12/06/2026
PROGRAM KEM KEPIMPINAN SMK PUTERI SAADONG 2026
๐ Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok ๐
10 & 11 Jun 2026 | Rabu & Khamis
Seramai 120 orang pelajar SMK Puteri Saadong telah menyertai Program Kem Kepimpinan hasil kerjasama antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan SMK Puteri Saadong bagi membentuk generasi pelajar yang berkeyakinan, berwawasan serta memiliki jati diri yang tinggi.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Khairul Eruwan bin Abdul Halim, Pendaftar UMK pada 10 Jun 2026.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah, kepimpinan, komunikasi berkesan, kerja berpasukan, pemikiran kreatif serta pembinaan karakter pemimpin masa hadapan.
Program ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dunia pendidikan tinggi serta membuka minda terhadap peluang dan cabaran yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai kepimpinan yang diperoleh dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan diri, sekolah, masyarakat dan negara.
"Pemimpin hari ini dibentuk untuk mencipta masa depan yang lebih gemilang."
pendaftar umk
malaysiamadani