Madrasah Tahfiz Mafatihul Ulum - Almafaatih

Madrasah Tahfiz Mafatihul Ulum - Almafaatih "BERIMAN BERILMU BERAMAL"
- Tahfiz Al-Quran
- Fardhu 'AIn
- Feqah
- Adab & Sunnah
- Program Motivasi

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Pakej Program Pengajian

PAKEJ ANAKKU AL-HAFIZ

Sessi Pengajian Sepenuh Masa Yuran Pendaftaran : RM 350
Yuran Bulanan : RM 300
Masa Pengajian : Sepenuh Masa
Makan : 3x Sehari (Pagi, Tengah Hari dan petang)
Seminggu : 5 1/2 Hari
Tempoh Percubaan : 3 Bulan

Nota: YURAN HENDAKLAH DIJELASKAN SETIAP AWAL BULAN SEBELUM 5HB

Hours of operation:

Pengajian Pelajar
24

Jam

Pentadbiran

Waktu Pejabat :
9.30am - 4.00pm

Waktu Rehat :

11.30am - 2.30pm
Cuti: Sabtu,Ahad & Mengikut Taqwim Al-mafaatih

Waktu Lawataan :

Hari Sabtu: dari jam 11:30am - 4:00pm
Hari Ahad: dari jam 9:30am - 4:00pm

Assalamualaikum wbt.. Madrasah Tahfiz AlMafaatih membuka peluang pengambilan pelajar baru sesi 2026, tempat sangat terha...
24/12/2025

Assalamualaikum wbt.. Madrasah Tahfiz AlMafaatih membuka peluang pengambilan pelajar baru sesi 2026, tempat sangat terhad.. Jom hanta wakil setiap rumah seorang AlHafiz

Ramadhan Bulan yg penuh barokah, setiap amalan sunat diganjarkan seperti amalan fardhu bulan biasa, amalan fardhu diganj...
22/03/2025

Ramadhan Bulan yg penuh barokah, setiap amalan sunat diganjarkan seperti amalan fardhu bulan biasa, amalan fardhu diganjarkan 70x seperti bulan biasa, pada 10 hari terakhir rebutlah malam Lailatul Qodar.. Perbanyakkanlah Sedekah

07/01/2025
06/01/2025

Assalamualaikum..
Kepada para ibubapa/penjaga yang diluar sana,mana² anak yang berminat untuk belajar dalam pengajian hafalan Quran 30Juz,pendaftaran masih dibuka.
*Sila buat temujanji.

28/12/2024

Bacalah dan renungilah!

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat nombor 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah.

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat 5A dalam UPSR.

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM.

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat 8A dalam PMR.

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic di Indonesia.

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan sunnah Rasulullah di badan saya.

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya.

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok?

"Sudah lah sijilnya tidak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika p**ak tu?

"Nanti hendak makan apa? Bodohnya!

"Memalukan emak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan p**ak," kata mereka.

Tetapi..

Pada suatu Subuh.

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu.

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat.

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih...

Selesai solat, semasa dalam perjalanan p**ang, ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai pada ayat tersebut?

Saya jelaskan.

Ayat itu menceritakan tentang huru hara di Padang Mahsyar, sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya!

Ibunya!

Ayahnya!

Isterinya!

Anak-anaknya!

Saya katakan: "Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya.

"Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila.

"Sedangkan di Mahsyar nanti, semua 'kata-kata orang' itu langsung tidak
bernilai, kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang sangat rapat dengan kita di dunia ini pun, kelak mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa dengan kita kerana takut dituntut.

"Maka saya sebak, kerana saya risaukan bagaimana keadaan saya di Mahsyar kelak.

"Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun itu langsung tidak beri manfaat kepada saya.

"Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia, demi agama juga tidak bagi mudarat kepada saya.

"Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?"

Ibu saya lalu memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata:

"Sejuk perut mama dapat anak macam bang ngah."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku, aku berasa sangat gembira akan 'pujian' ibuku.

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat dahulu, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini, walaupun dahulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji.

Wahai hamba Allah!

Apa sebenarnya yang kita kejar?

Apa p**a sebenarnya yang kejar kita?

Mengapa kita masih mengejar pujian sia-sia manusia.

Sedangkan malaikat p**a tidak pernah lelah siang malam mengejar kita?

Bak kata kalam Sayyidina Ali r.a, "Hidup di dunia ini ramai yang terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yang 'ramai' itu, kerana yang ramai itu, kononnya 'normal lah' di akhir zaman ini.

Masuklah ke dalam golongan yang sedikit itu, kerana yang sedikit itu akan masuk syurga selama-lamanya.

Pesanan untuk kita semua.
Semakin hampir kita ke alam barzakh, peringatan untuk diri saya dan juga sahabat semua.

03/10/2024

Almafaatih diundang oleh para ibu² untuk berQasidah Solawat Nabi di Kelas Bawah Pokok Ar- Ridhwan,Ampang Jaya.
Alhamdulillah...

Alhamdulillah..Syukur ke Hadrat Allah Subhanahu wata'ala,baru² ini bertarikh 5 Safar 1446 bersamaan 10 Ogos 2024 Sabtu,s...
12/08/2024

Alhamdulillah..
Syukur ke Hadrat Allah Subhanahu wata'ala,baru² ini bertarikh 5 Safar 1446 bersamaan 10 Ogos 2024 Sabtu,seorang lagi pelajar adik Muhammad Irsyad Bin Muhammad Rizal berumur 16 tahun telah khatam hafazan 30 juz.
Adik perempuannya juga sedang belajar hafizah di madrasah berdekatan.
Doakan adik Muhammad Irsyad agar Allah Ta'ala permudahkan urusannya mengulang hafazan sehingga mantap untuk ke peringkat Syahadah 30Juz dengan mendapat darjat Mumtaz.
Doakan juga untuk adiknya agar Allah pilih menjadi Hafizah 30juz sehingga boleh ke peringkat Syahadah.
InsyaaAllah,Aamiin...🤲🏼

Daftar sekarang...! Pengambilan terbuka hanya untuk 17 orang sahaja lagi.Utk temujanji,nombor telefon ada dibawah.
12/08/2024

Daftar sekarang...! Pengambilan terbuka hanya untuk 17 orang sahaja lagi.
Utk temujanji,nombor telefon ada dibawah.

Alhamdulillah..Adik Ahmad Al-Farisi Bin Ahmad Subki berumur 16 tahun telah Khatam Hafazan Al-Quran 30 Juz bertarikh 1 Re...
12/08/2024

Alhamdulillah..
Adik Ahmad Al-Farisi Bin Ahmad Subki berumur 16 tahun telah Khatam Hafazan Al-Quran 30 Juz bertarikh 1 Rejab 1445 bersamaan 13 Januari 2024 hari Sabtu.
Untuk makluman,dua abangnya juga Hafizd Al-Quran.Abang sulungnya berkhidmat sebagai imam masjid dan seorang lagi sedang menuntut di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah,Arab Saudi.
Doakan adik Ahmad Al-Farisi tawajjuh mengulang hafalannya dengan mantap sehingga beroleh kejayaan untuk ke Peringkat Syahadah 30 Juz Darjat Mumtaz dengan target beliau pada hujung tahun ini.InsyaaAllah,Aamiin..🤲🏼

10/06/2024

Alhamdulillah..10 Jun 2024 Isnin,selesai majlis Syahadah khatam hafazan 30 Juz.Tiada salah & tiada lupa.Darjat Mumtaz.
Adik Abdullah Bin Zaki Al- Hafizd.Bermula dari Subuh dan selesai selepas Isyak.
6 adik beradik semuanya Hafizd & Hafizah,'Alim & 'Alimah.Subhanallah!
InsyaaAllah,selepas ini beliau akan melanjutkan pelajarannya ke peringkat Mu'allim(kitabi).
Doakan utk adik Abdullah Al-Hafizd agar supaya Allah permudahkan pembelajarannya selepas ini.

Assalamu'alaikum..Kepada semua kaum muslimin,madrasah kami masih menerima kemasukan pelajar dari usia 10 hingga 13 tahun...
02/06/2024

Assalamu'alaikum..
Kepada semua kaum muslimin,madrasah kami masih menerima kemasukan pelajar dari usia 10 hingga 13 tahun.
Syarat² : Berminat & sedia patuhi undang².

Boleh datang waktu & hari bekerja.
Waze : Madrasah Tahfiz Mafatihul Ulum

Address

633 Jalan 8, Taman Ampang Utama, Ampang Selangor (Ibu Pejabat)
Ampang
68000

Telephone

+60192237080

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Mafatihul Ulum - Almafaatih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Madrasah Tahfiz Mafatihul Ulum - Almafaatih:

Share