HEP Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA

  • Home
  • HEP Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA

HEP Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA Halaman rasmi Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) fakulti untuk berkongsi program pelajar, kebajikan, peluang kepimpinan dan pencapaian pelajar.

KHAMIS | 21 MEI 2026Assalamualaikum,Salam SejahteraSalam UiTM Di Hatiku,[MODUL ASPIRASI UTAMA FAKULTI KEJURUTERAAN MEKAN...
21/05/2026

KHAMIS | 21 MEI 2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera
Salam UiTM Di Hatiku,

[MODUL ASPIRASI UTAMA FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL]

Modul Aspirasi UTAMA bagi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal bagi Semester Mac–Ogos 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Program ini merangkumi Modul Aspirasi 1 hingga 6 yang telah dijalankan pada 6, 13 dan 20 Mei 2026 di sekitar Kompleks Kejuruteraan UiTM Shah Alam.

Seramai 450 orang pelajar daripada Semester 1 hingga Semester 3 telah menyertai program ini. Pelaksanaan modul ini bertujuan untuk memperkukuh aspek pembangunan sahsiah, motivasi serta kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar, selaras dengan usaha fakulti dalam melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua fasilitator serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.

Sekitar sesi latihan Team FKM bagi SAF 2026 🔥Penat hari ini, usaha untuk esok. 💪Sedikit demi sedikit, semangat dan keser...
21/05/2026

Sekitar sesi latihan Team FKM bagi SAF 2026 🔥

Penat hari ini, usaha untuk esok. 💪
Sedikit demi sedikit, semangat dan keserasian pasukan terus dibina.

Semoga Team FKM terus konsisten dan memberikan yang terbaik untuk SAF 2026 🏆

Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.[INDUSTRY CAREER EXPO (ICE) 2026]Merujuk perkara di atas, HEP F...
21/05/2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[INDUSTRY CAREER EXPO (ICE) 2026]

Merujuk perkara di atas, HEP FKM dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UiTM serta orang awam untuk hadir dan memeriahkan Industry Career Expo (ICE) 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 18 – 19 Jun 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar, UiTM Shah Alam

✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
📌 Peluang bertemu majikan dan pemain industri terkemuka
📌 Penerokaan peluang pekerjaan serta latihan industri
📌 Penyertaan dalam Career Talk dan Career Coaching
📌 Sesi jaringan profesional (networking) bersama pihak industri
📌 Cabutan bertuah dan pelbagai hadiah menarik

🎉 Antara tarikan istimewa yang disediakan:
🎁 Aktiviti interaktif serta goodies menarik
🏢 Exhibition booth daripada pelbagai syarikat dan organisasi

👔 Para pelajar disarankan hadir dengan resume terbaik serta penampilan profesional bagi meningkatkan keyakinan diri dan memperluaskan peluang kerjaya pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

📢 Call for Papers – ICAME 2026The 9th International Conference on Advances in Mechanical Engineering (ICAME 2026) invite...
21/05/2026

📢 Call for Papers – ICAME 2026

The 9th International Conference on Advances in Mechanical Engineering (ICAME 2026) invites researchers, academicians, and industry practitioners to share their latest findings and innovations in the field of mechanical, manufacturing, mechatronics, automotive, advanced materials/ nanomaterials engineering, aviation, tribology, thermofluid and sustainable energy, engineering education, and other related disciplines.

Theme: Engineering Without Borders: Towards a Sustainable Future
📍 TAMU Hotel Kuala Lumpur, Malaysia (Hybrid)
📅 13–15 September 2026

Important dates:
Full paper submission: 30th May 2026
Notification of acceptance: 30 June 2026
Camera-ready & registration: 30 July 2026

📚 Publication opportunities:
Presented, revised, and accepted papers will be considered for publication in selected indexed journals (WoS, Scopus, or MyCite), subject to peer review and editorial approval.

Early Call for ParticipantsINTRODUCTION TO EMBEDDED PROGRAMMING (IEP) 2026📍 Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Surabay...
21/05/2026

Early Call for Participants

INTRODUCTION TO EMBEDDED PROGRAMMING (IEP) 2026

📍 Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Surabaya, Indonesia

👥 LIMITED SLOTS AVAILABLE
* 16 STUDENTS
* 2 TEACHING ASSISTANTS (TENTATIVE)

📞 ENQUIRIES
Ir Ts Dr Azmi Patar
010-441 2219

ISNIN | 18 MEI 2026Assalamualaikum,Salam SejahteraSalam UiTM Di Hatiku,[MAJLIS PERASMIAN THE CUPS X ENGINE, NEXUS@FKM DA...
21/05/2026

ISNIN | 18 MEI 2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera
Salam UiTM Di Hatiku,

[MAJLIS PERASMIAN THE CUPS X ENGINE, NEXUS@FKM DAN SURAU]

Universiti Teknologi MARA melalui Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian The Cups x Engine, NEXUS@FKM, Surau Menara 1 Kompleks Kejuruteraan serta Pertukaran Perjanjian MOA bersama Respira Sdn Bhd yang disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Sazili Shahibi.

Majlis ini menandakan pelancaran rasmi Café The Cups di Aras 3, Menara 1 FKM menerusi projek The Cups x Engine hasil kolaborasi antara alumni UiTM dan FKM dalam memperkukuhkan budaya keusahawanan kampus. Inisiatif ini bukan sahaja menyediakan ruang santai untuk warga kejuruteraan, malah menjadi platform sokongan kepada pembangunan ekosistem technopreneur dalam kalangan mahasiswa.

Turut dirasmikan ialah NEXUS@FKM, pusat kegiatan dan inkubator keusahawanan pelajar yang diwujudkan sebagai medium pembangunan inovasi, bakat dan kemahiran keusahawanan. Buat masa ini, NEXUS@FKM menawarkan pelbagai perkhidmatan kendalian pelajar seperti tempahan cetakan 3D, servis percetakan dan binding, jualan merchandise rasmi kelab serta Students Corner bagi membuka peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti jualan mereka sendiri.

Selain itu, majlis turut meraikan wajah baharu Surau Menara 1 Kompleks Kejuruteraan hasil sumbangan alumni FKM serta memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara UiTM dan Respira Sdn Bhd melalui pertukaran dokumen MOA dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Semoga segala inisiatif yang dilaksanakan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem keusahawanan dan technopreneur yang lebih progresif, inovatif dan mampan dalam kalangan warga UiTM.

Sekian, terima kasih.

[Pengurusan HEP Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Sesi 2025-2027]Dengan sukacitanya kami memperkenalkan barisan pengurusan ...
14/05/2026

[Pengurusan HEP Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Sesi 2025-2027]

Dengan sukacitanya kami memperkenalkan barisan pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Fakulti yang akan bersama-sama menggerakkan agenda pembangunan mahasiswa serta memperkasa kebajikan pelajar sepanjang sesi ini.

Semoga segala amanah dapat dilaksanakan dengan cemerlang demi manfaat seluruh warga fakulti.

KHAMIS | 14 MEI 2026Assalamualaikum,Salam SejahteraSalam UiTM Di Hatiku,[SESI PENYERAHAN T-SHIRT RASMI FKM UiTM SHAH ALA...
14/05/2026

KHAMIS | 14 MEI 2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera
Salam UiTM Di Hatiku,

[SESI PENYERAHAN T-SHIRT RASMI FKM UiTM SHAH ALAM]

Sesi penyerahan T-Shirt rasmi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Madya Dr. Muhad Rozi Mat Nawi bersama Presiden Kelab Kebajikan Staf FKM, En. Suhairil Meon.
Penghasilan T-Shirt rasmi FKM ini merupakan hasil projek kolaborasi rasmi antara Kelab Kebajikan Staf FKM dan Kelab Mechepreneur FKM dalam usaha memperkukuhkan identiti serta semangat kebersamaan warga FKM.

Kini, READY STOCK tersedia dan seluruh warga FKM digalakkan untuk mendapatkan T-Shirt rasmi ini bagi kegunaan semasa program, aktiviti dan majlis rasmi fakulti.

📩 Isi Google Form untuk pembelian: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSckGEgfKQFtusN5SN3AMu2O8U8UNcmhp--i_JGd_cEWyIXscw/viewform

📍 Self Pick-Up:
Nexus @ FKM, Aras 5, Blok 2, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam

📞 Sebarang Pertanyaan:
Auni – 011-25612986

RABU | 6 MEI 2026Assalamualaikum W.B.T.,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku, Salam _Future Engineers_. *[PROGRAM SEIMBA...
07/05/2026

RABU | 6 MEI 2026

Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam _Future Engineers_.

*[PROGRAM SEIMBANG JIWA INTELEK 2026]*

Sukacita dimaklumkan SMFKM menganjurkan Program Seimbang Jiwa Intelek bersama penceramah jemputan bagi memupuk semangat kerohanian seperti ketetapan berikut:

*Tarikh:* 7 Mei 2026
*Tempat:* Secara Dalam Talian (_Google Meet_)
*Masa:* 8 -10 malam

🎟️ E-merit disediakan!!

Pendaftaran terbuka kepada semua pelajar UITM Shah Alam

🔗Disertakan bersama pautan pendaftaran peserta: https://forms.gle/95Q5NmF4g3WUM5YT9

Sebarang permasalahan haruslah dimaklumkan kepada:

SMF Irsyad: https://wa.me/601164373780

Sekian, terima kasih.

*”Mahasiswa Inovatif, Pemacu Industri”*

Yang menjalankan amanah,

*MAJLIS TERTINGGI*
Seimbang Jiwa Intelek
Kejuruteraan Mekanikal
UiTM Shah Alam
Sesi 2025/2026





📢 MAKLUMAN & PERINGATAN KEPADA PELAJAR FKMAdalah dimaklumkan bahawa tempoh permohonan Fee Deferment bagi sesi Mac – Ogos...
07/05/2026

📢 MAKLUMAN & PERINGATAN KEPADA PELAJAR FKM

Adalah dimaklumkan bahawa tempoh permohonan Fee Deferment bagi sesi Mac – Ogos 2026 telah dilanjutkan sehingga 13 Mei 2026.

Pelajar yang belum membuat permohonan penangguhan yuran atau belum menjelaskan bayaran yuran pengajian diminta untuk mengambil tindakan segera sebelum tarikh yang ditetapkan.

❗ Tarikh penting:
• Permohonan Fee Deferment: 13 Mei 2026
• Bayaran yuran pengajian: 16 Mei 2026

Segala kerjasama dan tindakan segera daripada semua pelajar amat dihargai. Terima kasih.

Address

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEP Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your university to be the top-listed University?

Share