Island College of Technology, Penang (ICT) juga dikenali sebagai Kolej Teknologi Pulau, Pulau Pinang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang ditubuhkan pada tahun 1998. ICT merupakan anak syarikat kepada JKP Sdn Bhd - Syarikat Milik Penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang secara rasmi mengambilalih pada 24 November 2011. ICT telah mendapat lesen daripada Kementerian Pengajian Tinggi Mal
aysia sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Justeru, ICT berupaya untuk menyediakan pelbagai program kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang berkualiti. ICT juga menawarkan kursus-kursus serta pengajian dari peringkat sijil hinggalah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sepenuhnya oleh pihak MQA dan kerajaan. Di samping itu, ICT menjalankan beberapa program francais dan kerjasama dengan universiti terkemuka tempatan dan antarabangsa seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Asia e Univeristy serta yang terbaru adalah International University Malaya - Wales.