Bahagian Audit Dalam UPM

  • Home
  • Bahagian Audit Dalam UPM

Bahagian Audit Dalam UPM Audit Dalam adalah suatu aktiviti bebas yang berobjektifkan pemberi jaminan dan juga perundingan unt

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447HSemoga segala pengorbanan, keikhlasan dan doa kita diterima Allah SWT.Semoga Aidiladha ...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan doa kita diterima Allah SWT.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.

Ikhlas Daripada Kami : Bahagian Audit Dalam UPM





EKSPRESI KREATIVITI DEMI KESIHATAN MENTALBahagian Audit Dalam telah menganjurkan program Terapi Seni yang disampaikan ol...
26/05/2026

EKSPRESI KREATIVITI DEMI KESIHATAN MENTAL

Bahagian Audit Dalam telah menganjurkan program Terapi Seni yang disampaikan oleh Pn Nurul Ezani Abdul Malek sebagai inisiatif meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi warga kerja.

Program yang berlangsung dalam suasana santai dan interaktif ini memberi peluang kepada peserta mengurangkan tekanan serta meningkatkan kreativiti melalui aktiviti seni dan ekspresi diri.

Deep Dive Session Siri 3-Bahagian Audit Dalam telah mengadakan sesi Deep Dive Session bersama Mohd Azis Abdullah, Ketua ...
26/05/2026

Deep Dive Session Siri 3-

Bahagian Audit Dalam telah mengadakan sesi Deep Dive Session bersama Mohd Azis Abdullah, Ketua Seksyen Audit ICT dan Prestasi, Bahagian Audit Dalam bagi memperkukuhkan pemahaman dan pengetahuan pegawai audit berkaitan pelaksanaan pengauditan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Perkongsian pengalaman dan situasi sebenar audit turut membantu peserta memahami cabaran semasa dalam persekitaran digital yang semakin kompleks serta memahami keperluam perundangan mengenai keselamatan ICT dan teknologi dalam proses audit.

Deep Dive Session Siri 2 -Bahagian Audit Dalam UPM telah mengadakan sesi Deep Dive Session berkaitan Pengurusan Hasil be...
26/05/2026

Deep Dive Session Siri 2 -

Bahagian Audit Dalam UPM telah mengadakan sesi Deep Dive Session berkaitan Pengurusan Hasil bersama Seksyen Pengurusan Hasil dan Kawalan Kredit yang disampaikan oleh Norhaslizah Mis.

Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan secara lebih menyeluruh berkaitan proses pengurusan hasil, kawalan kredit, pemantauan kutipan serta tatacara pengurusan rekod kewangan yang berkaitan. Peserta turut didedahkan dengan isu-isu semasa, cabaran pengurusan hasil serta amalan terbaik yang boleh dijadikan rujukan dalam memperkukuhkan proses semakan dan pengauditan berkaitan pengurusan kewangan universiti.

Selamat Hari Pekerja 2026.Hargai setiap usaha, kejujuran dan tanggungjawab dalam apa jua yang kita lakukan.Kerja yang di...
02/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026.

Hargai setiap usaha, kejujuran dan tanggungjawab dalam apa jua yang kita lakukan.

Kerja yang dilakukan dengan betul bukan sahaja memudahkan urusan, tetapi mencerminkan nilai diri kita sebagai seorang pekerja.

Selamat berhujung minggu.

Lawatan Strategik Audit Dalam UniSZA ke UPM 🤝Serdang, 8 April 2026 |Seramai 10 pegawai dari Unit Audit Dalam Universiti ...
10/04/2026

Lawatan Strategik Audit Dalam UniSZA ke UPM 🤝

Serdang, 8 April 2026 |
Seramai 10 pegawai dari Unit Audit Dalam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan strategik ke Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Ketua Audit Dalam Unisza, En Abdul Hadi Nayan.

Delegasi telah disambut oleh Ketua Audit Dalam UPM, En Sharul Azman Ramli. Lawatan ini membuka ruang perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam bidang audit dalam.

Antara pengisian utama:
1)Perkongsian Self-Assessment with Independent Validation oleh Audit Dalam UPM selaras dengan piawaian Institute of Internal Auditors (IIA) melalui Global Internal Audit Standards (GIAS);
2)Perkongsian UniSZA berkaitan pengauditan penyata kewangan dan pendigitalan audit; dan
3)Sesi perbincangan dua hala yang konstruktif dan berimpak

Delegasi turut dibawa ke Farm Fresh @ UPM bagi lawatan eksplorasi berpengetahuan. Program berakhir pada jam 4:30 petang dengan harapan kerjasama strategik ini terus diperkukuh demi kecemerlangan fungsi audit dalaman universiti awam.

Salam Aidilfitri 1 Syawal 1447HBahagian Audit Dalam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan m...
20/03/2026

Salam Aidilfitri 1 Syawal 1447H

Bahagian Audit Dalam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan dan kesejahteraan kepada kita semua di samping memperkukuhkan nilai integriti dan amanah dalam setiap urusan harian.

Maaf zahir dan batin.





KUNJUNGAN HORMAT MKAD BERSAMA KETUA AUDIT DALAM KPTMenyambung momentum kecemerlangan Audit Dalam, Majlis Ketua Audit Dal...
18/03/2026

KUNJUNGAN HORMAT MKAD BERSAMA KETUA AUDIT DALAM KPT

Menyambung momentum kecemerlangan Audit Dalam, Majlis Ketua Audit Dalam Universiti Awam (MKAD) telah mengadakan kunjungan hormat ke Unit Audit Dalam, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) pada 10 Mac 2026.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara universiti awam dan kementerian, di samping berkongsi amalan terbaik (best practices) dalam bidang audit serta memastikan fungsi audit kekal relevan dalam memacu integriti institusi.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Audit Dalam KPT atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga kolaborasi strategik ini terus memperkasakan fungsi audit ke arah tadbir urus yang lebih cekap, telus dan berintegriti.

PEMANTAPAN TADBIR URUS DAN PENDIGITALANMesyuarat Majlis Ketua Audit Dalam Universiti Awam Malaysia (MKAD UA) Bil. 1/2026...
18/03/2026

PEMANTAPAN TADBIR URUS DAN PENDIGITALAN

Mesyuarat Majlis Ketua Audit Dalam Universiti Awam Malaysia (MKAD UA) Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 9 Mac 2026 bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku urus setia bersama.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Dalam UMPSA ini menghimpunkan barisan Ketua Audit Dalam dari seluruh universiti awam Malaysia bagi membincangkan hala tuju strategik dan pengukuhan fungsi audit dalam di Universiti Awam.

Bahagian Audit Dalam UPM turut mengadakan sesi perkongsian mengenai pendigitalan audit, memfokuskan penggunaan digital tools bagi meningkatkan ketepatan dan kecekapan proses pengauditan.




Bahagian Audit Dalam UPM mengucapkan,Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.Semoga kehadir...
18/02/2026

Bahagian Audit Dalam UPM mengucapkan,
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.

Semoga kehadiran bulan Ramadan menyuburkan nilai integriti, amanah dan keberkatan dalam setiap tugas yang dilaksanakan.



Address

BAHAGIAN AUDIT DALAM Tingkat 2, Blok F, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi(SBE), Jalan Persiaran Tulang Daing, Universiti Putra Malaysia

43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397691346

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Audit Dalam UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Bahagian Audit Dalam UPM:

  • Want your university to be the top-listed University?

Share