Kolej TVET Belia Mahir

Kolej TVET Belia Mahir KTBM provides skill training, career guidance and personal development opportunities for youth

01/06/2026

2 JUN setiap tahun adalah HARI TVET NEGARA
Selamat Hari TVET Negara

BELIA MAHIR teruja untuk bersama menjayakan penganjuran 3rd Malaysia-China International Industry-Education Cooperation ...
14/05/2026

BELIA MAHIR teruja untuk bersama menjayakan penganjuran 3rd Malaysia-China International Industry-Education Cooperation Forum & 5th Malaysia-China Vocational Education Fair 2026 sempena sambutan Hari TVET Negara 2026 🇲🇾🇨🇳

Program berskala antarabangsa ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan, TANG International Education Group serta Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai platform memperkukuh hubungan strategik Malaysia-China dalam pembangunan TVET, bakat masa hadapan dan kerjasama industri-pendidikan global.

Pelbagai pengisian menarik sedang dirancang melibatkan institusi TVET, pemain industri, agensi kerajaan dan rakan strategik antarabangsa.

Nantikan pengumuman lanjut berkaitan penyertaan, forum antarabangsa, pameran TVET dan pelbagai peluang kerjasama strategik yang bakal membuka dimensi baharu kepada pembangunan bakat belia negara.

“FUTURE TALENT, GLOBAL IMPACT”

SELAMAT HARI IBU “Dulu waktu kita kecil…kita ingat ibu itu kuat.Tak pernah penat.Tak pernah sakit.Tak pernah takut.Rupan...
10/05/2026

SELAMAT HARI IBU

“Dulu waktu kita kecil…
kita ingat ibu itu kuat.
Tak pernah penat.
Tak pernah sakit.
Tak pernah takut.

Rupanya…
ibu cuma terlalu sayang untuk menunjukkan lelahnya.

Ada ibu yang pernah ikat perut supaya anak kenyang.
Ada ibu yang berjalan jauh, bekerja diam-diam, menangis sorang-sorang…
semata-mata tak mahu anak merasa susah hidup.

Kadang-kadang kita tak sedar,
wanita yang paling banyak menangis kerana kita…
adalah wanita yang paling kurang meminta apa-apa daripada kita.

Bila kita jatuh, ibu orang pertama risau.
Bila kita berjaya, ibu orang paling senyap menangis bangga.

Dan satu hari nanti…
rumah yang dulu bising dengan suara ibu,
akan jadi terlalu sunyi.

Sebab itu selagi masih ada peluang…
peluklah ibu.
cium tangannya.
dengar cerita dia walaupun berulang kali.
jangan tunggu ‘nanti’.

Kerana syurga itu bukan jauh.
Kadang-kadang…
ia ada pada tangan tua seorang ibu yang pernah membesarkan kita dalam serba kekurangan.

Selamat Hari Ibu.
Untuk semua ibu…
yang pernah berjuang dalam diam,
yang menangis tanpa pengetahuan anak-anak,
dan yang tetap kuat walaupun dunia terlalu berat di bahunya.

Ibu…
terima kasih sebab tak pernah berhenti menjadi rumah untuk kami.”

🔥 TVET bukan lagi pilihan kedua…TVET kini adalah HALA TUJU MASA DEPAN MALAYSIA 🇲🇾Esok saya akan bersama anak-anak muda d...
08/05/2026

🔥 TVET bukan lagi pilihan kedua…
TVET kini adalah HALA TUJU MASA DEPAN MALAYSIA 🇲🇾

Esok saya akan bersama anak-anak muda dalam sesi:

🎤 TVET TALK : HALA TUJU TVET MALAYSIA
📅 09 Mei 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 Pagi
📍 Dewan Al-Jazari, Kolej Vokasional Sepang

Program sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Sepang ini menjadi ruang penting untuk kita berbicara tentang:

✅ Masa depan pekerjaan
✅ Cabaran belia & dunia industri
✅ TVET sebagai game changer negara
✅ Peluang kemahiran, teknologi & kerjaya global
✅ Bagaimana belia boleh keluar dari zon selesa dan membina masa depan sendiri

Hari ini dunia berubah terlalu pantas.
Kalau belia tidak bergerak dengan kemahiran, teknologi dan mindset baru… kita akan tertinggal.

TVET bukan sekadar belajar guna tangan.
TVET hari ini adalah tentang: ⚙️ teknologi
🤖 AI & automasi
🔧 industri masa depan
🌍 mobiliti global
💼 pekerjaan bernilai tinggi

Jumpa anda semua di Kolej Vokasional Sepang.
Kita gerakkan belia. Kita bina masa depan negara. 🇲🇾







Malam ini saya akan bersama panel-panel hebat dalam program Dialog Poket Rakyat di Astro AWANI membincangkan satu isu ya...
08/05/2026

Malam ini saya akan bersama panel-panel hebat dalam program Dialog Poket Rakyat di Astro AWANI membincangkan satu isu yang semakin dekat dengan realiti rakyat dan dunia pekerjaan hari ini:

“KRISIS BEKALAN GLOBAL: BINA DAYA TAHAN PEKERJA”

Dunia sedang berubah sangat pantas.
Perang dagang, ketegangan geopolitik, teknologi AI, automasi dan krisis rantaian bekalan global sedang mengubah landskap pekerjaan.

Persoalannya…
Adakah pekerja kita benar-benar bersedia?

Hari ini bukan lagi soal “ada kerja atau tidak”.
Tetapi sama ada kita mempunyai:
✔️ kemahiran yang relevan
✔️ daya tahan mental dan ekonomi
✔️ keberanian untuk upskill, reskill dan multi-skill

Kalau kita terus selesa di zon lama, dunia kerja akan bergerak meninggalkan kita.

Insya-Allah malam ini saya akan berkongsi pandangan daripada perspektif TVET, industri dan pembangunan belia — bagaimana kita perlu membina tenaga kerja yang lebih tahan lasak, fleksibel dan bersedia menghadapi masa depan.

📺 Dialog Poket Rakyat
🗓️ Jumaat | 8 Mei 2026
⏰ 8.30 Malam
📍 Astro AWANI (Saluran 501)

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong perjuangan
“BANTU BELIA BANTU NEGARA” 🇲🇾

RIZAN HASSAN

30/04/26 - Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Baharu berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna sebagai penutup k...
08/05/2026

30/04/26 - Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Baharu berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna sebagai penutup kepada perjalanan orientasi yang telah dijalankan sepanjang minggu lalu.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti, taklimat serta pengisian yang bertujuan membantu mereka menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran dan kehidupan di kolej. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, disiplin, keyakinan diri serta mengeratkan ukhuwah sesama pelajar dan warga kolej.

Pihak kolej ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa, mpp serta para pelajar yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang menjayakan minggu orientasi ini. Segala pengalaman, ilmu dan kenangan yang diperoleh diharap dapat menjadi panduan dan pembakar semangat untuk terus melangkah maju dalam mencapai kejayaan di masa hadapan.

Semoga semua pelajar baharu dapat meneruskan perjalanan sebagai warga kolej dengan penuh semangat, disiplin dan dedikasi dalam mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah serta kemahiran diri. Selamat maju jaya dan teruskan melakar kejayaan!”

29/4/26 -HARI KEDUA MINGGU ORIENTASI SESI 1/26 . Taklimat disiplin dijalankan bagi memberi penerangan kepada para pelaja...
08/05/2026

29/4/26 -HARI KEDUA MINGGU ORIENTASI SESI 1/26 . Taklimat disiplin dijalankan bagi memberi penerangan kepada para pelajar tentang peraturan kolej serta kepentingan menjaga sahsiah dan disiplin diri sepanjang tempoh pengajian. para pelajar didedahkan dengan budaya kolej, etika pemakaian serta tanggungjawab sebagai pelajar TVET yang berkualiti.
Semoga setiap ilmu dan nasihat yang dikongsikan sepanjang sesi taklimat disiplin dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua pelajar.

28/4/26 -HARI PERTAMA MINGGU ORIENTASI SESI 1/26 . Satu permulaan yang hebat memberikan komitmen luar biasa dan tenaga y...
06/05/2026

28/4/26 -HARI PERTAMA MINGGU ORIENTASI SESI 1/26 . Satu permulaan yang hebat memberikan komitmen luar biasa dan tenaga yang positif sepanjang aktiviti yang dijalankan.
Kenangan yang terbina dalam tempoh singkat ini diharapkan menjadi pembakar semangat untuk kita melangkah lebih jauh
Selamat datang secara rasmi ke keluarga besar kami!

27.04.2026 | PERBINCANGAN "PROGRESS" KESEDIAAN PUSAT BERTAULIAH (PB) BAGI DUAL DIPLOMA MALAYSIA–CHINASatu sesi perbincan...
02/05/2026

27.04.2026 | PERBINCANGAN "PROGRESS" KESEDIAAN PUSAT BERTAULIAH (PB) BAGI DUAL DIPLOMA MALAYSIA–CHINA

Satu sesi perbincangan telah diadakan bagi menilai tahap kesiapsiagaan Pusat Bertauliah (PB) dalam pelaksanaan program Dual Diploma Malaysia–China yang bakal memperkukuh laluan TVET bertaraf antarabangsa.

Perbincangan ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan daripada:
• Kolej TVET Belia Mahir
• Kolej Dayatech Subang
• Tech Terrain College

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah persediaan pelaksanaan program melibatkan bidang terpilih iaitu:
~Automotive
~Logistik
~Mekatronik

Sebagai langkah seterusnya, satu Bengkel Pemurnian Pelaksanaan Dual Diploma Malaysia–China akan diadakan pada pertengahan Mei di China, dengan penglibatan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama institusi TVET China yang akan bekerjasama menjayakan program ini.

Inisiatif ini merupakan langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem TVET negara melalui kolaborasi antarabangsa, seterusnya melahirkan tenaga mahir yang kompeten dan berdaya saing di peringkat global.

BANTU BELIA, BANTU NEGARA





Address

3676, Jalan Rasah Jaya 6/5, Taman Rasah Jaya
Seremban
70300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej TVET Belia Mahir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej TVET Belia Mahir:

Share