Farmasi Pusat Sejahtera USM

Farmasi Pusat Sejahtera USM Unit Farmasi Pusat Sejahtera USM. Perkhidmatan beroperasi bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Unit farmasi menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan melalui pendispensan ubat melalui kaunter farmasi, pengeposan ubatan serta farmasi pandu lalu.

Ubat kolesterol, terutamanya daripada kumpulan statin, berkesan dalam menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risik...
17/04/2026

Ubat kolesterol, terutamanya daripada kumpulan statin, berkesan dalam menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Pengambilan ubat ini perlulah mengikut preskripsi dan nasihat doktor bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan.
Dapatkan maklumat lanjut untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Hepatitis A ialah jangkitan virus yang menyerang hati. Ia biasanya merebak melalui makanan atau air yang tercemar, serta...
03/04/2026

Hepatitis A ialah jangkitan virus yang menyerang hati. Ia biasanya merebak melalui makanan atau air yang tercemar, serta kebersihan tangan yang tidak terjaga.

Antara simptom yang biasa:
β€’ Demam & letih
β€’ Loya, muntah
β€’ Sakit perut
β€’ Kulit atau mata menjadi kuning (jaundice)

Walaupun kebanyakan kes boleh sembuh, jangkitan ini tetap boleh mengganggu kesihatan dan aktiviti harian, terutama bagi golongan berisiko.

πŸ‘‰ Cara pencegahan terbaik:
β€’ Ambil vaksin Hepatitis A
β€’ Jaga kebersihan makanan & tangan
β€’ Elakkan makanan/minuman yang diragui kebersihannya

πŸ’‰ Lindungi diri & orang tersayang dengan vaksin Hepatitis A hari ini!

πŸ“ Pusat Sejahtera, USM
πŸ’° RM125/dos
πŸ“… 2 dos (jarak 6 bulan)

πŸ“ž 04-653 4903

Jom ambil langkah kecil untuk perlindungan besar πŸ’™

19/03/2026
❄️ Ethyl Chloride Spray: guna cara betul, baru selamat & berkesan ❄️Ramai yang menggunakan spray ini untuk kurangkan kes...
08/01/2026

❄️ Ethyl Chloride Spray: guna cara betul, baru selamat & berkesan ❄️

Ramai yang menggunakan spray ini untuk kurangkan kesakitan on the spot. Tetapi kalau salah cara, boleh bahaya tau 😣
So jom ambil 1 minit, tengok cara penggunaan yang betul πŸ‘‡

✨ Spray dari jarak yang sesuai
✨ Jangan spray terlalu lama di satu tempat
✨ Elakkan guna pada luka terbuka
✨ Hentikan jika kulit rasa pedih melampau

Ingat ya, spray ni untuk kelegaan sementara sahaja, bukan rawatan jangka panjang.
Kalau sakit berpanjangan atau makin teruk, cepat-cepat jumpa pegawai kesihatan πŸ‘©β€βš•οΈπŸ‘¨β€βš•οΈ

πŸ“Œ Simpan, baca & kongsi. Semoga bermanfaat untuk semua πŸ’™

πŸŽ„βœ¨ Selamat Hari Natal βœ¨πŸŽ„Semoga musim perayaan ini dipenuhi dengan kegembiraan, kesejahteraan dan kesihatan yang baik ber...
24/12/2025

πŸŽ„βœ¨ Selamat Hari Natal βœ¨πŸŽ„
Semoga musim perayaan ini dipenuhi dengan kegembiraan, kesejahteraan dan kesihatan yang baik bersama insan tersayang.

Kadangkala pesakit mengambil ubat bersama kopi, teh, atau minuman berperisa kerana rasa ubat yang pahit. Namun, seseteng...
13/11/2025

Kadangkala pesakit mengambil ubat bersama kopi, teh, atau minuman berperisa kerana rasa ubat yang pahit. Namun, sesetengah makanan dan minuman boleh mengganggu penyerapan atau keberkesanan ubat, malah menyebabkan kesan sampingan.Ketahui makanan dan minuman yang boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan.

πŸ“’ Waspada! Peningkatan Kluster Influenza di Institusi Pendidikan! 🦠Isu wabak Influenza kini kembali mendapat perhatian s...
06/11/2025

πŸ“’ Waspada! Peningkatan Kluster Influenza di Institusi Pendidikan! 🦠

Isu wabak Influenza kini kembali mendapat perhatian serius di seluruh negara, terutamanya dengan laporan peningkatan kluster di sekolah dan tadika. Ini menunjukkan bahawa virus ini sentiasa beredar dan boleh menular dengan pantas, terutamanya di kawasan tertutup dan sesak.
Influenza bukan sekadar selesema biasaβ€”ia boleh membawa komplikasi yang serius, terutamanya kepada anak-anak kita dan golongan berisiko tinggi. Kita tidak boleh leka!
Tindakan segera anda sangat diperlukan!
Lindungi diri, lindungi keluarga, dan bantu putuskan rantaian jangkitan di komuniti kita.

πŸ«€ Tahukah anda tentang ubat Sublingual Glyceryl Trinitrate (GTN)?Ubat ini penting untuk mencegah dan merawat sakit dada ...
29/10/2025

πŸ«€ Tahukah anda tentang ubat Sublingual Glyceryl Trinitrate (GTN)?
Ubat ini penting untuk mencegah dan merawat sakit dada (angina) akibat kekurangan oksigen ke otot jantung.

πŸ“Œ Ketahui cara pengambilan yang betul, tips pencegahan, dan cara penyimpanan dalam poster di bawah supaya keberkesanan ubat kekal dan keselamatan anda terjamin.



Rujukan: https://www.mmgazette.com

Kami mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang meraikan.Semoga setiap pelita yang dipasang membawa sinar keba...
17/10/2025

Kami mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang meraikan.
Semoga setiap pelita yang dipasang membawa sinar kebahagiaan, kedamaian, dan kesejahteraan berpanjangan dalam hidup anda dan keluarga. πŸͺ”
Nikmati hidangan dan saat indah bersama orang tersayang! Jaga kesihatan dan keselamatan anda.

Address

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian, Universiti Sains Malaysia, Gelugor
Pulau Pinang
11800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6046534919

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Pusat Sejahtera USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Farmasi Pusat Sejahtera USM:

Share