07/05/2026
INFORMM Open Lab Day 2026
Program INFORMM Open Lab Day 2026 anjuran Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Universiti Sains Malaysia (USM), telah berjaya dilaksanakan pada 16 & 17 April 2026 secara bersemuka dan dalam talian. Program ini dianjurkan sebagai platform berfokus untuk menghubungkan keupayaan penyelidikan dengan aplikasi dunia sebenar, di samping memperkukuh agenda penglibatan industri dan meningkatkan keterlihatan perkhidmatan penyelidikan serta teknologi INFORMM. Program ini turut menarik penyertaan lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada wakil industri, ahli akademik, penyelidik dan pelajar pascasiswazah.
Aktiviti program merangkumi sesi pembentangan kepakaran, forum industri, sesi konsultasi, demonstrasi makmal secara langsung, serta sesi perkongsian teknologi oleh penyedia utama seperti Thermo Fisher Scientific, Chemopharm Sdn. Bhd., Anton Paar Malaysia Sdn. Bhd. dan Straits Scientific (M) Sdn. Bhd.. Dalam majlis yang sama, turut dilancarkan Price List and Capability Brochure bagi Perkhidmatan Penyelidikan dan Teknologi INFORMM, yang mencerminkan kesiapsiagaan INFORMM sebagai rakan penyelidikan profesional. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah INFORMM, Dr. Eugene Ong Boon Beng, yang mewakili Pengarah INFORMM.
Melalui program ini, INFORMM secara tidak langsung telah menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur melalui pengukuhan ekosistem penyelidikan dan teknologi; SDG 17: Perkongsian demi Matlamat melalui jaringan antara universiti, industri dan komuniti penyelidikan; serta SDG 4: Pendidikan Berkualiti menerusi pendedahan ilmu, teknologi dan pengalaman pembelajaran kepada peserta daripada pelbagai latar belakang. Pendekatan hibrid yang digunakan juga membolehkan capaian program diperluas kepada khalayak yang lebih pelbagai.
Program ini berjaya memperkukuh peranan INFORMM sebagai platform yang menterjemahkan penyelidikan kepada impak yang bermakna, selaras dengan komitmen USM untuk memperkasa inovasi, kolaborasi industri dan pemindahan ilmu. Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperluas jaringan strategik, meningkatkan keterlihatan perkhidmatan penyelidikan universiti dan memperkukuh hubungan antara makmal, penyelidik dan industri.
In English:
The INFORMM Open Lab Day 2026 programme, organised by the Institute for Research in Molecular Medicine (INFORMM), Universiti Sains Malaysia (USM), was successfully held on 16 & 17 April 2026 through both face-to-face and online participation. The programme was organised as a focused platform to connect research capabilities with real-world applications while strengthening industry engagement and enhancing the visibility of INFORMM’s research and technology services. More than 100 participants took part in the programme, including representatives from industry, academia, the research community, and students.
The programme featured expertise pitching sessions, industry forums, consultation sessions, and live laboratory demonstrations, together with technology-sharing sessions by Thermo Fisher Scientific, Chemopharm Sdn. Bhd., Anton Paar Malaysia Sdn. Bhd., and Straits Scientific (M) Sdn. Bhd. The opening ceremony was officiated by Deputy Director Dr. Eugene Ong Boon Beng, and the event also marked the launch of INFORMM’s Price List and Capability Brochure for Research and Technology Services, reflecting INFORMM’s readiness as a professional research partner.
Through this programme, INFORMM indirectly contributed to the achievement of the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure through the strengthening of research and technology ecosystems; SDG 17: Partnerships for the Goals through collaboration between the university, industry and the research community; and SDG 4: Quality Education through knowledge sharing, technology exposure and learning opportunities for participants from different backgrounds. The hybrid approach adopted also enabled the programme to reach a wider audience. This SDG mapping is an interpretation based on the programme elements reported by USM News Portal.
The programme successfully reinforced INFORMM’s role as a platform that translates research into meaningful impact, in line with USM’s commitment to advancing innovation, industry collaboration and knowledge transfer. It is hoped that similar programmes will continue in the future to expand strategic networks, strengthen the visibility of university research services, and bridge laboratory expertise with industrial application.
https://www.tiktok.com//video/7630290943165484296?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7629547384838702608
Author/Coordinator: Dr. Ong Ming Thong
Email: [email protected]