21/05/2026
Salam UiTM Di Hatiku
Telah berlangsung Program Bicara Usahawan Bersama Siswa serta Majlis Penutup Administrative Science-SWCorp Carnival (ASCAR) 2026 yang menghimpunkan warga UiTM bersama barisan tetamu kehormat dalam suasana penuh meriah dan bermakna.
Program ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang turut menyampaikan Bicara Usahawan Bersama Siswa serta menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan ASCAR 2026. Turut hadir, YBhg. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM serta Prof. Dr. Nor Hafizah Hj. Mohamed Harith, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP).
Pelbagai pengisian menarik telah berlangsung sepanjang program termasuk sesi soal jawab, persembahan pembukaan oleh ASCAR Performing Arts Group, penyampaian sumbangan pelaksanaan Karnival Kelestarian UiTM oleh pihak SWCorp serta penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.
Penganjuran program ini diharap dapat menyuntik semangat keusahawanan, memperkukuh jati diri mahasiswa serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian dan pembangunan mahasiswa yang holistik.
Salam Kebersamaan
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
أوسها تقوى موليا