13/06/2026
[POSTER PEMBAWAAN BIAH SOLEHAH]
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Menjelang musim peperiksaan, pihak Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI) ingin berkongsi beberapa peringatan dalam menyempurnakan amal sebagai muslim yang berusaha menuntut ilmu agama.
Allah SWT berfirman:
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدْرٍۢ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌۭ ۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedangkan kamu berada dalam keadaan lemah. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah agar kamu bersyukur.”
(Surah Ali ’Imran: 123)
Marilah kita semua mengingati bahawa setiap kejayaan adalah daripada Allah. Sebagaimana Allah mengurniakan kemenangan kepada kaum Muslimin ketika mereka berada dalam keadaan lemah, demikian juga kita memohon pertolongan Allah dalam menghadapi peperiksaan.
Sedangkan Nabi ﷺ sendiri sentiasa berdoa dan bergantung kepada Allah, maka janganlah kita sombong sehingga enggan merendahkan diri kepada Allah Yang Maha Esa.
“Ukhuwah Lestari, Potensi Disulami”
“Taqwa, Thaqafah, Dakwah”
Disediakan oleh:
Team Dakwah dan Musyrif,
Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah,
Universiti Al-Azhar Al-Syarif,
Sesi 2026.