Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia

Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia Fakulti Pertanian menawarkan program pengajian yang terdiri daripada program Bacelor, Master Sains ,

11/05/2026
Perjumpaan Pelajar Tahun 1 bersama En. Hanis Johari, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwa...
08/05/2026

Perjumpaan Pelajar Tahun 1 bersama En. Hanis Johari, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta barisan kepimpinan PERMATANI telah diadakan bagi memberi penerangan berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung sepanjang semester, pengurusan pembelajaran, serta isu-isu semasa yang melibatkan kebajikan dan pembangunan pelajar.

Program ini juga mampu menjadi medium perkongsian maklumat serta mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pihak pengurusan fakulti dan kepimpinan pelajar.

Program CEO@PTJ Fakulti Pertanian UPM Perkukuh Jalinan Industri melalui Syarahan Awam “Fertilizers for the Future”SERDAN...
08/05/2026

Program CEO@PTJ Fakulti Pertanian UPM Perkukuh Jalinan Industri melalui Syarahan Awam “Fertilizers for the Future”

SERDANG, 4 Mei 2026 – Usaha memperkukuh hubungan antara akademia dan industri terus dipergiat apabila Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan syarahan awam (Public Lecture) bertajuk “Fertilizers for the Future” sempena program Chief Executive Officer @ Pusat Tanggungjawab (CEO@PTJ). Program yang berlangsung di Dewan Fakulti Pertanian, UPM dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi itu telah menarik kehadiran seramai 150 peserta yang terdiri daripada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah Fakulti Pertanian serta Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, selain penyertaan wakil-wakil industri.

Syarahan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twin Arrow Fertilizer Sdn. Bhd., Encik Lau Choon Xian, yang berkongsi pandangan mengenai perkembangan terkini serta hala tuju teknologi baja masa hadapan dalam mendepani cabaran pertanian moden. Dalam ucapannya, beliau turut menekankan bahawa penglibatan belia dalam sektor pertanian masih rendah. Sehubungan itu, beliau menyeru agar generasi muda yang mahir dalam teknologi terkini seperti Internet of Things (IoT), sensor dan kecerdasan buatan (AI) tampil bersama-sama memperkasa sektor pertanian negara, sekali gus memacu perkembangan industri serta menjamin keterjaminan makanan negara.

Menurut beliau lagi, kerjasama melalui program CEO@PTJ membuka ruang yang luas antara universiti dan industri. “Saya berbesar hati kerana pihak Jabatan Pengurusan Tanah sudi bekerjasama melalui Program CEO@PTJ ini untuk meneroka peluang dalam bidang pertanian yang selaras dengan keperluan teknologi semasa. Syarahan awam ini merupakan aktiviti pertama dalam kerjasama ini, dan kami merancang untuk meneruskan dengan penganjuran bengkel serta program dua hala yang memberi pendedahan dalam pengurusan sumber tanah, analisis nutrien tanah dan tisu tanaman,” katanya.

Program CEO@PTJ merupakan inisiatif strategik universiti yang bertujuan memperkukuh hubungan antara akademia dan industri melalui pelantikan tokoh industri sebagai mentor kepada warga universiti. Inisiatif ini turut menyediakan platform perkongsian ilmu, peluang latihan industri serta menyokong penambahbaikan kurikulum agar selari dengan keperluan semasa industri.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil industri termasuk FGV Plantation Sdn. Bhd., Diversatech Fertilizer Sdn. Bhd., Multi Plus Agro Sdn. Bhd., A&D Nature Sdn. Bhd., ALS Technichem Sdn. Bhd. dan CSA Chemicals Sdn. Bhd.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh sinergi antara universiti dan industri, sekali gus melahirkan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan sektor pertanian negara.

Kursus AKU3210 Kultur Ikan terus menterjemah pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman apabila pelajar Bacelor Sains...
05/05/2026

Kursus AKU3210 Kultur Ikan terus menterjemah pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman apabila pelajar Bacelor Sains Akuakultur (Kepujian) tahun kedua berpeluang menghasilkan model inovasi “fish grader” sebagai aplikasi langsung daripada pembelajaran di bilik kuliah ke lapangan.

Melalui aktiviti ini, pelajar bukan sahaja mempelajari konsep teori berkaitan pengurusan ikan, malah turut membina sendiri model alat penggredan yang berfungsi untuk mengasingkan ikan mengikut saiz dengan lebih sistematik dan efisien. Penghasilan model ini memberi pendedahan kepada proses reka bentuk, pemilihan bahan serta pengujian fungsi dalam situasi sebenar.

Pendekatan ini membolehkan pelajar memahami kepentingan penggredan ikan dalam industri akuakultur, termasuk dalam memastikan keseragaman pertumbuhan, mengurangkan persaingan makanan serta meningkatkan kadar kelangsungan hidup ikan.

Selain itu, projek penghasilan model fish grader ini turut mengasah kemahiran insaniah pelajar seperti kerja berpasukan, komunikasi serta pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah di lapangan. Pelajar dilihat aktif berbincang, menguji dan menambah baik reka bentuk model masing-masing bagi mencapai hasil yang optimum.

05/05/2026
04/05/2026

HOW AGRICULTURE 4.0 IS TRANSFORMING FARMING AND CREATING OPPORTUNITIES FOR YOUTH

Martabat Kecemerlangan Akademik: 140 Mahasiswa Fakulti Pertanian Terima Sijil Kepujian Dekan dan Naib CanselorSERDANG, 2...
30/04/2026

Martabat Kecemerlangan Akademik: 140 Mahasiswa Fakulti Pertanian Terima Sijil Kepujian Dekan dan Naib Canselor

SERDANG, 29 April 2026 – Seramai 140 mahasiswa Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi 2024/2025 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Fakulti Pertanian, petang semalam.

Majlis yang bermula pada jam 5.00 petang itu dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI) dengan kerjasama Unit Akademik (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Pertanian. Penganjuran ini bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang mahasiswa yang menunjukkan prestasi akademik yang konsisten dan membanggakan.

Para penerima anugerah terdiri daripada mahasiswa daripada tujuh program pengajian yang berjaya memenuhi kriteria ketat yang telah ditetapkan oleh fakulti. Anugerah yang disampaikan merangkumi dua kategori utama iaitu Sijil Kepujian Dekan dan Sijil Kepujian Naib Canselor.

Bagi melayakkan diri menerima pengiktirafan tersebut, mahasiswa perlu mencapai Purata Nilai Gred (GPA) sekurang-kurangnya 3.75, sekali gus mencerminkan tahap komitmen dan kecemerlangan akademik yang tinggi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pertanian, YBhg. Prof. Dr. Loh Teck Chwen. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menzahirkan rasa bangga terhadap usaha gigih dan dedikasi yang ditunjukkan oleh para mahasiswa sepanjang sesi pengajian.

“Penganjuran majlis seperti ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang, di samping menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negara pada masa hadapan,” ujar beliau.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan fakulti serta penyelaras program, antaranya Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin; Penasihat PERMATANI, Dr. Fazlin Ali; serta ketua-ketua jabatan Fakulti Pertanian.

Greetings to all,Hello everyone!The Department of Land Management, Faculty of Agriculture will organize a Public Lecture...
30/04/2026

Greetings to all,
Hello everyone!

The Department of Land Management, Faculty of Agriculture will organize a Public Lecture by Lau Choon Xian, Chief Executive Officer & Company Director of Twin Arrow Fertilizer Sdn. Bhd.

The details are as follows:-
*Date : Monday, 4 May 2026*
*Time : 09:00 - 11:00 A.M*
*Venue : Dewan Fakulti Pertanian, Faculty of Agriculture, Universiti Putra Malaysia (UPM)*
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/za2yzDJqLuzVc8aB9
Registration Link : https://forms.gle/rYtS8W15RAKKpviP8
Facebook Live: https://www.facebook.com/FakultiPertanian/

Free Admission.
E-certificate will be given to all registered participants.

Your presence and support would be greatly appreciated.

We look forward to your participation and meaningful engagement in this knowledge-sharing platform.

Thank you.

30/04/2026
28/04/2026
Komentar YBhg. Prof. Dr. Norsida Man di berita digital KOSMO! mengenai "Belum Tentu Sayur Dimakan Ulat Selamat".
28/04/2026

Komentar YBhg. Prof. Dr. Norsida Man di berita digital KOSMO! mengenai "Belum Tentu Sayur Dimakan Ulat Selamat".

Tanggapan sayur dimakan ulat lebih selamat kurang tepat, keha­diran lubang tunjuk aktiviti serangga, tidak menjamin ketiadaan racun.

Address

Pejabat Pentadbiran, Fakulti Pertanian
Universiti Putra
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+603-8947 4801

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share