Mpu1013_Penghayatan_ Etika_Dan_Peradaban_ D_Kumpulan 4

Mpu1013_Penghayatan_ Etika_Dan_Peradaban_ D_Kumpulan 4 A212 MPU1013 Penghayatan Etika Dan Peradaban (D) (Kumpulan 4) - Dr. Mohd. Nizho bin Abdul Rahman

Tema: Vandalisme

Assalamualaikum dan salam sejahtera.😊Kami adalah pelajar UUM semester A212 subjek Penghayatan Etika Dan Peradaban (D) Ku...
03/06/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera.😊
Kami adalah pelajar UUM semester A212 subjek Penghayatan Etika Dan Peradaban (D) Kump**an 4. ☺
Tajuk poster ini adalah Diskiriminasi Terhadap Wanita di Tempat Kerja.👩‍🦰
Tujuan poster ini dihasilkan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa masalah diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja semakin berleluasa. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana golongan wanita juga menyumbang tenaga dalam pembangunan negara. Justeru, kami berharap poster ini dapat membantu mengurangkan masalah diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.

11/05/2022
📌Posting 10 Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan..😍✒️Posting kali ini saya akan menerangkan mengenai undang-...
10/05/2022

📌Posting 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan..😍✒️

Posting kali ini saya akan menerangkan mengenai undang-undang dan hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah vandalisme di negara kita.

Untuk makluman anda semua, sebenarnya kita tidak mempunyai sebarang undang-undang atau akta yang khusus berkaitan dengan jenayah vandalisme di negara kita.

Walaubagaimanapun, segala hukuman atau tindakan yang dikenakan kepada pesalah ini berada di bawah penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan contohnya, Majlis Daerah Simpang Renggam di negeri Johor. Jika pesalah disabitkan kesalahan melakukan vandalisme, pesalah boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit (RM2000) atau penjara selama satu (1) tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang Kecil Vandalisme bagi Majlis Daerah Simpang Renggam.

Pihak kerajaan hendaklah menggubal sebuah undang-undang khusus berkaitan jenayah Vandalisme ini di negara kita bagi mengelakkan ia menjadi lebih parah, tambahan p**a ia boleh menyebabkan imej negara tercemar di mata dunia.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang mengamati dan menghayati sepenuhnya dua prinsip rukun negara kita iaitu "Kedaulatan Undang-undang" dan "Kesopanan dan Kesusilaan", kita hendaklah menghindarkan diri daripada melibatkan diri dalam gejala yang tidak sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap perbuatan jenayah tidak memberikan apa-apa manfaat kepada masyarakat mahupun negara dan ia hanya menyebabkan kerugiaan kepada semua pihak termasuk pesalah. Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, kita hendaklah mengutamakan nilai kesopanan dalam diri kita agar kita dapat membentuk sebuah masyarakat yang sentiasa menjaga tatasusila antara satu sama lain untuk memastikan kita dapat hidup bersama seterusnya kita dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Oleh itu, saya menyeru semua pihak untuk membanteras kesalahan vandalisme ini bagi memastikan negara kita dapat hidup dalam keadaan harmoni bersama-sama.

Sekian daripada saya, Terima Kasih.

Disediakan oleh:
Muhammad Aiman Shaqir bin Alias
284817

📌Posting 8Mari hentikan Gejala Vandalisme ‼️🔉Kita harus menjaga harta benda awam !Apakah langkah proaktif dalam mengatas...
08/05/2022

📌Posting 8

Mari hentikan Gejala Vandalisme ‼️🔉

Kita harus menjaga harta benda awam !

Apakah langkah proaktif dalam mengatasi masalah vandalisme? Pihak manakah yang harus memainkan peranan dalam masalah ini ?

🛑PIHAK SEKOLAH HARUS MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MASALAH INI🛑

Pihak sekolah sememangnya harus berperanan dalam masalah ini. Hal ini kerana, pihak sekolah merupakan pihak yang paling hampir dengan perkembangan remaja atau pelajar.🔉

Antara peranan pihak sekolah:

✅Melaksanakan peraturan sekolah secara lebih tegas terhadap pelajar yang melakukan vandalisme.✅
▶️Pelajar yang melakukan vandalisme di kawasan sekolah harus didenda kerana telah merosakkan harta benda sekolah. Mereka boleh dikenakan denda seperti hukuman gantung sekolah dan membayar ganti rugi terhadap peralatan yang dirosakkan.

✅Memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan menjaga harta benda awam.✅
▶️Guru haruslah menerangkan kepada pelajar tentang tanggungjawab pelajar terhadap harta benda awam. Dalam hal ini, Setiap guru harus memainkan peranan penting, terutamanya guru kelas. Mereka harus bijak mengenal pasti pelajar yang bermasalah dan harus mendalami masalah yang dihadapi oleh pelajar.

✅Pihak sekolah harus menggalakkan para remaja menyertai kegiatan kokurikulum demi mengisi masa lapang.✅
▶️Pihak sekolah haruslah mengadakan aktiviti yang menarik supaya pelajar tidak membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah. Jadi pelajar akan lebih aktif dengan aktiviti yang telah disediakan.

✅Guru sekolah bertanggungjawab memberi didikan moral dan agama kepada pelajar.✅
▶️Didikan agama dan moral amat penting bagi pelajar. Ianya merupakan acuan dalam membentuk pelajar supaya bertanggungjawab dan menghargai harta benda awam.

🛑Tindakan dan nasihat kepada pelajar dapat menginsafkan pelajar yang terlibat dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Sikap prihatin dan mengambil berat terhadap pelajar dapat membendung pelajar daripada gejala negatif🛑

Pihak sekolah juga harus mengetepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan vandalisme‼️‼️

Disediakan oleh:
Aziza Atira Binti Johyri@Johari
no matrik: 285112

📌Posting 9⚡️ Langkah-langkah yang boleh buat oleh kerajaan untuk mengatasi vandalisme ⚡️📍Penguatkuasaan undang-undang 📍 ...
08/05/2022

📌Posting 9

⚡️ Langkah-langkah yang boleh buat oleh kerajaan untuk mengatasi vandalisme ⚡️

📍Penguatkuasaan undang-undang 📍

🖋 Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.

🖋Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.

📍Mengadakan kempen kesedaran📍

🖋menyebarkan idea tentang keburukan vandalisme melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala vandalisme yang semakin serius di negara ini.

🖋mengenakan bayaran kompaun yang setimpal dengan kesalahan kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam.

📍Memberi khidmat kaunseling📍

🖋kerajaan boleh menyediakan pakar psikologi untuk memberi perkhidmatan kaunseling kepada remaja yang bermasalah.

🖋pakar psikologi harus menasihati remaja yang bermasalah dan memahami motif vandalisme mereka supaya boleh mengubahsuai jiwa mereka dengan secepat mungkin.

✅Setiap orang di masyarakat haruslah mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang supaya tidak berlaku tindakan vandalisme. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus memikul dan melaksanakan kewajipan sebagai anggota masyarakat dan menghargai dan melindungi peralatan awam supaya boleh memberi manfaat kepada generasi yang akan datang.✅

Disediakan oleh :
Nama : Tan Bing Cen
No. Matric : 284893

📌Posting 7📌 Masyarakat memainkan peranan yang amat penting bagi mengatasi vandalisme yang masih berlaku :✅ Mendidik masy...
08/05/2022

📌Posting 7

📌 Masyarakat memainkan peranan yang amat penting bagi mengatasi vandalisme yang masih berlaku :

✅ Mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga harta benda awam
🖊 Harta benda awam merupakan harta benda yang digunakan bersama dalam sesuatu kawasan
🖊 Harta benda awam perlulah dijaga dan digunakan dengan baik agar dapat dimanfaatkan bersama dengan pengguna yang lain

✅ Memberikan ruang kepada pelaku vandalisme untuk berkarya
🖊 Memberikan ruangan dan dinding kosong untuk dijadikan mural
🖊 Mengubah persepsi bahawa pelaku seorang yang kreatif dan berbakat

✅ Bantuan media massa dalam mempengaruhi minda masyarakat
🖊 Memaparkan iklan sebagai pesanan khidmat masyarakat agar menjauhi perbuatan vandalisme
🖊 Mengingatkan masyarakat bahawa perbuatan vandalisme merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan denda

✅ Masyarakat yang peka dengan situasi di sekeliling
🖊 Menegur dan menasihati dengan cara yang baik bagi menghentikan perlakuan vandalisme
🖊 Jika terlihat perlakuan vandalisme segera melaporkannya kepada pihak berkuasa

🔐 Nilai etika yang perlu diterapkan dalam diri masyarakat ialah bekerjasama. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat perlulah peka terhadap masalah vandalisme yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat. Misalnya, masyarakat yang memberi kerjasama dapat mengekalkan keadaan yang harmoni dan lebih sejahtera dalam kehidupan. Oleh itu, sikap bekerjasama dalam kalangan masyarakat dapat mencegah perbuatan vandalisme semakin menular.

Disediakan oleh:
Nama: Noor Aidah binti Jezuli
No. Matrik: 284899

📌Posting 6 ❗️Adakah anda tahu bahawa salah satu cara untuk mengatasi masalah vandalisme ialah ibu bapa itu sendiri.❗️📌Am...
07/05/2022

📌Posting 6

❗️Adakah anda tahu bahawa salah satu cara untuk mengatasi masalah vandalisme ialah ibu bapa itu sendiri.❗️

📌Ambil tahu tentang perkembangan anak-anak
▶️ Sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak dan mengetahui latar belakang rakan-rakan anak

▶️ Dengan siapa anak berkawan akan menentukan siapa anak kita

▶️ Mengenali siapa rakan anak dan mengetahui apakah aktiviti yang mereka sering lakukan

📌 Memberi didikan agama dan nilai moral yang sempurna sejak awal
▶️ Mulakan cara hidup di rumah dengan berlandaskan Islam

▶️ Ajar anak-anak tentang perkara halal dan haram, syurga, neraka dan dosa pahala

▶️ Ajar anak-anak tentang Al-Quran dan hadith

▶️ Ajar anak untuk cintakan Allah dan Rasul

▶️ Anak yang beriman akan terhindar daripada terjebak dengan kegiatan tidak bermoral kerana mereka sentiasa ingat kepada Allah dan takut untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya

📌 Kawal aktiviti anak-anak
▶️ Perhatikan handphone anak-anak

▶️ Jika membenarkan anak keluar rumah, pastikan tahu dengan siapa anak keluar dan ke mana pergi

▶️ Mengawal adalah cara terbaik untuk mencegah berlakunya perkara yang tidak diingini

📍Dalam konteks ini, kita perlu mempunyai nilai sikap prihatin terhadap kemudahan awam yang ada pasti akan membantu mencegah perbuatan vandalisme. Kita haruslah berani menegur jika melihat sebarang perbuatan vandalisme di depan mata sendiri di samping segera melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Jelaslah bahawa, kita perlu mempunyai inisiatif untuk melangkah ke depan supaya dapat mencegah perbuatan tidak bertanggungjawab terus berlaku.
📍Pada masa yang sama kita juga perlu memberi perhatian kepada usaha untuk memupuk sikap dan nilai-nilai murni yang baik dan positif dalam diri anak-anak seperti menjaga harta benda dengan baik, menghargai kemudahan awam serta sentiasa prihatin dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.
📍Jika nilai-nilai dapat diterapkan ke dalam sanubari anak-anak sejak kecil, kita yakin dapat melahirkan sebuah generasi masa depan yang lebih bertanggungjawab dan boleh menjadi manusia yang berguna kepada agama, negara dan bangsa.

Disediakan oleh:
Nama: Chong Kai Zhi
No.Matrik: 284877

📌Posting 5Adakah anda tahu bahawa bukan sahaja pihak masyarakat, pihak sekolah, pihak kerajaan dan pihak ibu bapa mempun...
07/05/2022

📌Posting 5
Adakah anda tahu bahawa bukan sahaja pihak masyarakat, pihak sekolah, pihak kerajaan dan pihak ibu bapa mempunyai tanggungjawab membendung masalah vandalisme ⁉️ Individu sendiri juga haruslah mengambil inisiatif untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala vandalisme ‼️

📍Cara Seseorang Individu Mengelakkan Diri Sendiri Daripada Terjebak Dalam Vandalisme📍

✅1. Berpegang teguh pada ajaran agama
✏️Seseorang individu haruslah mempraktikkan ajaran agama dalam kehidupan seharian mereka.
✏️Hal ini demikian kerana ajaran agama merupakan sebuah benteng yang melarang manusia daripada melakukan perkara yang tidak bermoral seperti vandalisme.
✏️Seseorang individu yang berpegang teguh pada ajaran agama mempunyai jati diri dan mempunyai fikiran yang waras.
✏️Contohnya, mereka akan mengelakkan perbuatan vandalisme kerana perbuatan tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada seseorang individu.

✅2. Mendapatkan nasihat kaunselor atau pakar psikologi
✒️Sekiranya seseorang individu menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh mereka, mereka tidak dapat mengawal emosi mereka.
✒️Maka, mereka sering melakukan vandalisme untuk melepaskan kemarahan.
✒️Mereka sepatutnya mendapatkan nasihat daripada kaunselor atau pakar psikologi untuk menyelesaikan masalah
✒️Contohnya, kaunselor atau pihak psikologi akan memberikan nasihat untuk menangani masalah yang dihadapi dengan cara yang sesuai dan cara alternatif untuk mengawal emosi mereka.

✅3. Bergaul dengan rakan sebaya yang positif
🖋️Seseorang individu bergaul dengan rakan sebaya pada kebanyakan masa.
🖋️Jika seseorang individu bergaul dengan rakan sebaya yang positif, dia tidak akan mempunyai peluang untuk terlibat dalam aktiviti yang negatif.
🖋️ Contohnya, individu yang positif akan sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri sendiri dengan ilmu dan akan berusaha menjadi seseorang yang berguna kepada negara dan masyarakat.
🖋️Rakan-rakannya pasti akan terpengaruh untuk berusaha demi menjadi seseorang yang berjaya.

✅4. Mengamalkan gaya hidup sihat
🔗Seseorang individu digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang membawa manfaat kepada dirinya seperti bersenam, bersukan dan menjadi sukarelawan.
🔗Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, mereka dapat melepaskan tekanan mereka dengan cara yang sesuai dan kurang berisiko.
🔗Mereka juga dapat mengekalkan kesihatan mereka di samping melepaskan tekanan dalam kehidupan seharian.

✅5. Mengetahui vandalisme adalah suatu kesalahan jenayah
📌Kebanyakan individu akan mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala vandalisme kerana ia menyalahi undang-undang.
📌Seseorang individu akan dihukum sama ada didenda atau menjalankan khidmat masyarakat jika didapati melakukan vandalisme.
📌Contohnya, jika seseorang individu didapati didenda oleh pihak berkuasa , dia akan dikutuk oleh orang ramai kerana hal ini bukan sahaja menjejaskan imej diri sendiri, malah juga menjejaskan imej keluarga dan negara.
📌Justeru, kita haruslah mengelakkan diri sendiri daripada terlibat dalam gejala vandalisme demi kebaikan diri sendiri dan masyarakat.

🔸Seseorang individu haruslah mengamalkan nilai harga diri. Dalam konteks ini, nilai harga diri dapat membantu seseorang individu mengelakkan diri sendiri daripada terlibat dalam gejala vandalisme. Nilai harga diri bermaksud berupaya menjaga maruah diri. Gejala vandalisme adalah satu kesalahan jenayah, maka dengan mengelakkan daripada terlibat dalam gejala vandalisme, seseorang individu mampu menjaga maruahnya dan sekali gus menjamin imej diri sendiri.

Disediakan oleh:
Nama: Fong Jek Iee
No Matrik: 285024

📌Posting 2❗️JENIS -JENIS VANDALISME❗️❌Perlakuan individuPerbuatan ini dilakukan dengan sengaja semata-mata untuk mencari...
06/05/2022

📌Posting 2

❗️JENIS -JENIS VANDALISME❗️

❌Perlakuan individu
Perbuatan ini dilakukan dengan sengaja semata-mata untuk mencari keuntungan dengan menjual harta benda yang dicuri. Si pelaku akan mencuri barang barang di tempat awam untuk dijual. Perbuatan ini dilakukan sama ada dengan merosak atau memecahkan harta benda tersebut. Perbuatan ini dengan sendirinya telah mencacatkan bentuk harta benda dari yang asalnya. Dari segi perlakuan ini juga menunjukkan perbuatan suka-suka dan tunjuk berani dengan merosakkan harta benda tersebut dengan tidak mempunyai perasaan bersalah sekalipun. Perbuatan ini akan dilakukan secara individu atau pun secara berkump**an yang besar.

❌Perbuatan Dendam
Berkaitan dengan kerosakkan harta benda yang melibatkan perasaan sama ada tidak puas hati, melepaskan dan kemarahan mereka di tempat yang tidak sepatutnya seperti memecahkan barangan yang ada di tempat awam.

❌Menconteng
Menconteng harta benda awam atau harta peribadi orang awam juga merupakan ciri ciri vandalisme. Biasanya mereka ini akan menconteng Di :

▶️ Dinding-dinding bangunan,
▶️ Pagar konkrit,
▶️ Pondok-pondok berehat
▶️ Tempat kemudahan awam,
▶️ Di taman rekreasi

Tujuan mereka adalah untuk:
🔺Meluahkan perasaan
🔺Menghibur
🔺Memberi komen
🔺Menyakitkan hati
🔺Memberitahu kewujudan mereka

🔗Justeru itu, sebagai seorang rakyat malaysia, marilah kita bersama-sama membendung gejala ini daripada berterusan seterusnya merosakkan lagi nilai moral anak-anak muda. vandalisme ini perlulah dibendung sejak dari bangku sekolah. Perbuatan vandalisme ini adalah menujukkan nilai negatif dan tidak beretika. Sebagai rakyat malaysia, etika di tempat awam perlu diutamakan. Oleh yang demikian, nilai yang perlu ada dalam diri seorang individu adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan di tempat awam, menghargai dan menjaga harta benda awam yang ada di malaysia ini agar dapat dinikmati secara bersama oleh generasi akan datang. Kita perlu mengajak generasi muda untuk bersama-sama mengatakan ❗️TIDAK❗️kepada vandalisme.

Disediakan oleh ,

Nama: nursyazwanie binti zolkoffli
No matriks : 285046

📌Posting 1🚨 Kini, gejala vandalisme di negara Malaysia semakin menjadi-jadi. Hal ini sudah tentulah akan mengundang masa...
06/05/2022

📌Posting 1

🚨 Kini, gejala vandalisme di negara Malaysia semakin menjadi-jadi. Hal ini sudah tentulah akan mengundang masalah kepada masyarakat.🚨

1️⃣ Apakah maksud vandalisme?🤔
📖 Vandalisme merujuk kepada perbuatan seseorang merosakkan atau memusnahkan harta benda awam atau harta benda orang lain tanpa sebab yang salah di sisi undang-undang dan dilakukan sewenang-wenangnya.

2️⃣ Berkaitan dengan gejala vandalisme:
📌 Vandalisme merupakan perbuatan seperti melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.
📌 Perbuatan vandalisme ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkump**an.
📌 Gejala vandalisme sering melibatkan golongan remaja yang ingin memuaskan keseronokan mereka.

3️⃣ Tempat berlaku gejala vandalisme:
📌 Sekolah
📌 Taman permainan
📌 Tandas awam
📌 Bangunan awam
📌 Perhentian bas

Nilai yang diperoleh :
✍️ Berdisiplin
▶️ Kita haruslah mengamalkan nilai berdisiplin dengan menjaga tingkah laku sendiri supaya tidak memberi kesan yang negatif kepada masyarakat. Contohnya, tidak terlibat dalam isu vandalisme yang membawa impak negatif kepada pihak berkuasa dan penduduk sekitar. Berdisiplin adalah penting bagi seseorang, terutamanya golongan remaja untuk mengelakkan diri daripada terjebak perkara negatif. Sekiranya kita mengamalkan nilai berdisiplin, sudah tentulah akan mendapat kejayaan dalam kehidupan. Pendek kata, nilai berdisiplin adalah kunci kejayaan seseorang yang dapat menentukan masa depan seseorang yang cemerlang. Oleh itu, jagalah disiplin kita agar masyarakat dapat hidup dengan harmoni.

❗HENTIKAN GEJALA VANDALISME❗

Disediakan oleh:
Nama: Lim Ging Xiang
No.Matrik: 284915

05/05/2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kami adalah sekump**an pelajar dari Universiti Utara Malaysia sesi 2021/2022 (A212) .

page ini ditubuhkan untuk tugasan berkump**an bagi kursus MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban (D).

Pensyarah: Dr. Mohd. Nizho bin Abdul Rahman
Tema : Vandalisme

Kump**an 4
Berikut adalah senarai ahli kump**an:
1. Fong Jek Iee 285024
2. Nur Zurifah Athirah binti Muhamaad Zuhari 284806
3. Muhammad Aiman Shaqir bin Alias 284817
4. Natasya Amylia binti Mohd Asri 284820
5. Chong Kai Zhi 284877
6. Tan Bing Cen 284893
7. Noor Aidah binti Jezuli 284899
8. Lim Ging Xiang 284915
9. Nur Syazwanie binti Zolkoffli 285046
10. Aziza Atira binti Johyri@Johari 285112

Address

Universiti Utara , Uum Sintok
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013_Penghayatan_ Etika_Dan_Peradaban_ D_Kumpulan 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Mpu1013_Penghayatan_ Etika_Dan_Peradaban_ D_Kumpulan 4:

Share