Unit Latihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Unit Latihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Ini adalah halaman Unit Latihan UPSI bagi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di UPSI

Kursus Meeting, Munites & Action Management  Masterclass telah berlangsung pada 18–19 Mei 2026 bersama penceramah Puan N...
19/05/2026

Kursus Meeting, Munites & Action Management Masterclass telah berlangsung pada 18–19 Mei 2026 bersama penceramah Puan Norhasrina binti Mohd Idris.





Kursus Asas Bahasa Arab anjuran Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia (BSM) UPSI telah berjaya dilaksanakan pada 15 Mei ...
16/05/2026

Kursus Asas Bahasa Arab anjuran Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia (BSM) UPSI telah berjaya dilaksanakan pada 15 Mei 2026 bertempat di Dewan Sri Tanjong, KSAJS UPSI dengan penyertaan seramai 54 orang kakitangan UPSI daripada pelbagai skim perkhidmatan. Kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Nor Yazidah Binti Yahya, Guru Bahasa, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas kemahiran bahasa Arab bagi tujuan komunikasi harian, seminar serta ketika menjalankan tugas. Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan dengan kaedah pembelajaran secara interaktif melalui latihan praktikal, simulasi situasi sebenar, main peranan, permainan bahasa dan aktiviti perbualan yang membantu meningkatkan keyakinan serta kefasihan peserta dalam komunikasi asas bahasa Arab.

Di akhir kursus diharapkan, para peserta berjaya mempelajari asas perbualan bahasa Arab dengan lebih mudah, mempraktikkan kemahiran komunikasi asas ketika melancong, berseminar dan bertugas, di samping memahami budaya masyarakat Arab dengan lebih baik.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memberi manfaat dan nilai tambah kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran komunikasi serta pembangunan diri secara berterusan.



🚀 Bersedia memimpin era digital?Kursus AI-Driven Leadership ini dianjurkan bagi memperkukuh kefahaman dan keupayaan warg...
13/05/2026

🚀 Bersedia memimpin era digital?

Kursus AI-Driven Leadership ini dianjurkan bagi memperkukuh kefahaman dan keupayaan warga pengurusan serta profesional universiti dalam memanfaatkan teknologi AI bagi menyokong kepimpinan, tadbir urus dan pembuatan keputusan berasaskan data. 📊🤖

Disampaikan oleh PM Dr. Suzani Mohamad Samuri, peserta didedahkan kepada potensi penggunaan AI dalam pengurusan, akademik, penyelidikan dan perkhidmatan ke arah melahirkan pemimpin universiti yang lebih inovatif, strategik dan bersedia menghadapi cabaran era digital. Program ini turut menjadi platform penting dalam memperkasa budaya kerja berteraskan teknologi pintar serta mempercepat transformasi universiti ke arah ekosistem pendidikan tinggi yang lebih mampan, berdaya saing dan futuristik.. ✨

Seramai 50 orang kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menyertai Kursus Basic Psychological First Aid (PFA...
12/05/2026

Seramai 50 orang kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menyertai Kursus Basic Psychological First Aid (PFA) yang berlangsung pada 11 Mei 2026 bertempat di Dewan Sri Tanjong, KSAJS UPSI.

Kursus anjuran Unit Latihan, BSM UPSI ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam memberikan sokongan psikologi awal kepada individu yang mengalami tekanan, krisis, trauma atau bencana.

Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Pau Kee, Pensyarah, Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, FPM UPSI yang berkongsi pelbagai ilmu dan pendekatan asas berkaitan Psychological First Aid (PFA) bagi membantu peserta memahami cara bertindak secara lebih empati, tenang dan berkesan ketika berdepan situasi melibatkan kesejahteraan emosi individu.

Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sokongan psikologi awal dalam persekitaran kerja dan kehidupan seharian.

4 Mei 2026, Tanjong Malim - Kunjungan seramai 12 orang delegasi daripada Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKeP...
06/05/2026

4 Mei 2026, Tanjong Malim - Kunjungan seramai 12 orang delegasi daripada Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT) Universiti Malaysia Sabah ke Seksyen Pembangunan Sumber Manusia, BSM UPSI berlangsung dengan penuh makna dan nilai strategik 🤝✨

Delegasi ini diketuai oleh Cik Kamisah binti Husin, Pengarah BKePT UMS, manakala pihak UPSI diwakili oleh Puan Anis Azlira binti Ali, Timbalan Pendaftar Kanan, BSM.

Sesi perkongsian memberi tumpuan kepada aspek latihan dan komersial 💡, disusuli perbincangan dua hala yang membuka ruang kepada pertukaran idea serta potensi yang lebih luas. Program turut diperkukuh dengan lawatan ke kampus baharu, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI bagi memperkenalkan fasiliti serta persekitaran yang kondusif 🎓🏫

Kunjungan ini bukan sekadar lawatan rasmi, malah menjadi platform strategik dalam memperkukuh jaringan, memacu kolaborasi berimpak tinggi serta mencetuskan nilai bersama antara kedua-dua institusi 🚀



Kursus Kecerdasan Risiko Kewangan : AI untuk pencegahan Penipuan dan Kawalan Dalaman Berkesan telah berlangsung pada 20–...
03/05/2026

Kursus Kecerdasan Risiko Kewangan : AI untuk pencegahan Penipuan dan Kawalan Dalaman Berkesan telah berlangsung pada 20–21 April 2026 bersama penceramah Dr. Mohd Danial Afiq bin Khamar Tazilah.





🔬METHODOLOGICAL CHOICE IN EDUCATION RESEARCH: PRINCIPLES, PRACTICES AND PITFALLS 🔬Attention all Lecturers and Postgradua...
02/05/2026

🔬METHODOLOGICAL CHOICE IN EDUCATION RESEARCH: PRINCIPLES, PRACTICES AND PITFALLS 🔬

Attention all Lecturers and Postgraduate Students!

Are you struggling to align your research design with your theoretical framework? Don't let common methodological pitfalls undermine your research and thesis quality. Join us for an intensive workshop to turn these challenges into your research strengths.

🌟 EXCLUSIVE LIMITED OFFER: 2+1 PROMO! 🌟

Bring your research team or friends! For every 2 participants registered, get 1 SEAT FREE!
(Limited slots available—first come, first served!)

🗒️COURSE DETAIL
- 🗓️Date: 12th May, 2026 (Tuesday)
- ⏰Time: 8.00 a.m. – 5.00 p.m.
- 🏫Venue: Dewan Sri Tanjong, KSAJS, UPSI, Tanjong Malim, Perak

👤TRAINER
Prof. Dr. Khoo Yin Yin (Professor of FPE, UPSI)

🚀WHAT WILL YOU LEARN?
- Alignment:
Master the link between research questions, frameworks, and design.
- Sampling:
Learn to select and justify techniques based on population characteristics.
- Validation:
Deep dive into questionnaire design, reliability, and validity.
- Ethics & Integrity:
Navigate informed consent and data protection protocols.
- Pitfall Prevention:
Avoid recurring mistakes often seen in postgraduate theses.

💻 LEARNING MODE
Interactive Lecture & Hands-on Session

💳 REGISTRATION FEE
- UPSI Student: RM 250.00
- External Student: RM 300.00
- External Lecturer: RM 450.00

- 🔥HRD Corp Claimable Course✅

🔗 REGISTER NOW! https://forms.gle/1vg14cx6CLTmWBsF8

📞 FOR ANY INQUIRIES, PLEASE CONTACT: https://wa.link/nm46le

🔥 Don’t miss this chance to refine your research rigor! Ensure your work stands out for its credibility and precision🔥

Taklimat Program Pementoran Kakitangan UPSI Fasa 5 Tahun 2026 telah berlangsung pada 30 April 2026 bertempat di Dewan Sr...
30/04/2026

Taklimat Program Pementoran Kakitangan UPSI Fasa 5 Tahun 2026 telah berlangsung pada 30 April 2026 bertempat di Dewan Sri Tanjong.

Seramai 96 peserta terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memperkukuhkan amalan pementoran serta meningkatkan keberkesanan hubungan mentor dan menti dalam organisasi.





Kursus Leadership Communication & Embracing Challenging Behaviours telah berlangsung pada 27–28 April 2026 bersama pence...
30/04/2026

Kursus Leadership Communication & Embracing Challenging Behaviours telah berlangsung pada 27–28 April 2026 bersama penceramah jemputan, Datuk Dr. Tengku Naufal bin Tengku Mansor.

Seramai 36 pegawai pentadbir telah menyertai kursus ini dan didedahkan dengan Model EOFC bagi memperkasakan komunikasi kepimpinan serta menangani situasi mencabar di tempat kerja.





28/04/2026

Stop guessing your research design! 🛑 Master sampling, validation, and alignment in one intensive session with Prof. Dr. Khoo Yin Yin. 🧠💪 Open to all lecturers and postgrad students!

Join us on Tuesday, 12th May 2026, from 8:00 a.m. to 5.00 p.m.. We will be meeting at Dewan Sri Tanjong, KSAJS, UPSI, Tanjong Malim, Perak for this hands-on learning journey.

📲Don’t miss out—scan the QR code or click the link below to register now!

🔗 https://forms.gle/1vg14cx6CLTmWBsF8

📞 For any inquiries, please contact: https://wa.link/nm46le

Address

Unit Latihan, , Bahagian Sumber Manusia, , Aras 1 Bangunan Canselori, , Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, , Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6054506494

Website

http://bsm.upsi.edu.my/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Latihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Unit Latihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris:

Share