Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi)

Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah universiti awam ke-19 berteraskan keusahawanan.

UMK melahirkan graduan inovatif, memperkukuh kecemerlangan akademik dan penyelidikan, serta mengangkat jenama sebagai Entrepreneurial University negara. Laman sosial UMK ini diwujudkan bagi tujuan penghebahan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti semasa yang berlangsung di UMK. Semoga laman sosial ini juga menjadi satu platform yang baik untuk menghubungkan warga UMK dengan semua lapisan masyarakat dan menjadi saluran ilmiah untuk semua.

Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta Seluruh Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merakamkan uca...
15/05/2026

Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta Seluruh Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merakamkan ucapan Tahniah kepada Muhammad Faris bin Faizal Haedee, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Sumber Asli), Fakulti Sains Bumi (FSB)
atas kejayaan merangkul 3 Pingat Emas bagi Kategori Men's Classic Physique Junior, Men's Physique Junior serta dinobatkan sebagai Overall Champion Junior pada Pertandingan Bina Badan IFBBPRO NPC Regional Malaysia/Singapore 2026 di Johor Baharu.


PELAJAR UMK MENANG TIGA PINGAT EMAS DAN JUARA PERTANDINGAN BINA BADAN NPC REGIONAL  GLOBAL CLASSIC MALAYSIA/ SINGAPORE 2...
15/05/2026

PELAJAR UMK MENANG TIGA PINGAT EMAS DAN JUARA PERTANDINGAN BINA BADAN NPC REGIONAL GLOBAL CLASSIC MALAYSIA/ SINGAPORE 2026

JOHOR BHARU 14 Mei 2026 I Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Sumber Asli), Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Muhammad Faris bin Faizal Haedee berjaya mengharumkan nama universiti apabila dinobatkan selaku juara Pertandingan Bina Badan NPC Regional Global Classic Malaysia/Singapore 2026 di Johor Baharu, baru- baru ini.

Muhammad Faris telah berjaya merangkul tiga pingat emas bagi kategori Men’s Classic Physique Junior, Men’s Physique Junior sekaligus bergelar sebagai Overall Champion Junior.

Lebih membanggakan, Pertandingan Bina Badan NPC Regional Global Classic Malaysia/Singapore 2026 adalah pentas pertamanya bertanding dalam sukan bina badan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kejayaan memenangi tiga pingat emas di pertandingan ini adalah hasil daripada disiplin, pengorbanan, latihan yang konsisten, serta sokongan daripada pihak universiti, keluarga, jurulatih dan rakan-rakan beliau.

Katanya, beliau telah membuat persiapan rapi dari segi fizikal serta badan yang siap untuk bertanding bersama barisan atlet dari luar dan dalam negara, manakala dari segi mental kena siap menghadapi siapa pun barisan peserta dari luar dan dalam negara.

“Saya amat berbesar hati dapat mewakili nama Malaysia di pentas antarabangsa ini menerusi pertandingan yang menghimpunkan nama-nama besar dalam arena sukan bina badan dari seluruh negara.

“Saya juga sentiasa fokus dalam penjagaan makanan contohnya diet kena solid dan membuat latihan dari segi latihan bebanan dan latihan kardio
serta amalan bangun awal pagi bersiap untuk latihan dan sediakan pelan menu harian dan tidur awal untuk lebih recovery,” katanya.

Muhammad Faris adalah anak kelahiran Sungai Petani, Kedah telah minat dalam acara sukan bina badan sejak dari bangku sekolah dan menjadikan atlet dan lagenda bina badan Malaysia, Sazali Samad sebagai idolanya.

Beliau sebelum ini pernah bertanding sukan bina badan peringkat kebangsaan iaitu Mr Kedah 2023,
Mr Pesta Pulau Pinang, Mr perak 2024 dan Mr Pahang 2024.

Muhammad Faris telah berjaya tiga kali menang di peringkat nasional dan pertama kali menjadi juara di peringkat antarabangsa.

Beliau kini sedang membuat persiapan untuk
untuk pertandingan terdekat Mr KL pada September dan mempunyai target untuk mewakili Kedah ke pertandingan Mr Malaysia pada Oktober.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dekan Fakulti Sains Bumi (FSB) atas sokongan penyertaannya dalam pertandingan Bina Badan NPC Regional Global Classic Malaysia/Singapore 2026.

Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK




Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.

KOLABORASI UNIVERSITI, INDUSTRI PACU MASA DEPAN UMK SASAR 10 SYARIKAT STARTUP PELAJAR DALAM BIDANG DRON DAN DEEP-TECHUMK...
14/05/2026

KOLABORASI UNIVERSITI, INDUSTRI PACU MASA DEPAN UMK SASAR 10 SYARIKAT STARTUP PELAJAR DALAM BIDANG DRON DAN DEEP-TECH

UMK Kampus Jeli 13 Mei 2026 I Kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan industri memainkan peranan penting dalam melahirkan sekurang-kurangnya 10 startup pelajar dalam bidang dron dan teknologi pada masa depan.

Pengarah, Ignite Venture Lab UMK, Ts. Dr. Hana Yazmeen binti Hapiz berkata, UMK mahu pelajarnya bukan sahaja memperoleh ilmu keusahawanan ketika berada di kampus, tetapi turut menjalani latihan dan kemahiran teknikal berkaitan dron dan teknologi masa hadapan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran untuk menyokong aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab startup utama di peringkat global menjelang 2030.

Justeru, kerjasama kukuh UMK rakan industri seperti Cradle Fund Sdn Bhd, Skyhigh Technology, Aonic Sdn Bhd, Globe Resources Sdn Bhd, Padeetech Sdn Bhd dan lain-lain membuktikan bahawa kolaborasi universiti-industri adalah kunci kepada kejayaan pembangunan bakat dan inovasi.

Beliau berkata, strategi UMK menganjurkan IVL Startup Open Week 2026 bertemakan “IVL Sky Lab – Where Deep Tech Takes Flight: Launching the Next Generation of AeroFounders adalah antara inisiatif untuk melahirkan sekurang-kurangnya 10 startup pelajar dalam bidang dron dan deep-tech.

“Program ini telah berjaya menarik penyertaan 300 mahasiswa daripada ketiga-tiga kampus UMK, serta turut melibatkan pensyarah, komuniti, pelajar sekolah untuk mendapat pendedahan berteraskan deep technology seperti dron, sistem tanpa pemandu (UAV), Internet of Things (IoT), kecerdasan buatan serta embedded systems yang menjadi pemacu utama ekonomi masa hadapan.

“Pemilihan kampus Jeli sebagai lokasi penganjuran adalah amat signifikan dengan kekuatan unik sebagai hab teknologi pertanian (smart agriculture), sekali gus menjadikannya platform terbaik untuk integrasi teknologi dron dalam sektor agri-tech.

“Ianya selari dengan trend global yang menyaksikan peningkatan penggunaan agri-tech dan automasi dalam memastikan keselamatan makanan dan kelestarian sumber,” katanya pada majlis perasmian IVL Startup Open Week 2026, di Dewan Utama, UMK Kampus Jeli, Kelantan, hari ini.

Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus Jeli, Prof. Ts. Dr. Aweng A/L Eh Rak.

Turut hadir, Naib Presiden Kanan, Kumpulan Operasi, Cradle Fund Sdn Bhd, Puan Juliana Jan, Ketua Unit (AVP), Pembangunan Ekosistem (Malaysia), Cradle Sdn Bhd., Encik Noor Hisham Abdul Bari, Pengarah, Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan (CEED) UMK, Dr. Mohd Safwan Ghazali.

Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Aweng berkata, kursus berkenaan bagi memberi pendedahan kepada pelajar UMK tentang ekosistem startup yang menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan.

Katanya, melalui sokongan agensi seperti Cradle Fund, MYStartup, dan pelbagai inisiatif kerajaan, kita melihat peningkatan dalam bilangan startup teknologi, termasuk dalam bidang dron, fintech dan smart agriculture.

“Malaysia kini sedang bergerak ke arah menjadi hab inovasi serantau, dan universiti seperti UMK memainkan peranan penting sebagai talent pipeline kepada ekosistem ini.

“Melalui inisiatif sebegini menerusi IVL, CEED dan TTC kita dapat memperkukuh pembangunan bakat pelajar secara lebih berfokus dan berimpak tinggi, selaras dengan keperluan dunia sebenar.

“Startup pelajar UMK kini benar-benar memperlihatkan taring di pentas nasional. Leaf Eternal Trading telah dinobatkan sebagai Johan LaunchX 2025/2026, manakala Blooming Seed turut mencipta kejayaan sebagai Juara Business Combat 2026 baru-baru ini,” jelas beliau.

Tambah beliau, kedua-duanya bukan sahaja mengatasi persaingan sengit daripada institusi seluruh negara, malah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM15,000 serta telah mendapat publisiti yang meluas di media masa, satu pencapaian yang amat membanggakan.

“Ianya membuktikan bahawa pelajar UMK mampu menterjemahkan idea kepada inovasi yang berdaya saing dan memberi impak sebenar kepada pasaran,” katanya lagi.

Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK




Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.

14/05/2026
13/05/2026

Mari semua yang ada joran alah ko UMK Bachok…

Bawak joran demo, umpan rahsia demo, dan nasib demo sekali… mana tahu hari tu rezeki demo tapau ikan besar 🐟

🏆 PERTANDINGAN MEMANCING UMK SIRI 2
📅 16 Mei 2026 | Sabtu
🕘 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Kolam Utama, UMK Bachok

💰 Johan Kategori Keli RM2000
🐟 Patin Terberat RM100
🎯 50 ranking sapu bersih menanti!

Yuran RM35 jah...
Terbuka kepada semua..

Jom santai-santai sambil memancing.
Mana tahu balik nanti bukan setakat dapat ikan… dapat sekali gelaran juara joran 🎣🔥




Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.

13/05/2026

Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI) melalui Ignite Venture Lab (IVL) dengan kerjasama Cradle Fund Sdn. Bhd. akan menganjurkan IVL Startup Open Week 2026 pada 13 hingga 14 Mei 2026 bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Jeli. Program ini merupakan inisiatif strategik universiti dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan berteraskan inovasi, teknologi dan pembangunan startup berimpak tinggi, di samping menyediakan pelbagai pengisian berbentuk perkongsian ilmu, pendedahan industri dan pembangunan bakat pelajar.

Tarikh : 13 hingga 14 Mei 2026 (Rabu hingga Khamis)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Utama, UMK Kampus Jeli
UMKEI




Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share. See less

Dunia hari ini semakin tidak menentu.Konflik geopolitik, perang perdagangan, perubahan iklim dan gangguan rantaian bekal...
13/05/2026

Dunia hari ini semakin tidak menentu.
Konflik geopolitik, perang perdagangan, perubahan iklim dan gangguan rantaian bekalan global kini memberi kesan langsung kepada harga serta bekalan makanan di seluruh dunia.

Malaysia juga tidak terkecuali.

Persoalannya, sejauh mana negara benar-benar bersedia menghadapi krisis makanan sekiranya berlaku kejutan global yang lebih besar?

Sama-sama kita ikuti kupasan isu oleh Prof Madya Dr Seri Intan Mokhtar, Pensyarah Kanan, Fakulti Industri Asas Tani dalam slot siaran Astro Awani Saluran 501 jam 11.00 pagi ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK




Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.

Saluran berita yang paling dipercayai di Malaysia kini dibawakan secara langsung kepada anda menerusi platform Youtube. Ikuti perkembangan terkini dalam dan ...

SUKARELAWAN UNIVERSITI AWAM DAN IPTS CIPTA MALAYSIA BOOK OF RECORDS NILAI 1,019 POKOK TERBANYAK BAGI THE MOST TREES ASSE...
12/05/2026

SUKARELAWAN UNIVERSITI AWAM DAN IPTS CIPTA MALAYSIA BOOK OF RECORDS NILAI 1,019 POKOK TERBANYAK BAGI THE MOST TREES ASSESSED IN A FOREST HEALTH MONITORING PROGRAMME DI HUTAN HUJAN ROYAL BELUM-TEMENGOR

GERIK 12 Mei 2026 I Sukarelawan siswa/siswi dari seluruh Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hari ini mencipta Malaysia Books of Record (MBOR) dengan sokongan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia menerusi The Most Trees Assessed In A Forest Health Monitoring Programme yang berlangsung pada 12 Mei 2026, bertempat di UMKTRaCe, Hutan Hujan Royal Belum-Temengor, Perak.

Penilaian pokok terbanyak, 1,019 pokok hutan oleh sukarelawan mahasiswa itu telah dinilai oleh MBOR dalam satu program pemantauan kesihatan hutan di landskap Royal Belum-Temengor, Gerik, Perak menerusi penyertaan 249 lebih sukarelawan mahasiswa, 30 pegawai daripada MASKUM serta sokongan 19 rakan strategik dan penaja sekaligus menjadikan program ini program misi sukarelawan kelestarian alam sekitar yang terbesar di Malaysia.

Usaha ini sebagai simbolik melakar nama dalam Malaysia Book of Records sempena program Eco Guardian Initiative Programme (eGIP) 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia (MASKUM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Yayasan Perkasa Siswa (YPS) dan Pulau Banding Foundation (PBF).

Majlis penyerahan sijil MBOR bagi pencapaian Most Trees In A Forest Health Monitoring Programme telah diserahkan oleh Pegawai MBOR, En. Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada Pengarah BHEP, Encik Hirman bin Awang.

Menurut Encik Hirman, JPT bersama MASKUM merangka eGIP 2026 sebagai satu inisiatif strategik dalam memperkukuh agenda penjagaan alam sekitar serta membudayakan kesedaran kelestarian dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat.

BHEP JPT juga akan menyalurkan RM5,000 geran khas kepada setiap 20 UA menjadikan jumlah keseluruhan geran khas sebanyak RM100,000 sekaligus menangkat nilai kelangsungan eGIP sebagai acara tahunan yang berimpak tinggi dan UA akan menjadi tuan rumah secara giliran.

JPT bersama MASKUM merangka eGIP 2026 sebagai satu inisiatif strategik dalam memperkukuh agenda penjagaan alam sekitar serta membudayakan kesedaran kelestarian dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat.

Katanya, program ini adalah sebagai platform untuk melahirkan generasi belia yang bukan sahaja peka terhadap isu alam sekitar, malah mampu bertindak secara proaktif melalui pendekatan pembelajaran imersif (immersive experience) dan pengalaman lapangan secara langsung.

“Pendekatan “living laboratory” di landskap Royal Belum-Temengor, para peserta didedahkan kepada aktiviti konservasi, pemantauan biodiversiti dan tindakan pemuliharaan alam sekitar bagi membina kefahaman yang lebih holistik terhadap kepentingan menjaga keseimbangan ekosistem dan warisan semula jadi negara.

“Lebih signifikan, program ini tidak hanya tertumpu kepada pengiraan jumlah pokok semata-mata, sebaliknya memperkenalkan pendekatan pemantauan kesihatan hutan yang lebih menyeluruh melalui empat komponen utama iaitu kesihatan pokok, kesihatan tanah dan persekitaran, pencemaran serta pemerhatian hidupan liar.

“Antara data lapangan yang direkodkan termasuk diameter pokok (DBH), ketinggian pokok, keadaan batang, status spesies, pH tanah, kelembapan tanah, litupan kanopi, kehadiran kulat, pencemaran sampah serta penampakan fauna liar,” katanya pada majlis perasmian eGIP: Eco Pledge Penanaman Pokok 2026 dan Penyampaian Sijil MBOR di UMKTRaCe, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Huzili Hussin yang mewakili Naib Canselor UMK, Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Ab. Halim dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni) UMS, Prof. Dr. Raman Noordin dan Pegawai Rasmi MBOR, Pn. Siti Nurhanim Mohd Noh.

Sementara itu, Prof. Dr. Huzili berkata, program ini turut memberi penekanan kepada tindakan pemuliharaan secara langsung apabila sebanyak 200 pokok hutan dan 60 tumbuhan herba berjaya ditanam sepanjang program berlangsung.

“Aktiviti plogging yang dijalankan oleh para peserta juga berjaya mengalihkan hampir 48.92 kilogram sampah daripada kawasan semula jadi sekitar Pulau Banding,” jelas beliau.

Manakala, Dr. Muhammad Firdaus Abd. Karim berkata, sehingga jam 10:36 malam semalam, sebanyak 1,000 pokok telah berjaya direkod dan dinilai dalam program tersebut.

“Manakala setakat jam 8:19 pagi hari ini, jumlah tersebut meningkat kepada 1,019 rekod bagi kategoriPokok Terbanyak Dinilai Dalam Satu Program Pemantauan Kesihatan Hutan.

“Tambahan 19 rekod telah disumbangkan oleh mahasiswa UMK melalui kelab TRaCe Research and Conservation Explorers (TREX) bersama Persatuan Arborist Malaysia dan Belum Forest Friends sebagai simbolik memperingati penubuhan UMK sebagai Universiti Awam ke-19 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia,” jelas beliau.

Katanya, menerusi program eGIP 2026 telah merekodkan penemuan bahawa landskap Royal Belum-Temengor di Pulau Banding ini masih mengekalkan ciri ekologi yang baik dengan purata litupan kanopi sekitar 35.45 - 63.9 peratus serta purata bacaan pH tanah sekitar 6.5 yang sesuai untuk kebanyakan spesies hutan tropika.

“Selain itu, pelbagai tanda kewujudan hidupan liar turut direkodkan termasuk burung, primata, rusa, reptilia dan kesan jejak haiwan, sekali gus menunjukkan kawasan tersebut masih berfungsi sebagai habitat penting bioderversiti negara, jelasnya

Kejayaan eGIP 2026 turut diperkukuhkan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perak, PERHILITAN Perak, Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC), Belum Rainforest Resort, Jabatan Perikanan Perak, Majlis Daerah Gerik, JKR Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital Gerik, Pejabat Kesihatan Daerah, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malaysia Book of Records, Persatuan Arborist Malaysia serta penaja program, Extra Joss.

Kejayaan penganjuran eGIP 2026 memperlihatkan bagaimana sinergi antara kerajaan, institusi pengajian tinggi, badan profesional, komuniti dan mahasiswa mampu membentuk model baharu pemantauankesihatan hutan berasaskan sukarelawan yang bukan sahaja relevan dalam konteks pendidikan tinggi, malah berpotensi menjadi platform penting dalam agenda konservasi dan kelestarian alam sekitar negara pada masa hadapan.

Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK




Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.

Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta Seluruh Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merakamkan uca...
11/05/2026

Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta Seluruh Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merakamkan ucapan Tahniah kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK

Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta Seluruh Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merakamkan uca...
11/05/2026

Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta Seluruh Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merakamkan ucapan Tahniah kepada Encik Ahmad Rizal Adnan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK

Address

Universiti Malaysia
Bachok
16300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi):

Share