25/09/2025
Kelab Staf Kajihayat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf yang telah turut serta dalam program βRun or Brisk Walk? Kita Bergerak Bersama!β yang diadakan pada Rabu, 24 September 2025.
Penyertaan yang diberikan amat bermakna dan telah menjadikan aktiviti santai ini bukan sahaja sebagai ruang untuk beriadah serta menjaga kesihatan, malah sebagai wadah untuk mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan warga PPSK.
Semoga momentum positif ini dapat diteruskan dalam aktiviti-aktiviti akan datang.
Kita bergerak, kita sihat, kita bersama! πͺβ¨