabas! πŸŽ‰πŸ‘







LAWATAN KE PUSAT INOVASI INDUSTRI AI CHINA–ASEAN, NANNING, GUANGXI11 Jun 2026 | Khamis -Pensyarah POLISAS berpeluang ke ...
12/06/2026

LAWATAN KE PUSAT INOVASI INDUSTRI AI CHINA–ASEAN, NANNING, GUANGXI

11 Jun 2026 | Khamis -Pensyarah POLISAS berpeluang ke Pusat Inovasi Industri AI China–ASEAN yang terletak di Nanning, Guangxi. Pusat ini berfungsi sebagai gerbang utama dan hab kolaborasi teknologi antara China dengan negara-negara ASEAN dalam memperkukuh pembangunan serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Fungsi utama pusat ini adalah untuk memudah cara penyelidikan bersama, inkubator perniagaan, dan pemindahan teknologi bagi mengintegrasikan AI yang dibangunkan di China ke dalam pelbagai sektor seperti pembuatan, pertanian, dan tadbir urus bandar di rantau Asia Tenggara. Selain itu, pusat ini turut melaksanakan beberapa fungsi strategik, antaranya:

1. Penyediaan Infrastruktur dan Kuasa Pengkomputeran – Menawarkan perkhidmatan pengkomputeran yang inklusif, platform sumber terbuka (open source), serta ruang data yang selamat dan dipercayai.

2. Integrasi Industri – Menghubungkan keperluan industri dan perniagaan di negara-negara ASEAN dengan teknologi serta model AI yang dibangunkan di China.

3. Pusat Latihan dan Pembangunan Bakat – Menyediakan latihan kepada bakat digital serta pegawai dari rantau ASEAN bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang AI.

4. Platform Pertukaran Tadbir Urus – Menjadi medium dialog berterusan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan dasar, perundangan, serta etika penggunaan AI.

Secara keseluruhannya, fasiliti ini berperanan sebagai yang pusat yang menghubungkan ekosistem inovasi digital merentas sempadan, sekali gus memastikan pembangunan teknologi kecerdasan buatan dapat dilaksanakan secara inklusif dan mampan di rantau ASEAN.






LAWATAN INDUSTRI DAN AKADEMIK DI GUILIN, CHINA10 Jun 2026 - LAWATAN KE ESQUEL TEXTILES CO. LTD.Lawatan ke Esquel Textile...
12/06/2026

LAWATAN INDUSTRI DAN AKADEMIK DI GUILIN, CHINA

10 Jun 2026 - LAWATAN KE ESQUEL TEXTILES CO. LTD.

Lawatan ke Esquel Textiles Co. Ltd. telah memberikan pendedahan kepada pensyarah POLISAS mengenai operasi industri tekstil moden yang menitikberatkan aspek inovasi, automasi dan kelestarian alam sekitar. Pensyarah berpeluang melihat proses pengeluaran tekstil serta amalan pengurusan yang menggabungkan teknologi canggih dengan konsep pembangunan mampan. Selain itu, penerangan mengenai inisiatif hijau dan penggunaan sumber secara cekap telah memberi inspirasi kepada pensyarah tentang kepentingan pengeluaran yang mesra alam.

2. LAWATAN KE HONG DING GARDEN

Lawatan ke Hong Ding Garden memberi peluang kepada pensyarah menikmati keindahan landskap serta memahami konsep pembangunan taman yang menggabungkan elemen alam semula jadi, seni bina dan budaya tempatan. Persekitaran yang terancang dan kondusif turut memperlihatkan usaha pemeliharaan alam sekitar serta mewujudkan suasana yang harmoni untuk aktiviti rekreasi dan pendidikan.

3. LAWATAN KE GEOLOGICAL MUSEUM OF GUILIN UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

Lawatan ke Geological Museum of Guilin University of Technology memberikan pendedahan mengenai sejarah geologi, pembentukan bumi serta kepelbagaian batuan dan mineral yang terdapat di wilayah Guilin. Pensyarah dapat melihat pelbagai koleksi fosil, spesimen mineral dan pameran interaktif yang menjelaskan proses evolusi geologi serta kepentingannya dalam penyelidikan, pendidikan dan pembangunan sumber semula jadi.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah berjaya menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman pensyarah dalam bidang industri, kelestarian alam sekitar serta geologi. Program ini turut membuka ruang kepada perkongsian idea dan amalan terbaik yang boleh dimanfaatkan dalam pembangunan akademik dan profesional pada masa hadapan.






WOMEN'S DIGITAL LEADERSHIP IN THE AI ERA FROM DIGITAL LITERACY TO INCLUSIVE GOVERNANCE  9 Jun 2026 | Selasa -  Pensyarah...
12/06/2026

WOMEN'S DIGITAL LEADERSHIP IN THE AI ERA FROM DIGITAL LITERACY TO INCLUSIVE GOVERNANCE

9 Jun 2026 | Selasa - Pensyarah daripada POLISAS telah mengikuti kursus yang disampaikan Prof Liang Shihua dari Gui Lin University of Technology, China. Objektif kursus ialah memahami perubahan dalam sektor pekerjaan, digital dan Ai membentuk semula persekitaran kerja wanita, mengenalpasti potensi risiko era digital dalam kandungan yang dihasilkan oleh Ai, memahami Ai sebagai pembantu tugas harian, memahami kekuatan wanita untuk merangka dasar yang inklusif bagi menangani keperluan sebenar wanita, wanita muda, wanita luar bandar, wanita bandar, usahawan, warga emas supaya dapat memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Pensyarah tersebut telah di beri pendedahan yang berguna serta dapat meningkatkan pengetahuan peluang bagi wanita untuk mendapatkan maklumat, menjana pendapatan dan mengakses perkhidmatan.

Bagi slot Women Cadres' Artificial Intelligence Leadership and Governance Innovation pensyarah diberi penerangan berkaitan perkembangan Ai dalam tadbir urus digital iaitu daripada tadbir urus berasaskan pengalaman kepada tadbir urus data seterusnya kepada masyarakat pintar Ai.

Pensyarah juga mendapat pendedahan berkaitan asas tadbir urus iaitu pertimbangan saintifik berdasarkan data objektif, transformasi model ramalan dan pencegahan yang proaktif, pelaksanaan dasar yang diperhalusi mengikut keperluan yang pelbagai, serta sistem tadbir urus "closed loop" yang saling berhubung merentas domain.
Selain itu peserta mengetahui peranan dan fungsi status pekerja wanita sebagai tukang belakang tadbir urus.






Kursus Recharge & Reconnect JMSK 2026 pada 9 Jun 2026 bertempat di Campsite Pantai Anak Air, Kuantan.Kursus ini diadakan...
12/06/2026

Kursus Recharge & Reconnect JMSK 2026 pada 9 Jun 2026 bertempat di Campsite Pantai Anak Air, Kuantan.

Kursus ini diadakan bagi membudayakan persekitaran kerja yang lebih positif, sihat dan harmoni dalam kalangan staf melalui aktiviti pembangunan diri, terapi kendiri dan kerja berpasukan.

Kesihatan fizikal, emosi dan mental merupakan elemen penting dalam memastikan kesejahteraan serta produktiviti di tempat kerja. Kursus Recharge & Reconnect JMSK 2026 direka untuk membantu staf menyegarkan semula motivasi diri, mengukuhkan hubungan interpersonal serta membina semangat kerjasama melalui pelbagai aktiviti interaktif, santai dan menyeronokkan.

Semoga semua staf JMSK lebih bersemangat, cemerlang, tepati masa dan sentiasa positif dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab serta bersama-sama bekerjasama dalam pasukan.

Terima kasih kepada ketua jabatan dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.





BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT): Kursus DPA10253 Statistics & DPB30063 Quantitative MethodsPada 10 Jun 2026, Jabatan P...
12/06/2026

BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT): Kursus DPA10253 Statistics & DPB30063 Quantitative Methods
Pada 10 Jun 2026, Jabatan Perdagangan telah berjaya menganjurkan Bengkel Training of Trainer (TOT) bagi kursus DPA10253 Statistics dan DPB30063 Quantitative Methods yang berlangsung di Bilik Latihan 1, Jabatan Perdagangan.
Bengkel ini bertujuan menyelaras penyampaian kandungan kursus, memperkukuh pemahaman pensyarah terhadap hasil pembelajaran kursus serta berkongsi amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kualiti penyampaian yang lebih berkesan dan konsisten.
Program ini dikendalikan oleh Pn. Norhalida Binti Abd Rahim, Ketua Bidang Matematik dan Kewangan merangkap Penyelaras Kursus DPA10253 Statistics, bersama Dr. Aznidawati binti Abd Ghani, Penyelaras Kursus DPB30063 Quantitative Methods.
Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh barisan penceramah yang pakar daripada Jabatan Matematik, Sains dan Komputer iaitu:
β€’ Pn. Sumaiyah Binti Mohd Khaidzir
β€’ Pn. Nurfateha Binti Mohd Yamikazam
β€’ Pn. Suzilaeli Binti Mohd Sarman
β€’ Pn. Noor Hidayah Binti Jamaludin
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah serta peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang bengkel berlangsung. Semoga perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran demi kecemerlangan akademik pelajar.







πŸ† TAHNIAH TEAM ROBOSAS – NAIB JOHAN KESELURUHAN 19th FIRA MALAYSIA CUP 2026 πŸ†Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepad...
11/06/2026

πŸ† TAHNIAH TEAM ROBOSAS – NAIB JOHAN KESELURUHAN 19th FIRA MALAYSIA CUP 2026 πŸ†

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Team ROBOSAS, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) atas kejayaan meraih Naib Johan Keseluruhan (Ranking Kedua) dalam 19th FIRA Malaysia Cup 2026.

Kedudukan keseluruhan pertandingan adalah seperti berikut:

πŸ₯‡ Politeknik Port Dickson (PPD) – 3 Emas, 1 Perak, 2 Gangsa
πŸ₯ˆ Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) – 2 Emas, 3 Perak, 2 Gangsa
πŸ₯‰ Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) – 2 Emas, 1 Perak, 2 Gangsa

Pencapaian POLISAS:

πŸ₯‡ Gold – RoBoSot Race Challenge
πŸ₯‡ Gold – Simurosot Autonomous Car Urban Simulation Challenge
πŸ₯ˆ Silver – RoBoSot Soccer Challenge
πŸ₯ˆ Silver – Sumo Warrior 3Kg
πŸ₯ˆ Silver – RoBoSot Avoidance Challenge
πŸ₯‰ Bronze – Autonomous Duel Race (ADR)
πŸ₯‰ Bronze – HuroCup Manipulation (Archery)

πŸ† POLISAS turut dinobatkan sebagai Master (All Challenge Champion) bagi kategori:
πŸ“Œ RoBoSot
πŸ“Œ Simurosot

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, komitmen tinggi serta semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh para peserta dan penasihat ROBOSAS sepanjang pertandingan berlangsung.

✨ Terima kasih buat Pengarah POLISAS, Encik Hisamudin bin Mohd Tamim, Timbalan Pengarah (Akademik), Pn. Hajah Wan Zuraida binti Wan Yusoff, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Encik Mustafizul Hilmie bin Abd Rahman, pihak pengurusan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) serta seluruh warga POLISAS atas sokongan, kepercayaan, doa dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan kejayaan Team ROBOSAS di pentas 19th FIRA Malaysia Cup 2026. Sokongan padu daripada semua pihak menjadi pemangkin kepada pencapaian yang membanggakan ini.

🀝 Penghargaan turut diberikan kepada semua pensyarah penasihat, jurulatih dan pelajar yang telah bertungkus-lumus sepanjang persediaan dan pertandingan berlangsung. Kejayaan ini adalah kejayaan bersama dan menjadi kebanggaan seluruh warga POLISAS.

Tahniah kepada seluruh kontinjen ROBOSAS kerana berjaya mengharumkan nama POLISAS di pentas robotik kebangsaan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan serta mengangkat nama POLISAS ke peringkat yang lebih tinggi.

πŸ€–πŸ† HOGOH ROBOSAS HOGOH! πŸ†πŸ€–












πŸ… TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ―Warga Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kep...
11/06/2026

πŸ… TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ―

Warga Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada 6306573 PBT Ong Kim Guan, pelajar Diploma Pengurusan Logistik & Rantaian Bekalan, atas pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Menembak MalPTAAC Siri 17/2026 yang telah berlangsung di Lapang Sasar 2RRD.

Beliau yang juga merupakan anggota Rejimen 505 Askar Wataniah telah berjaya menduduki tempat ke-17 daripada 760 peserta, satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan kecekapan, disiplin serta komitmen tinggi dalam bidang ketenteraan dan kemahiran menembak.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga POLISAS untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.

KURSUS REFRESHMENT AUDIT DALAMAN SPKKP POLISAS 2026Tarikh : 10 & 11 Jun 2026Tempat : Bilik Latihan ULPL 2Peserta : Pasuk...
11/06/2026

KURSUS REFRESHMENT AUDIT DALAMAN SPKKP POLISAS 2026

Tarikh : 10 & 11 Jun 2026
Tempat : Bilik Latihan ULPL 2
Peserta : Pasukan Audit Dalaman SPKKP POLISAS

Dalam usaha memantapkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) di POLISAS, Kursus Refreshment Audit Dalaman SPKKP POLISAS 2026 telah dilaksanakan bersama Pasukan Audit Dalaman SPKKP POLISAS.

Penceramah bagi kursus ini ialah Puan Adilen @ Lucia bt. Suil, Penyelaras SPKKP, dan Puan Rozalina binti Ab Rashid, Ketua Juruaudit Dalaman SPKKP POLISAS. Antara pengisian kursus adalah berkaitan pelaksanaan audit dalaman berdasarkan ISO 45001:2018, penggunaan audit checklist dan audit matrix, penulisan dapatan NCR/OFI, tindakan selepas audit serta pelaksanaan audit susulan.

Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kefahaman dan kesiapsiagaan juruaudit dalaman dalam melaksanakan tugasan audit dengan lebih sistematik, objektif dan berkesan demi memperkukuh pelaksanaan SPKKP POLISAS.




POLISAS @50: Siri Amalan BaikSukacita dimaklumkan Jawatankuasa Intelektual & Kecemerlangan Akademik Sambutan Jubli Emas,...
10/06/2026

POLISAS @50: Siri Amalan Baik

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Intelektual & Kecemerlangan Akademik Sambutan Jubli Emas, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) akan mengadakan satu siri webinar perkongsian amalan baik sepanjang tahun 2026. Perkongsian ketiga bertajuk JKE YEARLY PLAN akan dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh : 18 JUN 2026 (KHAMIS)
Masa : 3.00 - 4.00 Petang

Panel : EN. SHAIZAN BIN JUSOH
πŸ“ŒKetua Program, Diploma Kej. Elektronik(Komputer)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Moderator : EN. MOHD RADHI BIN MUSA
πŸ“ŒKetua Program, Diploma Kej. Elektrik Elektronik
Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Google Meet: https://meet.google.com/xjn-exkw-syn

Penyertaan adalah PERCUMA!!

Kami amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke webinar ini sebagai ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan inspirasi Jubli Emas 50 tahun POLISAS dalam memperkukuh amalan terbaik di institusi TVET.

Kelestarian Lima Dekad, Terus Tekad




Address

Semambu
Kuantan
25350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095655300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share