11/05/2026
✨ KKAS EXCITVET’26 : Fostering Mindsets of Innovation ✨
Program KKAS EXCITVET’26 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Mei 2026 bertempat di Perpustakaan Kolej Komuniti Ampang menerusi anjuran bersama Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial, Unit Perhubungan Industri dan Alumni serta Unit Akademik. Program ini menghimpunkan pelajar Diploma in Telecommunication Technology (DTT) dan Diploma in Mobile Technology (DMT) dalam mempersembahkan projek inovasi akhir semester yang menampilkan idea kreatif, penyelesaian teknologi serta aplikasi kemahiran TVET secara praktikal.
Melalui tema “Fostering Mindsets of Innovation”, program ini menjadi platform untuk memperkukuh budaya inovasi dalam kalangan pelajar di samping meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta keupayaan pembentangan profesional di hadapan panel industri dan pensyarah. KKAS EXCITVET’26 turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu, percambahan idea dan pembangunan projek berimpak tinggi selari dengan aspirasi melahirkan graduan TVET yang kompeten, kreatif dan berdaya saing.
🏆 Senarai Pemenang KKAS EXCITVET’26
✨ Kategori Diploma in Mobile Technology (DMT)
🥇 Tempat Pertama
KEEVAN RAJ A/L NANDA KUMAR
📌 Mobile Spare Part Inventory System
👩🏫 Penyelia: Pn. Nur Aizya
🥈 Tempat Kedua
MUHAMMAD DANIEL HAKIM BIN MOHD KHAIRONI
📌 AIRGUARD-X: Intelligent Environmental Monitoring System for Smart Mobile Repair Labs
👨🏫 Penyelia: En. Maizar
🥉 Tempat Ketiga
AZROY ISKANDAR ISRUL AMERI
📌 Pembangunan Sistem Dove Asset Tracking
👩🏫 Penyelia: Pn. Rozaimi
✨ Kategori Diploma in Telecommunication Technology (DTT)
🥇 Tempat Pertama
AMIRUL NAZARUDDIN BIN ASKURI —
📌 Development of an IoT Smart Home Automation with Motion Alarm System and Automatic Fan using ESP32
👩🏫 Penyelia: Puan Sharifah Juliana
🥈 Tempat Kedua
WAN ZAHIN BIN WAN SHAH
📌 Reka Bentuk dan Pembangunan Penyuap Makanan Kucing Berasaskan IoT
👨🏫 Penyelia: Encik Khairul Azha
🥉 Tempat Ketiga
NAZRUL AIDI BIN NAZARUDDIN
📌 Pembangunan Prototaip Sangkar Kucing Automatik Berasaskan Arahan Suara Pemilik
👨🏫 Penyelia: En. Khairul Azha
Tahniah kepada seluruh peserta, pensyarah penyelia serta jawatankuasa pelaksana atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan program ini. Semoga KKAS EXCITVET terus menjadi medan menyemai budaya inovasi, memperkasa kecemerlangan TVET dan melahirkan graduan yang mampu meneroka masa depan teknologi dengan lebih gemilang. 🌟
“Opening Minds, Creating the Future”