Pengajian Sains Ukur dan Geomatik

Pengajian Sains Ukur dan Geomatik Ditubuhkan pada tahun 1971 di UiTM Shah Alam. Penubuhan jabatan ini adalah untuk melahirkan graduan yg mempunyai asas yang kuat di dalam bidang ukur tanah.

PPSUG merupakan salah satu pusat pengajian yang berada di bawah pengendalian FSPU. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1971 di UiTM Shah Alam dan beroperasi di bawah Fakulti Kejuruteraan dengan nama Jabatan Ukur Tanah. Rational penubuhan jabatan ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai asas yang kuat di dalam bidang ukur untuk profesion ukur tanah dan memenuhi kelayakan akademik Lembaga Juruk

ur Tanah Semenanjung Malaysia serta meningkatkan keupayaan pelajar seiring dengan keperluan industri. Jabatan ini secara rasminya menggunakan nama Jabatan Sains Ukur dan Geomatik pada Mei 1995. Penjenamaan semula jabatan bukan sahaja menunjukkan perubahan fungsi profesion ukur yang lebih baik tetapi juga menunjukkan disiplin-disiplin kerja yang lebih meluas meliputi skop sains pengukuran moden, sains maklumat tanah dan pengurusan data spatial. PPSUG telah menjadi salah satu pendahulu institusi pengajian tempatan yang menawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ukur dan geomatik. Kini, PPSUG telah beroperasi di cawangan Selangor dan Perlis.

TAZKIRAH DAN INFAQ JUMAAT OLEH FAKULTI ALAM BINA12.6.2026 Jumaat, Arau - Satu sesi tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz...
12/06/2026

TAZKIRAH DAN INFAQ JUMAAT OLEH FAKULTI ALAM BINA

12.6.2026 Jumaat, Arau - Satu sesi tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Salam Zulkifli, Ketua Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Perlis kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Alam Bina yang berkelapangan.

Sesi tazkirah dipengerusikan oleh Ketua Pusat Pengajian, Dr Norshahrizan Mohd Hashim. Antara pengisian yang diberikan oleh Ustaz Abdul Salam ialah berkenaan menjadikan kerja sebagai ibadah, kepentingan dan cabaran dalam bekerjasama serta memberi tips dan motivasi bagi memastikan ibadah bekerja dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.

Di samping pengisian ilmu, pensyarah-pensyarah juga turut berkongsi juadah dan beramah mesra bagi mengeratkan sillaturrahim.

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐“๐Ž๐Š๐Ž๐‹ ๐๐‘๐Ž๐…๐„๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐†๐„๐Ž๐Œ๐€๐’๐’06 Jun 2026, Kangar โ€“ Sera...
06/06/2026

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐“๐Ž๐Š๐Ž๐‹ ๐๐‘๐Ž๐…๐„๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐†๐„๐Ž๐Œ๐€๐’๐’

06 Jun 2026, Kangar โ€“ Seramai 20 orang pelajar telah menyertai Bengkel Pengurusan Majlis dan Protokol Profesional yang berlangsung di Bilik Smart Classroom, UiTM Cawangan Perlis. Program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman pelajar mengenai tatacara pengurusan majlis, protokol rasmi serta etiket profesional dalam penganjuran sesuatu program.

Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Dr. Fazly Amri Mohd, Koordinator Komunikasi Korporat merangkap Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis. Dalam sesi perkongsian tersebut, peserta didedahkan kepada aspek-aspek penting pengurusan majlis termasuk penyusunan protokol, pengendalian tetamu kehormat, etiket rasmi, komunikasi berkesan serta amalan terbaik dalam penganjuran acara.

Turut hadir ialah Cik Ashinta Rahim, Penasihat Persatuan GEOMASS yang sentiasa memberikan sokongan terhadap pembangunan kemahiran insaniah dan profesionalisme dalam kalangan pelajar. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen persatuan dalam melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dan berdaya saing.

Melalui penganjuran bengkel ini, para peserta berpeluang memperoleh pengetahuan dan pengalaman praktikal yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan program serta aktiviti organisasi pada masa hadapan. Program ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang lebih yakin, kompeten dan profesional dalam mengendalikan majlis serta acara rasmi di peringkat universiti dan komuniti.

22/05/2026
FAB UiTM CAWANGAN PERLIS TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)22 Mei 2026, Ar...
22/05/2026

FAB UiTM CAWANGAN PERLIS TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)

22 Mei 2026, Arau โ€“ Fakulti Alam Bina (FAB), UiTM Cawangan Perlis telah menerima lawatan penanda aras daripada delegasi pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan program Geomatik serta amalan Outcome-Based Education (OBE) di fakulti ini.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan akademik dan pelaksanaan program Geomatik di UiTM, termasuk perkongsian amalan terbaik dalam memastikan kualiti penyampaian kurikulum selaras dengan keperluan pendidikan tinggi semasa.

Dalam sesi perkongsian, Ketua Pusat Pengajian telah membentangkan slaid rasmi berkaitan maklumat program-program yang pernah dilaksanakan oleh FAB, termasuk pencapaian dan aktiviti akademik serta kokurikulum yang menyokong pembangunan pelajar secara holistik.

Turut berlangsung ialah pembentangan oleh Puan Nurhafiza Md Saad yang berkongsi mengenai pelaksanaan OBE mengikut amalan dan rutin UiTM, meliputi aspek perancangan, pemantauan serta penilaian berterusan bagi memastikan hasil pembelajaran program dicapai dengan berkesan.

Selain itu, delegasi POLISAS turut didedahkan dengan kaedah pelaksanaan Survey Camp FAB, termasuk pendekatan latihan lapangan, pengurusan aktiviti serta kaedah penilaian yang menjadi antara komponen penting dalam memperkukuh kompetensi praktikal pelajar Geomatik.

Lawatan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi serta membuka ruang kepada perkongsian kepakaran dan amalan terbaik pada masa hadapan.

๐๐„๐๐†๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ‘๐“๐‡ ๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐†๐„๐Ž๐Œ๐€๐“๐ˆ๐‚๐’/๐†๐„๐Ž๐ˆ๐๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ๐‚๐’ ๐’๐“๐”๐ƒ๐„๐๐“ ๐ˆ๐๐๐Ž๐•๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐‚๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐ˆ๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐…๐€๐Š๐”๐‹๐“๐ˆ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐ˆ๐๐€ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐‚๐€๐–๐€๐...
22/05/2026

๐๐„๐๐†๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ‘๐“๐‡ ๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐†๐„๐Ž๐Œ๐€๐“๐ˆ๐‚๐’/๐†๐„๐Ž๐ˆ๐๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ๐‚๐’ ๐’๐“๐”๐ƒ๐„๐๐“ ๐ˆ๐๐๐Ž๐•๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐‚๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐ˆ๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐…๐€๐Š๐”๐‹๐“๐ˆ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐ˆ๐๐€ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹ ๐Š๐„๐‹๐€๐ˆ๐๐€๐

21 Mei 2026, Arau โ€“ Fakulti Alam Bina (FAB), UiTM Cawangan Perlis dengan kerjasama Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) telah berjaya menganjurkan 13th National Geomatics/Geoinformatics Student Innovation Competition 2026 (NGGSIC2026) bertemakan โ€œGeospatial Metaverse, Empowering Heritageโ€.

Tema ini mengetengahkan inovasi penggunaan teknologi geospatial seperti pemetaan digital, realiti maya, kecerdasan buatan (AI) dan metaverse dalam usaha memelihara, memperkenal serta menghidupkan semula warisan sejarah dan budaya secara lebih interaktif dan moden.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden RISM, LSr Dr. Mohd Yunus Mohd Yusoff. Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Dekan Akademik FAB, PM Sr Dr. Nor Rima Muhammad Arif, manakala LSr Dr. Noordin Ahmad, Naib Presiden Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) bertindak sebagai ketua juri pertandingan.

Penganjuran kali ini turut menerima sokongan padu melalui tajaan daripada Lembaga Jurukur Tanah (LJT), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Geodetic Solution Sdn. Bhd., Bandwork GPS Solution Sdn. Bhd., Juruukur Al-Fateh, Syarikat Ayob bin Saud, Syarikat Jurukur Konsultan Sdn. Bhd. serta Jurukur Nik Hisham & Tung Sdn. Bhd.

Menariknya, NGGSIC2026 membuka penyertaan buat pertama kali kepada pelajar sekolah dengan misi memperluas pendedahan bidang geomatik dan geoinformatik kepada generasi muda. Lebih 200 pelajar sekolah sekitar Perlis menyertai sesi ceramah bertajuk โ€œGeomatik 360: Sinergi RISM & Industri Memacu Teknologi Masa Depanโ€ oleh LSr Dr. Mohd Yunus Mohd Yusoff serta ceramah โ€œTeroka Dunia Geomatik: Kerjaya โ€˜Hi-Techโ€™ Masa Depan Anda!โ€ oleh LSr Dr. Noordin Ahmad.

Selain itu, kategori baharu Creative Map (Sekolah) turut diperkenalkan dengan penyertaan daripada lima buah sekolah.

Sebanyak 59 penyertaan telah dipertandingkan menerusi empat kategori utama iaitu:
โ€ข Creative Map (Diploma)
โ€ข Creative Map (Ijazah)
โ€ข System Innovation/Gadget (Diploma)
โ€ข System Innovation/Gadget (Ijazah)

FAB UiTM Cawangan Perlis turut mencatat pencapaian membanggakan dengan merangkul beberapa kemenangan:

Creative Map (Diploma)

๐Ÿฅ‡ Perlis GeoVibes: Where Heritage Meets Gen Z (Gold)
๐Ÿฅ‰ Wildlife on Edge: Mapping the Endangered Natural Heritage of Peninsular Malaysia (Bronze)
๐Ÿฅ‰ Southeast Asia Countries with Most UNESCO World Heritage Sites (Bronze)

Creative Map (Ijazah)

๐Ÿฅ‡ Hidden Beneath Time: Ancient Cave Heritage in Peninsular Malaysia (1st Place, Gold)
๐Ÿฅ‰ Spatial Analysis of Land Surface Temperature in Heritage Areas of Penang (Bronze)
๐Ÿฅ‰ Past Meets Pixel: Visualising Kuala Lumpurโ€™s Heritage in the Geospatial Metaverse (Bronze)

System Innovation/Gadget (Diploma)

๐Ÿฅˆ WALIES: A Conversational AI Interface for Blue Carbon Estimation in Mangrove Ecosystems (Silver)
๐Ÿฅ‰ Interactive Risk Monitoring System for Heritage Sites (Bronze)
๐Ÿฅ‰ A Perlis Mobile GIS App for Drug Addicts (Bronze)

System Innovation/Gadget (Ijazah)

๐Ÿฅˆ Reconstruction of Kuala Pak Amat 1941 Using Tidal Data and Geospatial Metaverse (Silver)
๐Ÿฅ‰ Rhythm of Malaysia: Rediscovering Folk Song Heritage Across Generations (Bronze)
๐Ÿฅ‰ Smart Conservation of Heritage Buildings Using AI and Spectral Reflectance of Materials (Bronze)

Penganjuran 13th NGGSIC2026 membuktikan bahawa inovasi geospatial dan dunia metaverse berupaya menjadi medium efektif dalam memastikan khazanah warisan terus dipelihara, dihayati dan diwariskan dalam bentuk yang lebih hidup, interaktif serta relevan merentas zaman.

Fakulti Alam Bina - FAB Universiti Teknologi MARA
UiTM Cawangan Perlis
PEJUTA - Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia
Lembaga Jurukur Tanah
RISM - GLS Division

FAKULTI ALAM BINA RAI 113 GRADUAN PADA ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-10421 Mei 2026, Shah Alam โ€“ Istiadat Konvokesyen UiT...
21/05/2026

FAKULTI ALAM BINA RAI 113 GRADUAN PADA ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-104

21 Mei 2026, Shah Alam โ€“ Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-104 bagi UiTM Cawangan Perlis, Sidang 21 (Pagi) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Tuanku Agong Canselor pada pagi tadi.

Seramai 1,053 graduan diraikan pada sidang tersebut, termasuk 113 graduan daripada Fakulti Alam Bina yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah tiga pensyarah Fakulti Alam Bina iaitu Puan Siti Aminah Anshah, Sr. Gs. Noorfatekah Talib, dan Sr. Gs. Dr. Fazly Amri Mohd bagi bersama-sama meraikan kejayaan para graduan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua graduan atas pencapaian ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Fakulti Alam Bina - FAB Universiti Teknologi MARA
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis Kampus Arau

21/05/2026

ุชู‡ู†ูŠุฆู‡
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Universiti Teknologi MARA atas pencapaian membanggakan dalam Kadar Bekerja Graduan (GE) 2025 sebanyak 94.5% serta Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) 2025 sebanyak 94.6%.

Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan UiTM dalam melahirkan graduan holistik, kompeten, berdaya saing dan relevan dengan kehendak industri serta keperluan negara. Kejayaan ini juga mencerminkan usaha bersepadu pensyarah, staf, pelajar, alumni dan rakan industri dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Semoga UiTM terus unggul sebagai institusi yang melahirkan modal insan profesional, berkualiti dan berjiwa besar demi agama, bangsa dan tanah air.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

It's happening now ๐Ÿฅฐโ˜บ๏ธ
21/05/2026

It's happening now ๐Ÿฅฐโ˜บ๏ธ

21/05/2026

Address

Arau
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengajian Sains Ukur dan Geomatik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pengajian Sains Ukur dan Geomatik:

Share