Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh

Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh Akademi Pendidikan Al Istiqamah merupakan jawatankuasa pengurusan baru yang akan akan bertanggungjawab kepada Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh Phg
(3)

🎨🌈 FESTIVAL MEWARNA KANAK-KANAK 2026 Jom serlahkan kreativiti si kecil dalam suasana penuh warna, ceria dan menyeronokka...
13/05/2026

🎨🌈 FESTIVAL MEWARNA KANAK-KANAK 2026

Jom serlahkan kreativiti si kecil dalam suasana penuh warna, ceria dan menyeronokkan! ✨

Pelbagai hadiah menarik menanti peserta yang berjaya memukau para juri dengan hasil karya terbaik mereka!

πŸ“… 20 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ•£ 8.30 Pagi
πŸ“ Maahad Tahfiz Al Istiqamah

πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Kategori Pertandingan:
πŸ”Ή Pra Sekolah (5–6 Tahun)
πŸ”Ή Tahap 1 (7–9 Tahun)
πŸ”Ή Tahap 2 (10–12 Tahun)

⚠️ Tempat adalah TERHAD kepada 50 peserta setiap kategori sahaja!

πŸ’΅ Yuran Penyertaan: RM5 sahaja

πŸ“Œ Daftar segera di sini:
πŸ”— https://forms.gle/VNur3pCLGGYUCAEG7

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
016 9843412 (Cikgu Hanim)


IMTIHAN NISFU SANAHSelamat menduduki peperiksaan  kepada semua pelajar Maahad Tahfiz Al Istiqamah. Semoga Allah SWT memp...
13/05/2026

IMTIHAN NISFU SANAH

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar Maahad Tahfiz Al Istiqamah. Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan, memberikan ketenangan, dan melancarkan setiap langkah kalian dalam menjawab soalan bermula Isnin, amiin.

Ingatlah bahawa usaha yang gigih akan membuahkan hasil yang cemerlang. Berdoalah, berusaha, dan bertawakkal kepada-Nya.

Bittaufiq wan Najah 🀲
---------------------
Jom bersama kami melahirkan generasi huffaz rabbani dan sama-sama membangunkan jihad pendidikan ini. salurkan sumbangan anda ke akaun :

Maybank
Akaun Maybank : 556057547971
( Maahad Tahfiz Al Istiqamah )

Jazakumullah.

Maahad Tahfiz Al Istiqamah
Membentuk Generasi Rabbani

Jom semarakkan Karnival 1 Dekad MTIS dengan menyertai Konsert Maal Hijrah bersama Inteam! Saksikan malam penuh pengisian...
13/05/2026

Jom semarakkan Karnival 1 Dekad MTIS dengan menyertai Konsert Maal Hijrah bersama Inteam!

Saksikan malam penuh pengisian rohani, alunan nasyid yang menyentuh jiwa, serta pelbagai aktiviti karnival menarik sempena 10 tahun MTIS.

Tekan link sekarang!!

https://maahadtahfizistiqamah.com/order/form/konsert

Sebarang persoalan boleh menghubungi nombor Unit Pendaftaran tertera :

Ust Fikri : 01170238633
Ustzh Masyitah : 01155382720


TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENAMATKAN HAFAZAN 30 JUZUKAlhamdulillah, pada hari Jumaat yang diberkati Allah SWT, 08.05.2026, w...
08/05/2026

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENAMATKAN HAFAZAN 30 JUZUK

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang diberkati Allah SWT, 08.05.2026, warga Maahad Tahfiz Al Istiqamah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Aidil Darwish atas kejayaannya menamatkan sesi tasmik hafazan 30 juzuk dan merupakan pelajar yang ke-50 berjaya khatam hafazan sepanjang MTIS beroperasi.

Tidak lupa juga tahniah buat ibu bapanya, guru tasmik Ustaz Abrar, guru-guru Maahad Tahfiz Al Istiqamah, semua ibubapa pelajar, rakan-rakan seperjuangannya dan semua yang telah terlibat menyumbang dan membantu kepada pendidikan di Maahad Tahfiz Al Istiqamah selama mana MTIS telah beroperasi.

Semoga beliau terus istiqamah menjaga hafazan Al Quran dan mengamalkan ilmu yang dipelajari, Amin.

===================================================================================

Jom bersama kami melahirkan generasi huffaz rabbani dan sama-sama membangunkan jihad pendidikan ini. salurkan sumbangan anda ke akaun :

Maybank
Akaun Maybank : 556057547971
( Maahad Tahfiz Al Istiqamah )

Jazakumullah.

Alhamdulillah 🀍Setinggi-tinggi tahniah buat adik Nusaibah Binti Saifullah atas kejayaan meraih Naib Johan Tilawah Al-Qur...
04/05/2026

Alhamdulillah 🀍

Setinggi-tinggi tahniah buat adik Nusaibah Binti Saifullah atas kejayaan meraih Naib Johan Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak (Perempuan) Peringkat Kebangsaan dalam Majlis Tilawah, Tazkirah & Hafazan Al-Quran TNB 1447H (2025/2026).

Dengan markah cemerlang 91%, adik Nusaibah berjaya mengharumkan nama negeri Pahang.

πŸ₯‡ Johan β€” Perak
πŸ₯ˆ Naib Johan β€” Pahang
πŸ₯‰ Tempat Ketiga β€” Sabah

Semoga kejayaan ini menjadi asbab keberkatan hidup, terus istiqamah bersama Al-Quran dan menjadi inspirasi buat anak-anak lain. Tahniah juga kepada ibu ayah serta guru-guru yang tidak pernah jemu membimbing β€οΈπŸ“–
............................
πŸ’› Jom bantu kami melahirkan para huffaz rabbani.
Salurkan sumbangan dana pendidikan ke akaun:

Maybank :
556057547971
(Maahad Tahfiz Al Istiqamah)



Majlis Penutup Ihtifal Riadhi 2026 telah disempurnakan oleh En. Saharuddin bin Ahmad, Presiden Majlis Belia Pahang denga...
30/04/2026

Majlis Penutup Ihtifal Riadhi 2026 telah disempurnakan oleh En. Saharuddin bin Ahmad, Presiden Majlis Belia Pahang dengan penuh gilang-gemilang.

Tahniah diucapkan kepada Maahad Tahfiz yang berjaya menganjurkan temasya sukan yang begitu meriah dan luar jangkaan.

Perarakan yang ditampilkan cukup hebat dan kreatif dengan mengangkat nama-nama pahlawan, sekali gus menyuntik semangat keberanian, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan pelajar.

Semoga usaha ini terus menjadi inspirasi dalam melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan semangat juang.
............................
πŸ’› Jom bantu kami melahirkan para huffaz rabbani.
Salurkan sumbangan dana pendidikan ke akaun:

Maybank :
556057547971
(Maahad Tahfiz Al Istiqamah)




Perlawanan bola sepak antara rumah sukan biru, merah, kuning dan hijau pada 26 April memang berlangsung dengan cukup heb...
30/04/2026

Perlawanan bola sepak antara rumah sukan biru, merah, kuning dan hijau pada 26 April memang berlangsung dengan cukup hebat!

Padang penuh dengan aksi menarik, sorakan padu dan semangat juang yang tinggi dari setiap pasukan.

Bukan sekadar nak menang, tapi lebih kepada keseronokan bermain, kerjasama dalam pasukan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan. Memang padu setiap perlawanan! ⚽πŸ”₯
............................
πŸ’› Jom bantu kami melahirkan para huffaz rabbani.
Salurkan sumbangan dana pendidikan ke akaun:

Maybank :
556057547971
(Maahad Tahfiz Al Istiqamah)




Pertandingan bola jaring yang berlangsung pada 26 April antara rumah sukan telah berjalan dengan lancar dan penuh semang...
30/04/2026

Pertandingan bola jaring yang berlangsung pada 26 April antara rumah sukan telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat kesukanan.

Setiap pasukan mempamerkan usaha yang bersungguh-sungguh serta komitmen tinggi sepanjang perlawanan.

Pertandingan ini bukan sekadar untuk menentukan siapa yang kuat atau lemah, tetapi lebih kepada membina kerjasama berpasukan, komunikasi yang baik serta semangat saling menyokong antara ahli pasukan.

Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat memupuk nilai disiplin, tanggungjawab dan kesatuan dalam mencapai matlamat bersama.
............................
πŸ’› Jom bantu kami melahirkan para huffaz rabbani.
Salurkan sumbangan dana pendidikan ke akaun:

Maybank :
556057547971
(Maahad Tahfiz Al Istiqamah)




Merentas desa sempena Ihtifal Riadhi yang berlangsung pada 18 April 2026 telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Acara ...
30/04/2026

Merentas desa sempena Ihtifal Riadhi yang berlangsung pada 18 April 2026 telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Acara sejauh 5km ini mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada para pelajar, sekali gus menonjolkan semangat kesukanan dan ketahanan fizikal yang tinggi sepanjang larian.

Seramai 10 orang pemenang daripada kategori banin dan banat akan dipilih berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar di samping melahirkan generasi yang cergas, berdisiplin dan berdaya tahan.............................
πŸ’› Jom bantu kami melahirkan para huffaz rabbani.
Salurkan sumbangan dana pendidikan ke akaun:

Maybank :
556057547971
(Maahad Tahfiz Al Istiqamah)




🏹 KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEMANAHSEMPENA IHTIFAL RIYADHI 2026 🏹Alhamdulillah, pertandingan Memanah sempena Ihtifal Riyadh...
27/04/2026

🏹 KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEMANAH
SEMPENA IHTIFAL RIYADHI 2026 🏹

Alhamdulillah, pertandingan Memanah sempena Ihtifal Riyadhi 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat, fokus dan disiplin dalam kalangan para peserta. Sukan memanah yang menuntut ketenangan, ketepatan dan kekuatan mental ini telah memperlihatkan persaingan yang sengit antara rumah Kuning, Merah, Hijau dan Biru.

Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan memanah:

🎯 Memanah Single Banin
πŸ₯‡ Johan : Rumah Merah
πŸ₯ˆ Naib Johan : Rumah Biru
πŸ₯‰ Tempat Ketiga : Rumah Kuning

🎯 Memanah Single Banat
πŸ₯‡ Johan : Rumah Merah
πŸ₯ˆ Naib Johan : Rumah Biru
πŸ₯‰ Tempat Ketiga : Rumah Hijau

🎯 Memanah Berkumpulan Banin
πŸ₯‡ Johan : Rumah Kuning
πŸ₯ˆ Naib Johan : Rumah Merah
πŸ₯‰ Tempat Ketiga : Rumah Biru

🎯 Memanah Berkumpulan Banat
πŸ₯‡ Johan : Rumah Merah
πŸ₯ˆ Naib Johan : Rumah Biru
πŸ₯‰ Tempat Ketiga : Rumah Kuning
............................
πŸ’› Jom bantu kami melahirkan para huffaz rabbani.
Salurkan sumbangan dana pendidikan ke akaun:

Maybank :
556057547971
(Maahad Tahfiz Al Istiqamah)




Alhamdulillah, Pertandingan Bola Tampar antara Rumah Kuning, Merah, Hijau dan Biru telah berlangsung dengan penuh semang...
27/04/2026

Alhamdulillah, Pertandingan Bola Tampar antara Rumah Kuning, Merah, Hijau dan Biru telah berlangsung dengan penuh semangat, disiplin dan kesukanan yang tinggi pada 10, 11 dan 13 April 2026. Setiap perlawanan menyaksikan aksi sengit dan luar biasa daripada semua pasukan yang bertanding.

Sempena Ihtifal Riadhi, gelanggang telah menjadi saksi kepada perjuangan hebat para atlet yang mewakili rumah masing-masing dengan penuh dedikasi dan semangat juang yang tidak pernah luntur.

🏐 KEPUTUSAN RASMI BOLA TAMPAR BANIN:
πŸ₯‡ Johan : Rumah Biru
πŸ₯ˆ Naib Johan : Rumah Hijau
πŸ₯‰ Tempat Ketiga : Rumah Kuning

🏐 KEPUTUSAN RASMI BOLA TAMPAR BANAT:
πŸ₯‡ Johan : Rumah Kuning
πŸ₯ˆ Naib Johan : Rumah Merah
πŸ₯‰ Tempat Ketiga : Rumah Biru

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! πŸ‘
............................
πŸ’› Jom bantu kami melahirkan para huffaz rabbani.
Salurkan sumbangan dana pendidikan ke akaun:

Maybank :
556057547971
(Maahad Tahfiz Al Istiqamah)




Address

Lot 2016 Kg Padang Lalang KM8 Jalan Maran
Maran
2800

Opening Hours

Monday 20:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60199610849

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh:

Share