28/02/2023
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Unit ePembelajaran Politeknik Mersing (PMJ) dengan kerjasama Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) mencapai kesepakatan bersama untuk menganjurkan Kursus Perkongsian Ilmu Digital secara dalam talian yang berlangsung pada 28 Februari 2023 bermula pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Terdapat dua topik telah dikongsikan iaitu Pembangunanan Apps Untuk PdP yang dikongsikan oleh penceramah En Mohd Fadli Bin Ahdon (penceramah dari Politeknik Mersing) dan Assemblr and AR Creation for Everyone oleh Pn. Zain Binti Retas (penceramah dari Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail).
Kursus perkongsian ilmu ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta dari pelbagai institusi antaranya Politeknik, Kolej Komuniti, JPPKK, Sekolah dan individu perseorangan.
Unit ePembelajaran Politeknik Mersing dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail berharap webinar ini dapat membantu pendidik dalam penghasilan bahan PdP dengan teknologi dan ilmu yang baharu.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada penceramah,jawatankuasa kursus,peserta dan semua yang terlibat