Persatuan Pelajar Malaysia Jamiah Imam Syafii-PPMJIS

Persatuan Pelajar Malaysia Jamiah Imam Syafii-PPMJIS Universiti Imam Asy-Syafi'i diasaskan oleh Al-Fadhilah Asy-Syaikh Dr.Hasan Hitou

Kalau rumah tenggelam banjir, kau masih boleh tidur dalam rumah tu lagi. Paling penat kau kena cuci rumah saja... Tapi k...
24/11/2022

Kalau rumah tenggelam banjir, kau masih boleh tidur dalam rumah tu lagi. Paling penat kau kena cuci rumah saja... Tapi kalau rumah kau roboh, kau nak tidur macam mana? Kena buat rumah dari awal.

Allah..

Begitulah keadaan penduduk Cianjur hari ini.. Tempat pemindahan mereka bukan seperti tempat pemindahan mangsa banjir di Malaysia. Di Malaysia, tempat pemindahannya boleh dikatakan sangat baik. Mangsa gempa bumi ini hanya tidur di dalam Khemah.. Tidur berhimpit-himpit dengan orang-orang lain. Cianjur ni tempatnya sejuk, cuacanya seperti Cameron Highland. Bila malam mesti menggigil. Apatah lagi sekarang musim hujan..
لا حول ولا قوة إلا باللهِِ

Kami ingin mengajak anda bersama-sama menghulurkan bantuan kewangan selain menadah tangan berdoa kepada tuhan. Semoga dengan sumbangan yang anda berikan, akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang tidak terkira.

إنا لله وإنا إليه راجعون...Bumi Cianjur... Di dalamnya ada binaan tempat kami menuntut ilmu.. Tarikh 21.11.2022 (Isnin) ...
24/11/2022

إنا لله وإنا إليه راجعون...
Bumi Cianjur...
Di dalamnya ada binaan tempat kami menuntut ilmu.. Tarikh 21.11.2022 (Isnin) menjadi tarikh bersejarah bagi bumi ini. Allah telah menzahirkan iradah dan qudrahnya dengan memberikan gempa yang sangat dahsyat sehingga mampu menghasilkan tanah runtuh yang mengorbankan banyak nyawa, meruntuhkan rumah-rumah penduduk dan sekolah.
Tempoh gempa ini hanya 7 saat sahaja namun cukup untuk mengakibatkan pelbagai kerosakan, kematian dan trauma bagi mereka yang merasainya.

قدر الله وما شاء فعل. حسبنا الله ونعم الوكيل.

إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه..Guru kami telah kembali ke rahmatullah pagi tadi jam: 6....
30/10/2021

إنا لله وإنا إليه راجعون...
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه..

Guru kami telah kembali ke rahmatullah pagi tadi jam: 6.45 pagi.
Semoga roh al-Marhum dirahmati oleh Allah, diberi pengampunan, ditinggikan darjat dan dihimpunkan bersama orang-orang soleh.

السلام عليكم ورحمة الله..Mohon kepada semua mendoakan guru kami Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki....
27/10/2021

السلام عليكم ورحمة الله..

Mohon kepada semua mendoakan guru kami Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki. Jam 12 semalam beliau dimasukkan ke icu dalam keadaan tidak sedar diri.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، مُذْهِبَ الْبَاسِ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Semoga beliau diberi kesembuhan dan ke'afiyatan yang berpanjangan. Amin..
Terus berdoa...

PENULISAN...▪️قال النبي صلى الله عليه وسلم (إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يد...
16/10/2021

PENULISAN...

▪️قال النبي صلى الله عليه وسلم
(إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يدعو له ).

Nabi ﷺ telah bersabda:
{Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: "Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu mendoakannya}

Kata Al-Hafiz Abdul 'Azhim Al-Munziri Al-Syafi'i rahimahullah:
"Seorang yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat akan memperolehi pahala amalannya sendiri serta pahala orang yang membacanya, menyalinnya atau orang yang beramal dengannya selepasnya. Selama mana ilmu tersebut diamalkan pahala tersebut akan mengalir kepadanya. Berdasarkan hadis yang disebutkan di atas dan hadis-hadis yang lain.
Sebaliknya, orang yang menyampaikan ilmu yang tidak bermanfaat (yakni perkara yang membawa kepada dosa) kepada orang lain, maka dia akan menanggung dosanya sendiri, dosa orang yang membacanya serta dosa orang yang menyalinnya dan orang yang melakukan perkara tersebut selama mana tulisan itu kekal (tidak dipadam) dan perbuatan tersebut terus diamalkan."

MARI CEK SEMULA TULISAN KITA

Salam jumaat... اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا
15/10/2021

Salam jumaat...
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا

Acara mingguan..Kelmarin di petang jumaat kami mengadakan majlis santai membaca kitab yang ringkas buat tambahan ilmu pe...
09/10/2021

Acara mingguan..
Kelmarin di petang jumaat kami mengadakan majlis santai membaca kitab yang ringkas buat tambahan ilmu pengetahuan terutama di luar bilik kuliah..
Doakan kami istiqamah pada jalan menuntut ilmu..

Salam Jumaat dan salam Rabi'ul Anwar..Mari kita berazam memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar nabi Muhammad ﷺ d...
08/10/2021

Salam Jumaat dan salam Rabi'ul Anwar..
Mari kita berazam memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar nabi Muhammad ﷺ di dalam bulan mulia ini..

(Hukum melunjurkan kaki ke arah Mushaf Al Quran)Disebutkan di dalam kitab Hasyiyyah Imam Asy-Syarwani:"Haram melunjurkan...
30/09/2021

(Hukum melunjurkan kaki ke arah Mushaf Al Quran)

Disebutkan di dalam kitab Hasyiyyah Imam Asy-Syarwani:
"Haram melunjurkan kaki ke arah mushaf".

Manakala di dalam kitab fathul mu'in:
"Haram melunjurkan kaki kearah mushaf tetapi sekiranya ia (mushaf) berada di tempat yang tinggi maka perbuatan itu tidak diharamkan".

Dan Disebutkan juga didalam kitab I'anah At-Tholibin:
"Haram melunjurkan kaki ke arah mushaf kerana ianya seperti menghina Al Quran, sekiranya mushaf itu berada di tempat yang tinggi maka ia tidak diharamkan".

Isu:Yang mana lebih baik? Berdiri lama di dalam solat atau banyak rakaat?Al-Imam Ibnu Hajar berkata:"Berdiri lama di dal...
16/09/2021

Isu:

Yang mana lebih baik? Berdiri lama di dalam solat atau banyak rakaat?

Al-Imam Ibnu Hajar berkata:
"Berdiri lama di dalam semua solat itu lebih baik dari solat dengan rakaat yang banyak, berdasarkan hadis sahih:
"Solat yang terbaik itu ialah solat yang lama berdirinya". Kerana zikir pada waktu berdiri itu dengan membaca Al-quran dan Al-quran itu lebih baik dari zikir-zikir yang lain)".

Sebahagian ulama fiqh mengkhususkan perkara ini pada solat sunat mutlak yang tidak mempunyai bilangan rakaat tertentu.

# Disebutkan di Hasyiah Al-Jamal dan lainnya:
"Pembahasan ini pada solat sunat mutlak sahaja. Adapun solat yang lain seperti solat sunat rawatib dan witir maka menjaga bilangan rakaat yang dituntut itu lebih baik. Sebagai contoh: melakukan solat witir 11 rakaat pada waktu yang singkat (yakni tidak lama berdiri) itu lebih baik dari solat 3 rakaat witir dengan waktu yang lebih lama melebihi waktu solat 11 rakaat tersebut, kerana bilangan (11 rakaat) tersebut telah dituntut oleh Allah taala secara khusus.

Kita berdoa supaya Allah mengangkat semua ujian yang menimpa hamba-hamba-Nya dan memerdekakan kita dari kehambaan hamba ...
16/09/2021

Kita berdoa supaya Allah mengangkat semua ujian yang menimpa hamba-hamba-Nya dan memerdekakan kita dari kehambaan hamba kepada kehambaan kepada-Nya.
Semoga Allah mencurahkan rahmat dan kasih sayang ke atas negara kita yang tercinta serta memberikan kekuatan kepada rakyatnya agar sentiasa teguh di jalan yang diredhai-Nya.

15/09/2021

قال سيدي الشيخ العلامة محمد حسن هيتو حفظه الله ورعاه-:
لقد أخبرني شيخي أثناء طلبي للعلم في الأزهر، أنه قرأ يوماً أثناء طلبه للعلم في كتاب المعاملات من الفقه ما نصه : " ويحرم بيع برَمْبَلولٍ ببَرَمْبلول ".
قال : فاستعصى علي فهم هذه الكلمة، فنظرت في الشـروح فلم أجد أحداً من العلماء قد شرحها أو علق عليها، ونظرت في الحواشي، فلم أجد من بيَّنها أو أوضحها، وكدت أتهم المتون، والشروح، والحواشي والتقريرات، بالعجز والقصور، لأنها ضاقت عن أن تشرح هذه العبارة، أو أتهم المؤلف بالخطأ.
ثم رأيت أن أتهم عقلي قبل اتهامها، لأنه لو كان الخطأ في العبارة من المؤلف لتنبه له واحد على الأقل من العشرات الذين شرحوا الكتاب أو علقوا عليه، فمن المحال أن يكون الجميع قد اتفقوا على هذا الخطأ، ولا بد أن الخطأ في عقلي وفهمي.
قال فرجعت إلى شيخي أسأله عنها، فقال لي : يا بني. ما أخذ أحد العلم من الكتاب - دون معلم - إلاَّ ضل، فلابد من المعلم، ليشرح الغامض، ويقيد المطلق، ويفصل المجمل، ويبين المراد من الاصطلاح، ولو كان الكتاب وحده ينفع، دون احتياج لمعلم يشرح، لما أرسل الله مع كل كتاب رسولاً يشرحه، ويبينه، ويبلغه، ولَمَا أخذ الله العهد من الذين أوتوا الكتاب أن يبينوه للناس، ولَمَا ألجمَ الله كاتم العلم بلجام من نار، وكتب العلم متوفرة للقاصي والداني.
ثم قال لي : يا بني... إن الصواب العبارة " ويحرُمُ بيعُ بُرِّ مَبْلول بِبُرِّ مبلول ".
والأمر لا يحتاج لمعاجم وقواميس، وشروح وحواشي وإنما يحتاج لتواضع كتواضعك إذ سألتني.
قال لي شيخي ، فو الله يا بني ما نسيت منذ ذلك اليوم حكمة الشيخ ، وذكرت قول الشافعي (( ما ضحك من خطأ امرئ قط إلا وثبت صوابه في قلبه )) .
ولقد عرفت أن مراد شيخي فيما قص علي مني هذه القصة الواقعية - عرفت أنه - إنما أراد أن يعلمني كيف يجب أن يكون سلوكي في تلقي العلوم لأصل بالصواب إلى غايتها.
ولقد ابتُليَ المسلمون اليوم ، زيادة عما هم فيه من البلاء ، وفي هذا العصر الذي قبض فيه العلم بقبض العلماء ، وفشا فيه الجهل ، ابتلوا بصنف من الناس ، أخذوا بعض العلم من الكتب ، دون الرجوع إلى المعلم والمرشد ، ففهموا النصوص خطأ ، وأولوها على هواهم جهلا ، وليتهم سألوا إذ لم يعلموا ، فإنما شفاء العي السؤال ، ولكنهم أوغلوا في أوهامهم ، وجعلوا بلبلة العقول أكبر همهم ، بما أتوا به من عظائم الأمور التي أوحى بها جهلهم،زاعمين أنها هي الشرع الذي لا يجوز العدول عنه، ولا الإبتعاد منه،رغم أنها الباطل، لمخالفتها لسيرة هذه الأمة منذ أن
بعث الله نبينا محمد صلى الله عليه وآله وسلم إلى يومها هذا ،وستبقى كذلك إن شاء الله، لا تغير مسيرتها الأهوال ، ولا توقف مدها الأوهام ، إذ ضمن الله بقاءها ، وأخبر رسوله عليه أفضل الصلاة والسلام باستمرارها ، لا يضرها من خذلها حتى يأتي أمر الله.
(المُتَفَيهِقُون: ص٢٩)

Address

Jalan Sarongge, Desa Ciputri, Ciherang Pacet, Cianjur.
Cianjur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pelajar Malaysia Jamiah Imam Syafii-PPMJIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Persatuan Pelajar Malaysia Jamiah Imam Syafii-PPMJIS:

Share