04/08/2026
[MAKLUMAN PERPINDAHAN PELAJAR DIPLOMA SIDANG AKADEMIK 2026/2027]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP. Salam Malaysia MADANI.
Dimaklumkan bahawa Pusat Perumahan Pelajar (PPP) telah mengeluarkan memo berkaitan Perpindahan Pelajar Diploma Sidang Akademik 2026/2027 ke kolej kediaman Kampus Pauh Putra.
Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang terlibat diminta untuk mengambil perhatian terhadap jadual perpindahan, lokasi pendaftaran serta arahan yang telah ditetapkan oleh pihak PPP.
Pelajar juga diingatkan agar:
✅ Mendaftar keluar dan menyerahkan kunci bilik asal sebelum berpindah.
✅ Mengikuti jadual perpindahan yang telah ditetapkan.
✅ Membuat pendaftaran masuk di kolej kediaman baharu mengikut arahan dalam memo.
Mohon semua pelajar yang terlibat memberikan kerjasama bagi memastikan proses perpindahan berjalan dengan lancar.
Sila rujuk memo yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (MPKKTTF)
"Empowering Community Through Togetherness"