Madrasah Tahfiz Al-Quran Rahmaniyyah

Madrasah Tahfiz Al-Quran Rahmaniyyah Madrasah Tahfiz Al-Quran Rahmaniyyah ,
Parit Raja Ahmad ,
Parit Sulong,
83500 Batu Pahat ,
Johor

Alhamdulillah segala puji bagi Allah pemilik sekelian alam.Pemberi rezeqi tiap makhluq dari sekecil-kecil makhluq hingga...
03/04/2022

Alhamdulillah segala puji bagi Allah pemilik sekelian alam.
Pemberi rezeqi tiap makhluq dari sekecil-kecil makhluq hingga sebesar-besar makhluq.

Syukur alhamdulillah dan terima kasih kpd hamba allah yg telah menaja iftar hari pertama ramadhan pelajar-pelajar MTAR.
Menu baryani kambing pelajar-pelajar kita hari ini. Digandingkan dgn air soya hasil air tangan tukang masak baryani sendiri masyaallah.

Syukur kpd Allah.
Terima kasih kpd penginfaq baryani kambing.
Terima kasih juga tukang masak baryani yg infaqkan air soya special recipe 😊.
Moga Allah terima amalan kita insyaallah.

Kita sambung kisah PENGALAMAN & CABARAN menghadapi anak2 pljr kembali ke mdrsh setelah cuti 3 bln PKP.Alhamdulillah anak...
08/06/2021

Kita sambung kisah PENGALAMAN & CABARAN menghadapi anak2 pljr kembali ke mdrsh setelah cuti 3 bln PKP.

Alhamdulillah anak2 pljr kembali ke mdrsh selepas aidil adha setelah cuti PKP 3 bln lebih.
Hafalan merosot spt dijangka.
Amalan begitu juga.
Akhlaq sedikit terjejas.
Sebahagian anak2 pljr hilang minat utk meneruskan pengajian.
Yg terkesan dgn HP ramai sekali.
Dan bermacam2 hal lg perlu dihadapi. Ada yg kita tlh duga ada juga yg tak terduga dan tak terfikir tetapi berlaku dan perlu kita hadapi dgn tenang, sabar dan berhati2.

Kita mulakan dgn masalah hafalan anak2 pljr.
Yg nazirah mmg tiada masalah hafalan cuma target utk mereka berubah.
Target 6 bln terganggu sbb PKP. Jd ust perlu berusaha lebih utk mereka segera khatam dan mula menghafal seberapa segera yg boleh tanpa mengabaikan kualiti bacaan dan piawaian mdrsh.
Ibubapa pasti punya perancangan masa utk anak2 mereka begitu juga pihak mdrsh.
Alhamdulillah masalah anak2 pljr nazirah dpt diselesaikan tanpa banyak masalah.
Anak2 pljr yg dlm proses menghafal (hafiz) paling perlu dibantu.
Mereka kebanyakkannya lupa amokhta (hafalan lama), para saba pon sama nasibnya.
Apa yg kita lakukan adalah kita semak semua hafalan mereka bermula dgn para saba.
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kita dgn menghantar ust mengajar walaupon utk sementara. Dpt lah ust sementara membantu ust2 sedia ada menyemak hafalan anak2 pljr.
Ketika mdrsh dibuka kembali kita ada 6 org ustaz dgn kapasiti pljr kalau tak silap ketika itu 40org.
Anak2 pljr p**a diberi kelonggaran utk tasmi hafalan mereka mengikut kemampuan memandangkan emosi dan kesediaan serta semangat mereka terjejas akibat lama bercuti dirumah.
Ust2 bergilir memberi nasihat dan motivasi supaya anak2 pljr kembali bersemangat melancarkan hafalan mereka mengikut landasan dan target. Masa 3 bln lebih tersia akibat cuti PKP perlu dikejar. Mmg tak terkejar tp sekurang2nya jurang target tidak terlalu jauh. Dlm masa yg sama emosi anak2 pljr perlu diambil kira. Kita tak mahu anak2 pljr tertekan dgn hafalan mereka yg tak lancar/tak ingat sekaligus menghilangkan minat mereka meneruskan pengajian sekiranya kita terlalu tegas dlm mengembalikan hafalan mereka spt sediakala sbl PKP.
Alhamdulillah setelah 4 bln kesemua anak2 pljr telah disemak semua hafalan mereka. Ada yg cepat ada juga yg lambat. Ada yg ambil masa hanya sebulan ada juga sehingga 4 bln bergantung kpd brp juz hafalan mereka dan waktu mengaji mereka dirumah semasa cuti PKP.
Namun alhamdulillah Allah mudahkan semua anak2 pljr selesai ditasmi hafalan mereka oleh ust2 dlm tempoh yg dijangka iaitu maximum 4 bln.
Segala puji bg Allah yg memudahkan segala urusan kami.
Jazakumullah para asatizah bertungkus lumus dan bersusah payah dlm memastikan hafalan anak2 pljr kembali lancar dan emosi serta semangat anak2 pljr kembali pulih utk meneruskan pengajian.

PKP ujian dari Allah. Kita kena hadapi dgn sabar. Patuh pd saranan kerajaan. Kerajaan juga mahu yg terbaik utk kita rakyat Malaysia. Dlm masa yg sama kita jgn mengabaikan tanggungjawab sbg pendidik. S**a tak s**a kena jalani kehidupan dgn norma baharu bagi memutuskan rantaian covid19.

Cukup dulu penulisan kali ini. Tak berkesempatan utk menulis panjang. Anak2 pljr yg tlh khatam dlm proses syahadah tak sempat nak ulas.
Inilah covid19. Boleh dikatakan semua terkesan. Jgn merintih atau menyalahkan sesiapa. Kita cari ruang dan peluang utk meneruskan pengajian tanpa mengenepikan saranan dan arahan kerajaan.
Moga Allah mengangkat azab ujiannya ini dan kita dpt kembali meneruskan kehidupan spt biasa spt sbl covid19 menguji kita.
Kasihan anak2 pljr terganggu pengajian mereka. Target awal mereka tak tercapai dan terpaksa perancangan diubah.
Kita merancang dan Allah sebaik2 penentu.
Doa yg baik2 moga beroleh yg baik2 juga 😊.




Rumput dah panjang.Kemuncup hidup subur.Bila tengok padang bola mdrsh terbiar tanpa penyelenggaraan teringat PKP tahun l...
08/06/2021

Rumput dah panjang.
Kemuncup hidup subur.

Bila tengok padang bola mdrsh terbiar tanpa penyelenggaraan teringat PKP tahun lepas (Mac 2020).

Tahun lps kita dikejutkan dgn pandemik Covid19.
Semua mdrsh diminta menutup operasi.
Kita yg dlm kebimbangan dan tiada pengalaman menurut shj arahan kerajaan.
Dari 2 minggu ditambah 2 minggu lg kemudian ditambah lg 2 minggu hingga akhirnya menjadi 3 bln.
Alhamdulillah akhirnya mdrsh boleh beroperasi semula selepas aidil adha (kalau tak silap Julai 2020).
Sepanjang 3 bln mdrsh tidak beroperasi keadaan mdrsh agak tidak terurus disebabkan kebiasaannya anak2 pljr yg akan melakukan tugas2 membersih kawasan mdrsh termasuk menyelenggara padang mdrsh dgn memotong rumput menggunakan mesin rumput.
Pihak pengurusan ada mengupah org utk mesin rumput tp hasilnya tidak sama dibandingkan anak2 pljr yg buat.
Kalau anak2 pljr yg mesin rumput dlm jangkamasa 2 jam shj rumput siap dimesin dan rumput yg dipotong siap dikait dan padang menjadi kemas dan cantik.
Amalan ini merupakan tarbiah utk anak2 pljr agar mereka s**a kpd kebersihan, pandai buat kerja bila bercuti dirumah, belajar merasa sedikit kesusahan dan dpt melatih anak2 pljr betapa mudahnya satu2 pekerjaan jika dibuat bersama2, bergotong royong.
Kita hentikan dulu penulisan tentang padang mdrsh.
Apa yg ingin disampaikan disini adalah cabaran menghadapi anak2 pljr yg kembali ke mdrsh setelah 3 bln bercuti PKP dirumah.

Insyaallah pd penulisan akan dtg kita akan coretkan pengalaman dan cabaran menghadapi anak2 pljr yg bercuti PKP 3 bln dirumah.
Semoga Allah merahmati kita semua dlm menjalani kehidupan dgn norma baharu disebabkan covid19 dan sama2 kita putuskan rantaian covid19 dgn duduk dirumah.



Salam Aidiladha." Hidup Ini Satu Pengorbanan"
01/08/2020

Salam Aidiladha.
" Hidup Ini Satu Pengorbanan"

20/01/2020

Address

Parit Raja Ahmad
Parit Sulong
83500

Telephone

0177983695

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Al-Quran Rahmaniyyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share