02/06/2026
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐐𝐮𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚
𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐥 - Pusat Islam Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dengan kerjasama Kulliyyah Usuluddin, Sains al-Quran dan Bahasa Arab (KUBRA) serta Badan Kebajikan Staf (BKS) telah menganjurkan Program Qurban Perdana 2026 yang berlangsung di Surau Al-Insaniyyah, bermula seawal jam 8.00 pagi.
Program yang menghimpunkan warga kampus ini berlangsung dalam suasana penuh semangat kebersamaan dan ukhuwwah sekali gus mencerminkan nilai perpaduan yang utuh dalam komuniti UniSHAMS.
Sebanyak tiga ekor lembu dan tiga ekor kibas yang telah dikorbankan pada Sabtu lalu dibawa pada hari ini untuk aktiviti agihan serta gotong-royong memasak secara beramai-ramai melibatkan penyertaan aktif warga UniSHAMS dari pelbagai peringkat.
Suasana harmoni jelas terserlah apabila para peserta berganding bahu dalam penyediaan juadah, di samping mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga kampus.
Diharapkan program ini akan terus menjadi tradisi tahunan dalam memperkukuh budaya kasih sayang, perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan warga UniSHAMS.