27/02/2026
[HALAMAN SIRI 2, BABAK 6: DEBAT PIALA TNC]
Debat Piala TNC membuka ruang kepada mahasiswa untuk berkembang daripada asas sehingga ke puncak wibawa. Bermula dengan pemahaman peraturan dan etika perdebatan, peserta diasah dengan strategi, sistem pemarkahan dan teknik penghujahan yang mantap. Setiap fasa menjadi medan latihan untuk membina keyakinan, ketajaman analisis serta keberanian menyuarakan pandangan secara berprinsip.
Melalui sesi wacana dan latihan intensif, peserta bukan sahaja belajar menyusun hujah secara tersusun, malah membentuk disiplin, daya fikir kritis dan semangat berpasukan. Kemuncaknya, pentas akhir menjadi simbol legasi sekali gus telah melahirkan pendebat yang bukan sekadar petah berbicara, tetapi berwibawa dalam membawa suara intelektual mahasiswa.
“Hujah diasah, karakter dibentuk.”