17/05/2024
Post 2
Disediakan oleh: Balqis Syaba binti Mhd Fazzil (300934)
Topik: Langkah - Langkah Meningkatkan Kesedaran Tentang Perang Israel-Palestine
Assalammualaikum dan Salam Biru Warna☺️
Bayangkan hidup di sebuah tempat di mana akses kepada air bersih dan elektrik adalah kemewahan dan bukan keperluan. Bagi rakyat di Palestin, ini adalah realiti yang perlu mereka hadapi setiap hari akibat daripada konflik ini. Namun, masih ramai yang belum tahu atau tidak ingin tahu tentang isu ini seperti “katak di bawah tempurung”. Jadi, posting ini adalah bertujuan untuk membincangkan langkah untuk meningkatkan kesedaran tentang perang Israel-Palestin kepada masyarakat.
1. Penggunaan Media Sosial📱
Pada zaman ini, saya yakin bahawa semua orang mempunyai media sosial masing-masing, entah itu Facebook, Instagram,dll. Jadi tiada salahnya untuk kita meluangkan beberapa minit untuk membaca isu-isu semasa berkenaan Palestin. Bukan itu sahaja, berita, artikel, dan fakta tentang situasi di Palestin hendaklah disebarkan di platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok. Namun, maklumat yang dikongsi hendaklah tepat dan sahih. Bukan itu sahaja, masyarakat juga boleh mengadakan kempen di media sosial dengan mengunakan hashtag yang relevan dan boleh menarik perhatian orang ramai seperti atau . Selain itu, seperti yang kita tahu, artis-artis dan influencer-influencer adalah individu yang mampu untuk mempengaruh masyarakat dari segala segi di media sosial. Oleh itu mereka ini memainkan pernana besar untuk menyebarkan kesedaran mengenai perang Israel-Palestine ini.
2. Pendidikan dan Sekolah📖
Sekolah adalah saluran yang amat penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu yang sedang berlaku di Palestine. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar di media sosial termasuklah berita palsu yang telah luas disebarkan oleh Israel. Jadi, sekolah atau guru-guru inilah yang harus memastikan kanak-kanak ini berada di garisan yang betul dengan menerapkan pelajaran mengenai Palestine dari semasa ke semasa .
3. Menggunakan Platform Seni dan Hiburan🎥
Pengkarya seni tempatan hendaklah digalakkan untuk menghasilkan karya yang berkaitan dengan isu Palestine bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai isu ini. Muzik, filem dan dokumentari boleh digunakan untuk menceritakan kisah rakyat Palestine. Seperti yang kita tahu, masyarakat Malaysia amatlah “supportive” mengenai karya seni tempatan, oleh itu peluang ini boleh digunakan dengan menghasilkan karya berkaitan isu Palestine bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat berkaitan isu ini.
Konklusinya, dengan melaksanakan langkah-langkah ini, insyaallah kita dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu-isu yang dihadapi oleh rakyat Palestine dan menyokong usaha untuk mencapai keadilan dan kemerdekaan mereka.
Sekian daripada saya, Terima kasih🥰.