21/04/2023
Unit Kebudayaan mempersembahkan sebuah penerbitan Karya Video Cover Lagu Raya 'Suasana Hari Raya'
Unit Kebudayaan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua warga BHEP. Semoga aidilfitri lebih bermakna buat kita semua.
Penerbitan video ini adalah 100% dari hasil kerja Jawatankuasa Aktivis Seni & Budaya (JASB). Walaupun berhadapan dengan pelbagai kekurangan serta kekangan dari segi kewangan, kelengkapan alatan video dan muzik, video cover ini akhirnya masih tetap dapat dihasilkan dengan penuh kesederhanaan dan keceriaan.
Akhir kata, selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga para hadirin terhibur dengan halwa telinga yang kami sajikan ini. Assalamualaikum.
Maaf Zahir & Batin.