21/05/2026
Bukan Sekadar Kad: Peringatan Kecil Yang Buat Keluarga Cepat Bertindak
KUALA LUMPUR: Pada awalnya, kad rekod pemantauan denggi itu hanya disimpan di atas meja. Sama seperti kertas rawatan biasa yang dibawa p**ang selepas pemeriksaan di klinik.
Namun, apabila pesakit mula muntah berulang kali dan mengadu sakit perut, ahli keluarga teringat semula pada peringatan yang tertulis pada kad tersebut.
Mereka membaca semula senarai tanda bahaya penyakit denggi. Antara tanda yang perlu diberi perhatian ialah:
🚨Kerap muntah
🚨Sakit perut
🚨Pening atau rasa gelisah
🚨Pucat atau rasa sejuk apabila kulit disentuh
🚨Sesak nafas
🚨Tompok merah pada kulit
🚨Pendarahan pada hidung atau gusi
🚨Muntah darah
🚨Najis berwarna hitam
🚨Haid yang banyak atau pendarahan dari f***j
Melihat beberapa tanda itu mula berlaku, keluarga tersebut tidak lagi menunggu di rumah. Pesakit terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Dalam kes denggi, keadaan pesakit boleh berubah dengan cepat. Ada pesakit yang kelihatan seperti semakin baik apabila demam mula kebah, namun sebenarnya sedang memasuki fasa yang lebih berisiko.
Sebab itu, kad rekod pemantauan denggi bukan sekadar kad. Ia menjadi peringatan penting kepada keluarga untuk bertindak lebih awal sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Simpan kad ini baik-baik. Baca tanda bahayanya. Bawa setiap kali hadir ke klinik atau hospital.
Kad kecil ini mungkin nampak biasa, tetapi pada saat genting, ia boleh menjadi sebab seseorang tidak terlambat mendapatkan rawatan.