06/06/2026
TAHNIAH KONTINJEN POLYCC NEGERI SEMBILAN ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG DI 2ND POLYCC MALCiDAC 2026
6 Jun 2026 | Melaka
Kontinjen POLYCC Negeri Sembilan telah berjaya mencatatkan pencapaian yang membanggakan pada Majlis Penutup 2nd POLYCC MALCiDAC 2026 yang berlangsung di Politeknik Merlimau.
Dalam pertandingan yang menghimpunkan 11 kontinjen POLYCC dari seluruh negara, POLYCC Negeri Sembilan berjaya merangkul:
π₯ Naib Johan Kawad Kaki
π₯ Tempat Ketiga Keseluruhan
Sepanjang pertandingan, para peserta telah diuji melalui pelbagai acara yang menuntut ketahanan fizikal, kemahiran teknikal, disiplin serta semangat berpasukan, antaranya Kawad Kaki, Civil Defence Skill yang melibatkan Vehicle Extrication, Q&A Civil Defence, Melawan Kebakaran dan Kawad Usungan, selain Dapur Medan serta Kerohanian.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, komitmen yang tinggi, semangat juang yang kental serta kerjasama erat antara peserta, jurulatih dan pegawai pengiring yang sentiasa memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan atas sokongan, bimbingan, kemudahan latihan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang proses persiapan kontinjen sehingga berjaya mengharumkan nama POLYCC Negeri Sembilan.
Penghargaan turut diberikan kepada barisan Pengarah POLYCC Negeri Sembilan yang sentiasa menyokong pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar, khususnya Lt. Kol. Bersekutu (PA) Amalulkhair bin Sarbini, Pengarah Kolej Komuniti Jempol yang hadir memberikan sokongan dan semangat kepada kontinjen sepanjang program berlangsung.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen POLYCC Negeri Sembilan atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mengangkat nama institusi ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.
"Disiplin Diperkasa, Kemahiran Dijulang, Kecemerlangan Diteruskan."