Smk Ungku Aziz - Official

Smk Ungku Aziz - Official

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SABAK BERNAM 2026Tarikh : 18 Mei hingga 22 Mei 2026 / Isnin hingga JumaatTempat : Stadium Saba...
09/06/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SABAK BERNAM 2026

Tarikh : 18 Mei hingga 22 Mei 2026 / Isnin hingga Jumaat
Tempat : Stadium Sabak Bernam dan Padang SMKUA

PENCAPAIAN
JOHAN - BAWAH 15

TEMPAT KETIGA - BAWAH 18

TAHNIAH & SYABAS!



Tahniah dan Syabas! Warga SMK Ungku Aziz merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada murid yang telah mengharumkan ...
01/06/2026

Tahniah dan Syabas!

Warga SMK Ungku Aziz merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada murid yang telah mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan cemerlang dalam Koala Excellence Olympiad (KEO) dan ESOLIO English Language Olympiad di peringkat kebangsaan.
Kejayaan ini melayakkan mereka untuk mewakili sekolah dan negara ke Pusingan Global Finals KEO 2026 yang akan berlangsung di Macau, Hong Kong pada 3 hingga 7 Julai 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha gigih, disiplin dan semangat juang yang tinggi mampu membawa murid ke pentas antarabangsa.

Semoga semua peserta terus cemerlang, menimba pengalaman berharga serta mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara di persada dunia.

Tahniah kepada murid, ibu bapa serta guru-guru yang telah membimbing dan menyokong mereka sepanjang perjalanan ini.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SEBAGAI SOKONGAN DARIPADA PIHAK PIBG SMK UNGKU AZIZ MELANCARKAN TABUNG DANA OLYMPIAD BAGI MEMBANTU PEMBIAYAAN PESERTA.
πŸ‘‰https://app.herepay.org/pibgsmkua/Olympiadsua



Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua guru, murid, ibu bapa dan komuniti yang beragama Buddha.Hari Wesak merupakan p...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua guru, murid, ibu bapa dan komuniti yang beragama Buddha.

Hari Wesak merupakan perayaan yang penuh makna, mengingatkan kita tentang nilai-nilai murni seperti kasih sayang, toleransi, keharmonian, kebijaksanaan dan saling menghormati antara satu sama lain. Semoga sambutan ini menjadi kesempatan untuk memperkukuhkan perpaduan serta memupuk semangat hidup bermasyarakat yang harmoni.

Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian budaya dan agama yang menjadi kekuatan negara kita, sambil terus mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Selamat Hari Wesak. Semoga sambutan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.



KARNIVAL STEM PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM (KASTED) 2026Tarikh : 20 dan 21 Mei 2026 / Rabu  dan KhamisTempat : SMK Muns...
29/05/2026

KARNIVAL STEM PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM (KASTED) 2026

Tarikh : 20 dan 21 Mei 2026 / Rabu dan Khamis
Tempat : SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam

PENCAPAIAN

JOHAN KESELURUHAN Karnival STEM (KASTED) 2026

- Innovators of Tomorrow - JOHAN
- Drone Challenge – -NAIB JOHAN
- Water Rocket Challenge – NAIB JOHAN
- Robot Battle – TEMPAT KETIGA
- Bridge Building – TEMPAT KETIGA
- Jurutera Air – TEMPAT KEEMPAT & KEENAM
- Gami Code – TEMPAT KELIMA

TAHNIAH & SYABAS!



Salam AidiladhaAidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan harta, tetapi tentang apa-apa yang sanggup kita lepaskan demi...
26/05/2026

Salam Aidiladha
Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan harta, tetapi tentang apa-apa yang sanggup kita lepaskan demi menjadi insan yang lebih baik β€” ego, malas, putus asa dan rasa diri sudah cukup baik.
Di sekolah, pengorbanan itu hidup setiap hari: guru yang tidak pernah jemu mendidik,
ibu bapa yang dalam diam berkorban dan anak-anak yang terus berjuang membina masa depan.
Semoga Aidiladha ini mendidik hati kita untuk terus merendah diri, ikhlas dalam persahabatan dan kuat menghadapi ujian kehidupan. Maaf zahir dan batin buat seluruh warga sekolah, ibu bapa serta alumni.

β€œHebat seseorang bukan pada apa-apa yang dimiliki, tetapi pada perkara yang sanggup dikorbankan.”



CERAMAH DAN AMALI SEMBELIHAN 2026Tarikh : 19 Mei 2026 / SelasaMasa : 7.30 pagi hingga 10.30 pagiTempat : Dewan Kuliah Ke...
25/05/2026

CERAMAH DAN AMALI SEMBELIHAN 2026

Tarikh : 19 Mei 2026 / Selasa
Masa : 7.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Dewan Kuliah Kenari Biru dan Sekitar Surau Nurul Hidayah, SMKUA
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SMKUA



MAJLIS PENGURNIAAN ANUGERAH PERSATUAN PANDU PUTERI CAWANGAN SELANGOR 2026Tarikh : 10 Mei 2026/ AhadTempat : Istana Alam ...
24/05/2026

MAJLIS PENGURNIAAN ANUGERAH PERSATUAN PANDU PUTERI CAWANGAN SELANGOR 2026

Tarikh : 10 Mei 2026/ Ahad
Tempat : Istana Alam Shah

ANUGERAH PANDU PUTERI REMAJA
1. Auni Fikriyah bt Mohd Fazlie
2. Deena Mawaddah bt Dzulhadi
3. Annurul Adrina bt Ayuza Azmi

TAHNIAH & SYABAS!



Selamat bercuti pertengahan tahun kepada semua murid, guru serta ibu bapa.Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan aktiviti y...
22/05/2026

Selamat bercuti pertengahan tahun kepada semua murid, guru serta ibu bapa.

Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah, meluangkan masa bersama keluarga, menjaga kesihatan serta tidak melupakan tanggungjawab sebagai pelajar untuk terus menimba ilmu.Semua murid diingatkan agar sentiasa menjaga keselamatan diri, disiplin dan nama baik sekolah walau di mana berada.
Jadikan waktu rehat ini sebagai ruang untuk menyusun semula semangat dan azam demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.Kata-kata tokoh ilmuwan Islam, Imam Al-Ghazali: "Ilmu tanpa amal adalah sia-sia, dan amal tanpa ilmu adalah buta."

Selamat bercuti, rehatkan minda, eratkan silaturahim dan kembali ke sekolah nanti dengan semangat baharu untuk terus berjaya.



SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA PERINGKAT SEKOLAH 2026Tarikh : 20 Mei 2026 / RabuMasa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang...
21/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA PERINGKAT SEKOLAH 2026

Tarikh : 20 Mei 2026 / Rabu
Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Profesor & Dataran Transformasi, SMKUA
Tema : Retro

'Guru Bitara, Nadi Negara'



15/05/2026

SELAMAT HARI GURU
'GURU BITARA,NADI NEGARA'


Address

Jalan Raja Chulan
Sabak
45200

Telephone

+60332161275

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smk Ungku Aziz - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share