20/06/2026
π Kelas Ulang Kaji Pengajian Am STPM Semester 2
Pada 19 Jun 2026 (Jumaat), telah berlangsung Kelas Ulang Kaji Pengajian Am STPM Semester 2 secara dalam talian melalui platform Google Meet dengan penyertaan pelajar STPM Semester 2 dari pelbagai sekolah.
Program anjuran Prauniversiti SAM Muhammadiah dengan kerjasama SMK Agama Kedah ini telah dikendalikan oleh dua orang mentor pelajar iaitu Anas Hakimi dari SMK Agama Kedah serta merupakan Presiden Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam SMKA Kedah dan Haziq Naim dari SAM Muhammadiah.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan teknik menjawab, perbincangan topik penting serta perkongsian tips bagi membantu meningkatkan kefahaman dan persediaan menghadapi peperiksaan STPM Semester 2.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan memberi manfaat dan menjadi pemangkin kecemerlangan kepada seluruh peserta. β¨π€