Pusat Sukan UTeM

  • Home
  • Pusat Sukan UTeM

Pusat Sukan UTeM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Sukan UTeM, College & University, Pusat Sukan UTeM, .

Antara perkhidmatan di Pusat Sukan HEPA yang ditawarkan kepada staf, pelajar dan komuniti setempat ialah penganjuran sukan, pinjaman peralatan, penggunaan venue sukan dan khidmat nasihat berkaitan sukan.

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—•π—˜π—₯π—π—¨π—”π—‘π—š π—£π—”π—¦π—¨π—žπ—”π—‘ π—’π—Ÿπ—”π—›π—₯π—”π—šπ—” 𝗨𝗧𝗲𝗠
04/06/2026

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—•π—˜π—₯π—π—¨π—”π—‘π—š π—£π—”π—¦π—¨π—žπ—”π—‘ π—’π—Ÿπ—”π—›π—₯π—”π—šπ—” 𝗨𝗧𝗲𝗠





𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π’π”πŠπ€π 𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 π”π“πžπŒ
03/06/2026

𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π’π”πŠπ€π 𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 π”π“πžπŒ





𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π’π”πŠπ€π π’π„ππ€πŠ π“π€πŠπ‘π€π– π”π“πžπŒ
03/06/2026

𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π’π”πŠπ€π π’π„ππ€πŠ π“π€πŠπ‘π€π– π”π“πžπŒ





π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—•π—˜π—₯π—π—¨π—”π—‘π—š π—žπ—’π—‘π—§π—œπ—‘π—π—˜π—‘ 𝗨𝗧𝗲𝗠Majlis penyerahan bendera kontinjen UTeM yang telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Siti Sar...
03/06/2026

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—•π—˜π—₯π—π—¨π—”π—‘π—š π—žπ—’π—‘π—§π—œπ—‘π—π—˜π—‘ 𝗨𝗧𝗲𝗠

Majlis penyerahan bendera kontinjen UTeM yang telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Siti Sarah binti Bujang, Pengarah Pusat Sukan HEPA diiringi pegawai dan staf Pusat Sukan kepada pasukan Sepak Takraw, Futsal & Olahraga UTeM yang akan menyertai Varsity Sports Championship (VCS) 2026 - Zon Timur yang berlangsung pada 3 hingga 9 Jun 2026 bertempat di UniSZA & UMT.

Bersama kita mendoakan kejayaan atlet-atlet UTeM agar UTeM terus mendunia dalam arena sukan IPT 2026.





SALAM AIDILADHA 1447HSeluruh warga Pusat Sukan UTeM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H. Semoga Aidiladh...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H

Seluruh warga Pusat Sukan UTeM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H. Semoga Aidiladha tahun ini membawa seribu kemanisan, ketenangan dan keberkatan dalam hidup kita semua.

Tulus ikhlas daripada:
Warga Pusat Sukan UTeM

Anda berbakat dalam sukan dan berminat menyambung pelajaran di UTeM. Jom sertai kami Atlet Berprestasi Tinggi UTeM. Serl...
26/05/2026

Anda berbakat dalam sukan dan berminat menyambung pelajaran di UTeM. Jom sertai kami Atlet Berprestasi Tinggi UTeM. Serlahkan bakat, cabar kemampuan diri dan cipta kejayaan bersama kami dipentas sukan IPT.

Sila scan Qr- Code yang diberikan. Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor yang telah disediakan.




KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2026INDOOR GAMESSetinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Afifah Maheran Binti Abdu...
21/05/2026

KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2026
INDOOR GAMES

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Afifah Maheran Binti Abdul Hamid (FTKEK) bagi Sukan Catur dan En. Hairul Nizam Bin Daud (FTKM) bagi Sukan Dart atas kejayaan cemerlang merangkul pingat Gangsa di Kejohanan MAKSAK GAMES 2026 Indoor Games pada 14 hingga 17 Mei 2026 bertempat di Seremban, Negeri Sembilan.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga UTeM dan bukti semangat juang yang tinggi mampu membawa kejayaan gemilang.

Warga UTeM mendoakan semoga terus maju jaya dalam setiap langkah dan terus mengharumkan nama Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

LAWATAN KERJA PUSAT SUKAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) KE PUSAT SUKAN UTeM 14 MEI 2026Pusat Sukan UTeM telah m...
15/05/2026

LAWATAN KERJA PUSAT SUKAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) KE PUSAT SUKAN UTeM 14 MEI 2026

Pusat Sukan UTeM telah menerima lawatan kerja dari Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 14 Mei 2026 yang diketuai oleh Pengarah, Encik Mohd Asri bin Hj. Husain bersama pegawai sukan dan exco Sukan dan Rekreasi Majlis Pewakilan Pelajar (MPP).

Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian maklumat, pandangan serta input yang bersesuaian ke arah penambahbaikan pengurusan pusat sukan kedua-dua belah pihak. Kandungan pembentangan berfokuskan kepada pengurusan kelab sukan, penganjuran program sukan dan pengurusan fasiliti sukan yang merupakan fungsi utama penubuhan pusat sukan Universiti.

Pengarah Pusat Sukan UTeM Puan Siti Sarah binti Bujang telah merakamkan penghargaan di atas kesudian pihak Pusat Sukan USIM mengadakan lawatan serta berkongsi pengalaman yang sudah pastinya memberi manfaat untuk mendepani cabaran yang melibatkan pengurusan Pusat Sukan.

KUNJUNGAN HORMAT DAN  LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM OLYMPIC DAY RUN 2026Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM  telah m...
15/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM OLYMPIC DAY RUN 2026

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM telah menerima kunjungan hormat dan lawatan tapak daripada Majlis Olimpik Malaysia pada 14 Mei 2026 bersempena perancangan serta persiapan penganjuran Program Olympic Day Run 2026.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Siti Sarah binti Bujang, Pengarah Pusat Sukan UTeM yang bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, di samping membincangkan aspek teknikal, pengurusan serta penilaian kesesuaian lokasi bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program berprestij tersebut.

Selepas sesi lawatan tapak, delegasi Majlis Olimpik Malaysia telah mengadakan kunjungan ke pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UTeM, dan telah disambut dengan mesra oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM. Sesi tersebut turut menjadi platform penting bagi perbincangan lanjut berkaitan sokongan institusi, penglibatan pelajar serta penyelarasan penganjuran program di peringkat universiti.

Diharapkan melalui kunjungan ini, penganjuran Olympic Day Run 2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya selari dengan aspirasi memperkukuh budaya sukan, kesejahteraan dan semangat Olimpik dalam kalangan warga universiti dan masyarakat.

Address

Pusat Sukan UTeM

76100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sukan UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Sukan UTeM:

  • Want your university to be the top-listed University?

Share