TVET MARA Lumut

  • Home
  • TVET MARA Lumut

TVET MARA Lumut for inquiries:
[email protected]
+6056881403, +6056884401

28/05/2026

DAH DAPAT TAWARAN TVETMARA?
Jom lengkapkan pengesahan anda dengan mudah!
Ikuti 8 langkah penting ini supaya proses pendaftaran berjalan lancar
✅ Semak tawaran
✅ Buat bayaran MARAEPS
✅ Muat naik dokumen lengkap
✅ Hadir pendaftaran fizikal
Pastikan semua dokumen disediakan awal dan ikut tarikh yang ditetapkan ya
Selamat datang ke keluarga TVETMARA, langkah pertama menuju masa depan yang lebih cerah!

Masih boleh memohon dalam tempoh rayuan…
26/05/2026

Masih boleh memohon dalam tempoh rayuan…

TAK SEMPAT MOHON ATAU BELUM TERIMA TAWARAN?
Jangan risau, anda masih mempunyai peluang kedua melalui Tempoh Rayuan UP_TVET Perdana! ✨

🗓️ Tempoh rayuan dibuka mulai 8 Jun hingga 30 Jun 2026.
Calon boleh membuat permohonan bagi kursus yang masih mempunyai baki kapasiti sahaja.

✅ Semak kursus yang masih ada baki kapsiti
✅ Buat pilihan kursus untuk dirayu
✅ Semak emel jika ditawarkan

Pilih dengan bijak demi masa depan kerjaya anda! 🚀

Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
💡TVET - Pilihan Utama Kerjaya!

IKLAN SEBUT HARGA MARA: KERJA MENCUCI DAN MEMBERSIH DI TVETMARA LUMUTPeluang kontraktor Bumiputera. MAJLIS AMANAH RAKYAT...
26/05/2026

IKLAN SEBUT HARGA MARA: KERJA MENCUCI DAN MEMBERSIH DI TVETMARA LUMUT

Peluang kontraktor Bumiputera. MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pembekal yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyertai sebut harga berikut:

Nama Kerja: Kerja-Kerja Perkhidmatan Mencuci Bangunan dan Membersih Kawasan di IKM Lumut
No. Sebut Harga: 351/2026/0006
Kod Bidang: 221001 dan 221002

Tarikh Jualan Dokumen: 25/05/2026 hingga 12/06/2026
Sesi Taklimat (WAJIB): 09/06/2026 jam 10:30 Pagi
Tempat Sesi Taklimat: Dewan Teater TVETMARA Lumut

Nota Taklimat: Hanya Pemilik Syarikat / Penama yang berdaftar sahaja dibenarkan hadir. Wakil syarikat tidak dibenarkan. Sila bawa Kad Pengenalan, Sijil SSM, Sijil M*F, dan Sijil Bumiputera asal serta salinan beserta cop syarikat.

Tarikh Tutup: 16/06/2026 sebelum jam 12:00 tengah hari
Harga Dokumen: RM 5.00

Bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui: https://bayar.maraeps.my

Serahan Dokumen: Dokumen yang lengkap mestilah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan No. Sebut Harga dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas, dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat:

PENGARAH
TVETMARA LUMUT, JALAN DATO SERI KAMARUDDIN,
32040 SERI MANJUNG, PERAK.
Sebarang kelewatan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dilayan.

22/05/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗜𝗣𝗠𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗚𝗘𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga KPM dan TVETMARA, para petugas, urus setia, tenaga kerja belakang tabir serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis penuh bersejarah ini.

Segala komitmen, kerjasama dan dedikasi yang diberikan menjadi tulang belakang kejayaan Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2026.

Terima kasih kerana bersama-sama mencipta sebuah memori yang penuh bermakna buat seluruh warga KPM dan TVETMARA.

“Melakar Masa Depan, Memacu Perubahan.”












Kenali Ikon TVET: Khairul Idham Bin BahariKhairul Idham Bin Bahari merupakan pelajar Diploma Teknologi Pengeluaran Perab...
21/05/2026

Kenali Ikon TVET: Khairul Idham Bin Bahari

Khairul Idham Bin Bahari merupakan pelajar Diploma Teknologi Pengeluaran Perabot Kontemporari (DTR) di TVETMARA Lumut. Memegang teguh moto hidup "Precision, Dedication, Excellence", beliau kini menempa nama sebagai antara tenaga mahir masa depan yang bakal mengharumkan nama negara di persada global dalam bidang Cabinet Making.
Perjalanan Dinamik & Rentetan Kejayaan
Minat yang mendalam serta komitmen tinggi telah membawa Khairul Idham melalui fasa perkembangan kemahiran yang sangat luar biasa dari peringkat kebangsaan hingga ke tahap antarabangsa:

September 2023: Memulakan langkah kanan dengan merangkul Pingat Gangsa dalam pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2023.

Disember 2023: Terpilih menyertai Bengkel Pembangunan Modul WorldSkills Standard (Cabinet Making & Joinery) Siri 2 bersama Skills Taiwan, sekali gus memberi pendedahan awal kepada standard latihan global.

Ogos 2024: Membuktikan peningkatan kualiti kerja dan pengurusan masa yang matang apabila berjaya membawa pulang Pingat Emas dalam WSMB 2024.

Jun 2025: Mula mendominasi pentas serantau dengan memenangi Pingat Emas di pertandingan ASEAN TVET Friendly 2025.
Ogos 2025: Meneruskan momentum cemerlang dengan kejayaan meraih Pingat Emas dalam WorldSkills ASEAN Philippines 2025.

November 2025: Meluaskan penguasaan ke peringkat Asia dan berjaya merangkul Pingat Perak dalam WorldSkills Asia Taipei 2025.
Pengiktirafan Tertinggi & Harapan Dunia
Kejayaan demi kejayaan ini telah menarik perhatian kepimpinan negeri Perak.

Pada 21 September 2025, beliau telah dianugerahkan Anugerah Khas KAMU 2025 dan diiktiraf secara rasmi sebagai Ikon Anak Muda TVET Negeri Perak oleh YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak. Beliau juga melengkapkan potret kecemerlangan akademiknya apabila dianugerahkan Anugerah Graduan Cemerlang di Konvokesyen Institut Pendidikan MARA.

Kemuncak kepada pengiktirafan prestasi konsisten beliau adalah pemilihan Khairul Idham sebagai wakil negara yang bakal membawa jalur gemilang ke WorldSkills Competition Shanghai 2026 pada September nanti.

Keseimbangan Sahsiah & Impak Institusi
Di sebalik deretan pingat yang dimenangi, Khairul Idham dikenali sebagai seorang pelajar yang mempunyai disiplin tinggi, berintegriti, serta aktif dalam program sukarelawan dan CSR. Beliau juga membuktikan kecergasan fizikal yang seimbang melalui penglibatan dalam sukan Sepak Takraw (ATLIT SPEKMA XII 2024).

Kisah kejayaan beliau bukan sahaja menaikkan reputasi TVETMARA Lumut dan MARA di mata dunia, malah menjadi inspirasi terbaik kepada seluruh generasi muda bahawa bidang kemahiran TVET mampu membawa seseorang melangkah jauh sehingga ke peringkat antarabangsa.

Di Sebalik Kejayaan: Kisah Inspirasi Raja Ahmad Firdaus, Pelajar TVETMARA LumutLahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarg...
21/05/2026

Di Sebalik Kejayaan: Kisah Inspirasi Raja Ahmad Firdaus, Pelajar TVETMARA Lumut

Lahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana di Kampung Tanjung Kepah, Lekir, Sitiawan, Perak, Raja Ahmad Firdaus bin Raja Azman Shah telah membuktikan bahawa latar belakang keluarga bukanlah penentu masa depan. Apa yang lebih penting adalah keazaman dan ketekunan yang tidak pernah pudar dalam diri.

Sepanjang pengajiannya di TVETMARA Lumut dari tahun 2023 hingga 2025, beliau telah menunjukkan satu penanda aras yang sangat tinggi buat pelajar lain menerusi pelbagai pencapaian luar biasa:

Kecemerlangan Akademik : Beliau konsisten menerima Anugerah Dekan pada setiap semester dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.84.

Keseimbangan Duniawi & Ukhrawi :Sesuatu yang amat mengagumkan, di sebalik kesibukan jadual kelas, beliau berjaya menghafaz 26 juzuk Al-Quran sepanjang tempoh pengajiannya di sini.

Kompetensi Kemahiran Industri : Beliau membuktikan keupayaannya menguasai teknologi moden apabila lulus peperiksaan profesional CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector serta memperoleh pengiktirafan dalam bidang kimpalan robotik.

Inovasi & Kreativiti : Beliau aktif bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa, termasuk meraih Silver Award dalam Pertandingan Projek Inovasi (IIEF 2025), dinobatkan sebagai Juara Projek Inovasi Terbaik VTEC 3.0 (2024), serta terlibat dalam Pertandingan TikTok ADFIM 2025.

Selain fokus pada bidang akademik dan kemahiran, Raja Ahmad Firdaus juga seorang yang aktif dalam aktiviti kepimpinan, sukan, dan khidmat masyarakat. Penglibatan menyeluruh ini secara tidak langsung telah membentuk sahsiah diri yang berdisiplin, berintegriti, dan mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Kisah perjalanan beliau bukan sekadar cerita tentang kejayaan seorang pelajar, tetapi ia adalah sebuah inspirasi tentang bagaimana ketabahan dan keseimbangan mampu mengubah cabaran menjadi sumber kekuatan untuk menggapai impian.

Tahniah diucapkan kepada Raja Ahmad Firdaus. Semoga kejayaan ini terus menjadi pembakar semangat buat seluruh warga TVETMARA Lumut.

21/05/2026
LUMUT, 20 Mei– Satu taklimat Latihan Industri (LI) untuk pelajar tahun akhir telah selamat berlangsung semalam di TVETMA...
20/05/2026

LUMUT, 20 Mei– Satu taklimat Latihan Industri (LI) untuk pelajar tahun akhir telah selamat berlangsung semalam di TVETMARA Lumut. Taklimat tersebut disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Industri, Encik Khairil Azny bin Md Yusop, sebagai persediaan rapi sebelum kesemua pelajar melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Dalam sesi taklimat tersebut, beberapa perkara penting telah dikongsikan kepada semua pelajar.

Pertama, pelajar diingatkan untuk sentiasa menjaga disiplin, menepati masa, dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak industri mahupun institusi.

Kedua, Encik Khairil Azny memberi pesanan mendalam agar para pelajar sentiasa menjaga imej dan nama baik TVETMARA Lumut sepanjang tempoh latihan.

Akhir sekali, pelajar diseru untuk melakukan yang terbaik dan membuktikan kemahiran praktikal yang telah mereka pelajari sepanjang pengajian di sini.

Sesi ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat dan keyakinan kepada pelajar tahun akhir untuk menempuh alam latihan industri dengan cemerlang.

Dulu kita sibuk bercakap tentang Industry 4.0…AI, IoT, Smart Factory, Big Data, Automation.Tetapi dunia sekarang sebenar...
19/05/2026

Dulu kita sibuk bercakap tentang Industry 4.0…
AI, IoT, Smart Factory, Big Data, Automation.

Tetapi dunia sekarang sebenarnya sudah mula bergerak ke arah Industry 5.0.

Dunia bergerak pastas.
sepantas mana kita bergerak rebut peluang ini?

Address

Jalan Dato' Seri Kamaruddin

32040

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056881403

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TVET MARA Lumut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your university to be the top-listed University?

Share