08/06/2026
Online Workshop: Introduction to System Dynamics Modelling Using VENSIM
English:
Dear Colleagues,
We are pleased to announce that the Centre for Policy Research at Universiti Sains Malaysia will be organising a 2-day online workshop entitled “Introduction to System Dynamics: Concepts and Application Using VENSIM”. The workshop will be held on 29-30 June 2026 (Monday and Tuesday), from 9.00 a.m. to 5.00 p.m.
This workshop will be conducted by Assoc. Prof. Dr. Norhaslinda Zainal Abidin from the School of Quantitative Sciences, Universiti Utara Malaysia. This workshop is specifically designed for researchers and students who wish to develop a clear understanding of System Dynamics (SD) and its practical applications. Participants will be introduced to the key concepts of systems thinking, visual modelling, and hands-on simulation using VENSIM software. The workshop will also demonstrate how System Dynamics can be applied to analyse real-world issues in economics, policy, management, and organisational contexts.
Registration and fee details are available via the QR code in the attached brochure, or visit https://forms.gle/wXnfctSXcYWjw3TZ8
For further enquiries, please contact: Assoc. Prof. Dr. Tang Chor Foon; Mobile: 012-423 2254; Email: [email protected] or [email protected]
All are welcome to participate.
Bahasa Malaysia:
Bengkel Atas Talian: Pengenalan kepada Pemodelan System Dynamics Menggunakan VENSIM
Rakan-rakan yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kajian Dasar, Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan bengkel secara atas talian selama 2 hari bertajuk “Introduction to System Dynamics: Concepts and Application Using VENSIM”. Bengkel ini akan diadakan pada 29-30 Jun 2026, Isnin dan Selasa, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh Profesor Madya Dr Norhaslinda Zainal Abidin dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Universiti Utara Malaysia. Bengkel ini direka khusus untuk penyelidik dan pelajar yang ingin memperoleh pemahaman yang jelas tentang System Dynamics (SD) serta aplikasi praktikalnya. Para peserta akan diperkenalkan kepada konsep utama pemikiran sistem, pemodelan visual, dan simulasi secara praktikal menggunakan perisian VENSIM. Bengkel ini juga akan menunjukkan bagaimana System Dynamics boleh diaplikasikan untuk menganalisis isu-isu sebenar dalam bidang ekonomi, dasar, pengurusan, dan konteks organisasi.
Maklumat pendaftaran dan yuran boleh didapati melalui kod QR yang disediakan dalam brosur yang dilampirkan atau terus melayari https://forms.gle/wXnfctSXcYWjw3TZ8
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi: Profesor Madya Dr Tang Chor Foon
Telefon bimbit: 012-423 2254; Emel: [email protected] atau [email protected]
Semua dijemput untuk menyertai bengkel ini.
Terima kasih.