Kolej Vokasional Kerian

Kolej Vokasional Kerian INFO TERKINI KOLEJ VOKASIONAL KERIAN

5 JUN 2026Tahniah dan Syabas! Seluruh warga Kolej Vokasional Kerian merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat oran...
05/06/2026

5 JUN 2026

Tahniah dan Syabas!

Seluruh warga Kolej Vokasional Kerian merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat orang pensyarah atas kejayaan memperoleh kenaikan pangkat berdasarkan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).

Senarai penerima kenaikan pangkat:

1. En. Fakhrul Anuar bin Mokhtar
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA)
DG14
2. Pn. Norizan binti Hassan
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
DG14
3. Pn. Mislia binti Dullami
DG13
4. Pn. Nur Alysha Chai binti Abdullah
DG13

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam melaksanakan amanah, memperkasa pendidikan TVET serta memberi inspirasi kepada warga pendidik yang lain.

Tahniah dan selamat maju jaya.



26 MEI 2026Salam Aidiladha 1447HSeluruh warga Kolej Vokasional Kerian mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ...
26/05/2026

26 MEI 2026

Salam Aidiladha 1447H

Seluruh warga Kolej Vokasional Kerian mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.

Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Semoga segala amal ibadah diterima serta hubungan silaturahim terus diperkukuhkan bersama keluarga, sahabat dan warga KVK.

β€œPengorbanan yang ikhlas melahirkan kekuatan jiwa dan menyatukan hati.”

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin.

# kvk

22 MEI 2026Forum 5th International Youth Talk 2026 telah berlangsung dengan jayanya, menampilkan penyertaan tiga orang p...
26/05/2026

22 MEI 2026

Forum 5th International Youth Talk 2026 telah berlangsung dengan jayanya, menampilkan penyertaan tiga orang pelajar dari Kolej Vokasional Kerian yang berjaya membentangkan idea dan pandangan mereka dengan penuh keyakinan dan berwibawa. Program ini turut menghimpunkan penyertaan daripada lima buah negara iaitu Indonesia, Laos, Malaysia, Brunei dan Filipina, sekali gus menjadikannya sebuah platform perkongsian ilmu bertaraf antarabangsa.

Mengangkat topik β€œEcological Protection: Can Sorting Trash Really Change the World?”, para pelajar telah mengupas isu kelestarian alam sekitar dari perspektif generasi muda yang kritis, kreatif dan berdaya saing. Pembentangan yang disampaikan menonjolkan kesedaran terhadap tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar serta kepentingan tindakan kecil yang mampu memberi impak besar kepada dunia.

Nur Aireen Alya Binti Mohamed Ezrin Shah, Syahir Syahmi Bin Salehudin dan Nurin Irdina Binti Sahrolnizam telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung. Penyertaan ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis pelajar, malah memberi pendedahan kepada mereka untuk berinteraksi di peringkat antarabangsa.

Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam melahirkan generasi muda yang prihatin, berilmu dan bersedia memimpin masa depan ke arah yang lebih lestari. 🌍✨



21 MEI 2026🌸 Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat Kolej 🌸Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja peringkat kolej te...
25/05/2026

21 MEI 2026

🌸 Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat Kolej 🌸

Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja peringkat kolej telah diadakan dalam suasana santai namun penuh kemeriahan serta semangat kekeluargaan. Program ini menjadi tanda penghargaan kepada seluruh warga pendidik dan Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP) atas jasa, pengorbanan dan komitmen dalam memastikan kecemerlangan pengurusan serta pendidikan di kolej.

Majlis dimulakan dengan:
πŸ‡²πŸ‡Ύ Nyanyian Lagu Negaraku
πŸ–€πŸ’› Nyanyian Lagu Negeri Perak
πŸ“– Bacaan Perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
πŸŽ“ Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia oleh Puan Pengarah
🎢 Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia
πŸŽ‚ Acara memotong kek Hari Guru
🎭 Perarakan Maskot Rumah Sukan
πŸƒβ€β™‚οΈ Aktiviti sukaneka
🎁 Penyampaian hadiah

Pelbagai aktiviti yang dijalankan berjaya menceriakan sambutan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kolej.

Semoga sambutan ini terus menjadi penghargaan bermakna kepada guru-guru yang mendidik anak bangsa serta seluruh AKP yang sentiasa komited memastikan kelancaran pengurusan kolej.

✨ Selamat Hari Guru & Selamat Hari Pekerja ✨


23 MEI 2026Selamat Bercuti Semester Buat seluruh warga pensyarah dan pelajar Kolej Vokasional Kerian, selamat menikmati ...
23/05/2026

23 MEI 2026

Selamat Bercuti Semester

Buat seluruh warga pensyarah dan pelajar Kolej Vokasional Kerian, selamat menikmati cuti semester yang bermula 23 Mei hingga 7 Jun 2026.

Gunakan masa cuti ini untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta melakukan aktiviti yang bermanfaat. Semoga cuti ini memberi ruang untuk menyegarkan minda dan kembali semula ke kolej dengan semangat, motivasi dan azam yang lebih tinggi.

Jaga diri, jaga kesihatan dan selamat bercuti.



22 MEI 2026πŸ“šβœ¨ PROGRAM PERKONGSIAN ILMU PENDIDIKAN TINGGI BERSAMA Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) βœ¨πŸ“šSatu perkon...
22/05/2026

22 MEI 2026

πŸ“šβœ¨ PROGRAM PERKONGSIAN ILMU PENDIDIKAN TINGGI BERSAMA Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) βœ¨πŸ“š
Satu perkongsian penuh inspirasi khas buat semua pelajar KV Kerian dalam meneroka peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi serta merancang hala tuju masa depan dengan lebih yakin.
πŸ—“οΈ 22 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Dewan Semarak Budi
πŸ‘₯ Semua pelajar KV Kerian

Anjuran :
Unit Psikologi & Kerjaya
bersama Unit Pengurusan Pelajar

🌟 β€œMasa depan bermula dengan langkah hari ini.”
Semoga program ini memberi manfaat, motivasi dan semangat baharu kepada seluruh pelajar untuk terus mengejar impian dan kejayaan.

PelajarCemerlang

22 MEI 2026PROGRAM JAUHI BULI, SILAP LANGKAH MUSNAH MASA DEPAN (Bersama Penolong Penguasa Penjara)Tarikh: 22 Mei 2026 (J...
22/05/2026

22 MEI 2026

PROGRAM JAUHI BULI, SILAP LANGKAH MUSNAH MASA DEPAN (Bersama Penolong Penguasa Penjara)

Tarikh: 22 Mei 2026 (Jumaat)
Masa: 8.30 - 10.30 pagi
Tempat: Dewan Semarak Budi
Sasaran : Semua pelajar KV Kerian
Anjuran : Unit Psikologi & Kerjaya Bersama Unit Pengurusan Pelajar



21 MEI 2026Tahniah diucapkan kepada peserta nyanyian Kolej Vokasional Kerian dalam Pertandingan KV Terukir di Bintang Zo...
22/05/2026

21 MEI 2026

Tahniah diucapkan kepada peserta nyanyian Kolej Vokasional Kerian dalam Pertandingan KV Terukir di Bintang Zon Perak 2026 yang telah berlangsung pada 21 Mei 2026 bertempat di Kolej Vokasional Seri Iskandar🎀🌟

KV Kerian telah menghantar 4 penyertaan:
πŸŽ™οΈ 2 kategori solo
πŸŽ™οΈ 2 kategori duet

Kategori solo berjaya mengharumkan nama KV Kerian:
πŸ₯ˆ Muhammad Amar Danial β€” Naib Johan
πŸ₯‰ Nur Alya Erriena β€” Tempat Ketiga

Walaupun kategori duet tidak berjaya membawa pulang kemenangan, persembahan yang diberikan tetap membanggakan dan penuh semangat. πŸ’ͺ✨

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas usaha, komitmen dan keberanian memberikan persembahan terbaik. Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama KV Kerian di pentas yang lebih tinggi! πŸŒŸπŸ‘




21 MEI 2026Esok kita melangkah, hari ini kita bersedia. πŸ“šβœ¨Program Perkongsian Ilmu Pendidikan Tinggi bersama Kolej Vokas...
21/05/2026

21 MEI 2026

Esok kita melangkah, hari ini kita bersedia. πŸ“šβœ¨

Program Perkongsian Ilmu Pendidikan Tinggi bersama Kolej Vokasional Kerian menghimpunkan perkongsian idea, pengalaman dan inspirasi daripada dunia pendidikan tinggi ke arah membina masa depan yang lebih gemilang.

Semoga setiap sesi membuka minda, mencetuskan semangat dan memberi hala tuju baharu kepada semua yang hadir.

Jumpa anda di Dewan Semarak Budi. 🀝




20 MEI 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Program Kesetiausahaan Pentadbiran, Kolej Vokasional Kerian atas ...
20/05/2026

20 MEI 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Program Kesetiausahaan Pentadbiran, Kolej Vokasional Kerian atas pencapaian membanggakan dalam Malacca Youth STEM Innovation Carnival 2026 (MySTIC’26) yang berlangsung di SMKA Sharifah Rodziah, Melaka.

πŸ… Outstanding Gold Award & Top 5 Kategori Sekolah Menengah menerusi inovasi Pendrive Book
πŸ₯ˆ Silver Award menerusi inovasi Secretary Tool Kit

Kejayaan ini membuktikan kemampuan pelajar TVET dalam menghasilkan inovasi kreatif, praktikal dan berimpak tinggi selaras dengan pembudayaan STEM dan inovasi negara.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing atas dedikasi dan bimbingan yang berterusan dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing serta inovatif.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.



Address

Jalan SIAKAP
Bagan Serai
34300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
15:00 - 17:00

Telephone

+6057217084

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Vokasional Kerian:

Share