Prauniversiti Tingkatan Enam SAM Muhammadiah

Prauniversiti Tingkatan Enam SAM Muhammadiah Akaun Rasmi Prauniversiti Tingkatan Enam SAM Muhammadiah

πŸ“š Kelas Ulang Kaji Pengajian Am STPM Semester 2Pada 19 Jun 2026 (Jumaat), telah berlangsung Kelas Ulang Kaji Pengajian A...
20/06/2026

πŸ“š Kelas Ulang Kaji Pengajian Am STPM Semester 2

Pada 19 Jun 2026 (Jumaat), telah berlangsung Kelas Ulang Kaji Pengajian Am STPM Semester 2 secara dalam talian melalui platform Google Meet dengan penyertaan pelajar STPM Semester 2 dari pelbagai sekolah.

Program anjuran Prauniversiti SAM Muhammadiah dengan kerjasama SMK Agama Kedah ini telah dikendalikan oleh dua orang mentor pelajar iaitu Anas Hakimi dari SMK Agama Kedah serta merupakan Presiden Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam SMKA Kedah dan Haziq Naim dari SAM Muhammadiah.

Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan teknik menjawab, perbincangan topik penting serta perkongsian tips bagi membantu meningkatkan kefahaman dan persediaan menghadapi peperiksaan STPM Semester 2.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan memberi manfaat dan menjadi pemangkin kecemerlangan kepada seluruh peserta. ✨🀝

πŸ’» Kelas Online Ulang Kaji Pengajian Usuluddin STPM Semester 2Prauniversiti SAM Muhammadiah dengan kerjasama PTE SMKAP Al...
14/06/2026

πŸ’» Kelas Online Ulang Kaji Pengajian Usuluddin STPM Semester 2

Prauniversiti SAM Muhammadiah dengan kerjasama PTE SMKAP Alawiyah, Kangar telah menganjurkan Kelas Online Ulang Kaji Pengajian Usuluddin STPM Semester 2 yang terbuka kepada semua pelajar STPM Semester 2 melalui platform Google Meet.

Program ini telah dilaksanakan dalam beberapa sesi bagi membantu pelajar memperkukuh kefahaman, mengulang kaji topik-topik penting serta membuat persediaan yang lebih mantap menjelang peperiksaan STPM Semester 2. πŸ“š

πŸ“… Sesi 1
12 Jun 2026
πŸ•£ 8.30 malam – 10.30 malam
πŸ‘©β€πŸ« Mentor: Siti Zhulaika dan Alya Nabilah (Mentor Jemputan)

πŸ“… Sesi Tambahan
13 Jun 2026
πŸ•˜ 9.00 malam – 10.30 malam
πŸ‘¨β€πŸ« Mentor: Putra Noorafdlin

πŸ“… Sesi 2
14 Jun 2026
πŸ•™ 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ‘¨β€πŸ«πŸ‘©β€πŸ« Mentor: Putra Noorafdlin dan Aliya Maisarah

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua mentor yang telah berkongsi ilmu, pengalaman dan teknik pembelajaran kepada para peserta. Semoga program ini memberi manfaat serta membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan STPM. ✨

πŸŽ“ Selamat Datang Pelajar Baharu STPM Tahfiz Semester 1 Tahun 2026Pada 8 Jun 2026 (Isnin), SAM Muhammadiah telah menerima...
12/06/2026

πŸŽ“ Selamat Datang Pelajar Baharu STPM Tahfiz Semester 1 Tahun 2026

Pada 8 Jun 2026 (Isnin), SAM Muhammadiah telah menerima kehadiran pelajar baharu STPM Tahfiz Semester 1 Tahun 2026 dalam satu sesi pendaftaran dan taklimat yang berlangsung di Bilik Al-Khawarizmi.

Kemasukan kohort baharu ini menandakan bermulanya satu perjalanan ilmu yang bakal dipenuhi dengan cabaran, pengalaman serta peluang untuk membina kecemerlangan dalam bidang akademik dan hafazan al-Quran. πŸ“–

Selamat menempuh alam prauniversiti. Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap usaha diberkati, dan setiap impian berjaya direalisasikan. ✨

β€œSiswa Berilmu, Huffaz Berwibawa.” 🀍

πŸ“ Seminar Teknik Menjawab Pengajian Am Semester 2 (900/2)Pada 19 Mei 2026 (Selasa), telah berlangsung Seminar Teknik Men...
20/05/2026

πŸ“ Seminar Teknik Menjawab Pengajian Am Semester 2 (900/2)

Pada 19 Mei 2026 (Selasa), telah berlangsung Seminar Teknik Menjawab Pengajian Am Semester 2 (900/2) bertempat di Dewan Sri Putra, Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam.

Seminar ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Mustapa Kamal bin Saud, yang berkongsi teknik menjawab, panduan serta strategi berkesan bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam subjek Pengajian Am Semester 2. πŸ“š

Program ini diadakan sebagai usaha memperkukuh persediaan pelajar menghadapi peperiksaan STPM serta meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan dengan lebih sistematik dan berkesan. ✨

Semoga seminar seperti ini terus memberi manfaat dan membantu para pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan STPM.



πŸ“– Seminar Online Teknik Menjawab Skor A Tahfiz Al-Quran 932/2 Semester 2 2026  Pada 18 Mei 2026 (Isnin), telah berlangsu...
20/05/2026

πŸ“– Seminar Online Teknik Menjawab Skor A Tahfiz Al-Quran 932/2 Semester 2 2026

Pada 18 Mei 2026 (Isnin), telah berlangsung Seminar Online Teknik Menjawab Skor A Tahfiz Al-Quran 932/2 Semester 2 2026 yang melibatkan para pelajar Tingkatan 6.

Program ini telah dijalankan di Kelas Tingkatan 6 KISAIE sebagai usaha membantu pelajar memperkukuh persediaan serta meningkatkan penguasaan dalam subjek Tahfiz Al-Quran Semester 2. πŸ“š

Seminar ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohd Badrul Amin bin Mahbob dari Prauniversiti SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman, yang berkongsi teknik menjawab, strategi pembelajaran serta panduan berkesan bagi menghadapi peperiksaan STPM dengan lebih yakin dan cemerlang. ✨

Semoga program seperti ini terus memberi manfaat serta menjadi pemangkin kecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik dan hafazan al-Quran. 🀍



πŸ“βœ¨ PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 2 βœ¨πŸ“š  Pada 12 hingga 18 Mei 2026, telah berlangsung Peperiksaan Percubaan STPM Se...
20/05/2026

πŸ“βœ¨ PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 2 βœ¨πŸ“š

Pada 12 hingga 18 Mei 2026, telah berlangsung Peperiksaan Percubaan STPM Semester 2 yang melibatkan para pelajar Tingkatan 6 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan sebenar STPM Semester 2. πŸŽ“

Peperiksaan ini diadakan bagi menilai tahap penguasaan pelajar dalam setiap subjek di samping membantu mengenal pasti kekuatan serta ruang penambahbaikan dalam pembelajaran. πŸ“–βœοΈ

Semoga seluruh pelajar diberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan serta memperoleh keputusan yang cemerlang hasil daripada usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan. 🌟🀲

Teruskan berusaha, kerana setiap langkah kecil hari ini adalah kejayaan besar pada masa hadapan. πŸš€

πŸ†βœ¨ ANUGERAH KECEMERLANGAN STPM TAHFIZ (SEMESTER 1) βœ¨πŸ†  Pada 18 Mei 2026 (Isnin), telah berlangsung Anugerah Kecemerlanga...
20/05/2026

πŸ†βœ¨ ANUGERAH KECEMERLANGAN STPM TAHFIZ (SEMESTER 1) βœ¨πŸ†

Pada 18 Mei 2026 (Isnin), telah berlangsung Anugerah Kecemerlangan STPM Tahfiz (Semester 1) bagi meraikan pencapaian cemerlang para pelajar serta menghargai jasa pendidik bitara dan penerima Anugerah Pengetua. πŸŽ“πŸ“š

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap usaha, komitmen dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam bidang akademik serta hafazan. Di samping itu, program ini turut menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan. 🌟

Semoga setiap penghargaan yang diterima menjadi inspirasi untuk terus berusaha dengan lebih cemerlang serta istiqamah dalam menuntut ilmu dan memartabatkan al-Quran. πŸ€πŸ“–


πŸ“šβœ¨ SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SKOR A USULUDDIN 931/2 SEMESTER 2 2026 βœ¨πŸ•ŒPada 17 Mei 2026 (Ahad), para pelajar telah berpelua...
20/05/2026

πŸ“šβœ¨ SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SKOR A USULUDDIN 931/2 SEMESTER 2 2026 βœ¨πŸ•Œ

Pada 17 Mei 2026 (Ahad), para pelajar telah berpeluang menyertai Seminar Teknik Menjawab Skor A Usuluddin Semester 2 yang berlangsung di Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam anjuran KISTARP. πŸŽ“

Program ini turut disertai oleh pelajar dari SAM Muhammadiah Sabak Bernam sebagai usaha memperkukuh persediaan akademik menjelang peperiksaan STPM Semester 2. πŸ“–πŸ”₯

Seminar ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustazah Husna binti Mansor, yang berkongsi pelbagai teknik menjawab, panduan serta strategi pemahaman yang lebih berkesan dalam subjek Pengajian Usuluddin. βœοΈπŸ’‘

Semoga seminar seperti ini terus memberi manfaat, meningkatkan keyakinan pelajar serta menjadi pemangkin kecemerlangan dalam peperiksaan STPM. πŸš€πŸŒŸ

πŸ•Œβœ¨ SEMINAR TEKNIK SKOR A – PENGAJIAN SYARIAH KONTEMPORARI βœ¨πŸ“šPada 16 Mei 2026 (Sabtu), telah berlangsung Seminar Teknik S...
20/05/2026

πŸ•Œβœ¨ SEMINAR TEKNIK SKOR A – PENGAJIAN SYARIAH KONTEMPORARI βœ¨πŸ“š

Pada 16 Mei 2026 (Sabtu), telah berlangsung Seminar Teknik Skor A Pengajian Syariah Kontemporari bertempat di Bilik APD, SAM Muhammadiah melibatkan para pelajar Tingkatan 6.

Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Aidi Jonli bin Saion, yang berkongsi pelbagai teknik, panduan serta strategi berkesan bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan penguasaan subjek Pengajian Syariah Kontemporari. πŸŽ“πŸ“

Seminar ini bukan sahaja memberi pendedahan terhadap teknik menjawab soalan, malah turut menyuntik semangat dan motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan STPM. πŸ”₯πŸ’ͺ

β€œKuasa ilmu untuk memahami, hikmah untuk mengaplikasi, syariah untuk membimbing kehidupan kontemporari.” πŸŒ™βœ¨



πŸŽ“βœ¨ Excel in MUET βœ¨πŸŽ“Pada 14 Mei 2026 (Khamis), telah berlangsung program Excel in MUET bertempat di PSS SAM Muhammadiah m...
20/05/2026

πŸŽ“βœ¨ Excel in MUET βœ¨πŸŽ“

Pada 14 Mei 2026 (Khamis), telah berlangsung program Excel in MUET bertempat di PSS SAM Muhammadiah melibatkan para pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan MUET. πŸ“š

Program ini telah disampaikan oleh Mdm Masreha binti Samuri, yang berkongsi strategi, teknik serta panduan berkesan dalam meningkatkan penguasaan setiap komponen MUET. πŸ“πŸ’‘

Semoga program ini dapat membantu para pelajar meningkatkan keyakinan, kemahiran bahasa Inggeris serta mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan MUET. πŸš€πŸŒŸ

Prepare. Practice. Perform. πŸ’œ



Address

SAM Muhammadiah
Sabak Bernam District
45200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prauniversiti Tingkatan Enam SAM Muhammadiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share