Kolej Komuniti Bandar Baharu Kedah

Kolej Komuniti Bandar Baharu Kedah Menawarkan program SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF bagi lulusan SPM & kursus pendek kepada komuniti. Local Business

KURSUS ASAS CANVA Tarikh : 10 Mei 2026 (Ahad)Masa : 8.30 pagi - 12.00 tghTempat : Makmal Komputer, KKBBPengajar : Ts. Mo...
11/05/2026

KURSUS ASAS CANVA

Tarikh : 10 Mei 2026 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Makmal Komputer, KKBB
Pengajar : Ts. Mohd Khairul Nizam bin Md Sharib
Penyelaras : En. Mohd Naziman bin Sulaiman
Peserta : 19 pelajar sekolah rendah/menengah

Kursus Asas Canva ini telah disertai oleh seramai 19 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta berkaitan asas reka bentuk grafik digital menggunakan aplikasi Canva bagi meningkatkan kemahiran kreativiti dan komunikasi visual dalam kalangan pelajar.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta berpeluang mempelajari teknik asas menghasilkan poster, infografik dan reka bentuk kreatif secara mudah dan interaktif. Para peserta telah menghasilkan poster maya bertemakan Hari Ibu dan Hari Guru sempena bulan Mei 2026 ini. Program ini turut mendapat maklum balas yang amat positif daripada peserta serta berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta urus setia yang terlibat dalam menjayakan program ini.







KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 19 TAHUN ANJURAN KOLEJ KOMUNITI BANDAR BAHARU TAHUN 2026 Tarikh : 9 Mei 2026 (Sabtu)Masa : 8....
10/05/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 19 TAHUN ANJURAN KOLEJ KOMUNITI BANDAR BAHARU TAHUN 2026

Tarikh : 9 Mei 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Padang Awam Pekan Bandar Baharu, Kedah
Penglibatan : 8 pasukan Kelab Bola Sepak daripada komuniti setempat.

Pertandingan bola sepak ini telah diadakan secara liga berkumpulan. 4 pasukan layak ke peringkat separuh akhir dan sehingga peringkat akhir. Kejuaraaan kali ini telah dimenangi oleh pasukan Al Taj. Tahniah juga kepada semua kelab yang menyertai kejohanan kali ini.

Terima kasih kepada Kelab Pengadil Daerah Bandar Baharu, Kedah dengan kerjasama bersama KKBB dengan penanjuran kejohanan ini. Sekalung penghargaan juga buat semua jawatankuasa pengelola pertandingan yang terdiri daripada staf KKBB, jawatankuasa perwakilan pelajar KKBB.







πŸ“’ Hebahan Kursus Pendek Bulan Mei 2026 Kolej Komuniti Bandar Baharu! πŸŽ‰πŸ’‘ Nak tambah ilmu dan kemahiran? Jangan tunggu lam...
08/05/2026

πŸ“’ Hebahan Kursus Pendek Bulan Mei 2026 Kolej Komuniti Bandar Baharu! πŸŽ‰

πŸ’‘ Nak tambah ilmu dan kemahiran? Jangan tunggu lama-lama, jom segera daftar Kursus Pendek anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)Kolej Komuniti Bandar Baharu! Pelbagai kursus menarik menanti anda! πŸš€βœ¨

βœ… Permohonan Kursus Pendek boleh dibuat melalui pautan:
πŸ‘‰ https://app.mypolycc.edu.my/epsh/cc/borang/default.asp

πŸ“ž Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
05-716 9539 / 05-717 4516 / 016-4837880

πŸ“² Ikuti info terkini PSH melalui:
πŸ”Ή Whatsupp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Vb4uL60LY6d0Jp1jN942

πŸ”Ή Facebook: https://www.facebook.com/kkbandarbaharu
πŸ”Ή Laman Web Rasmi: https://kkbandarbaharu.mypolycc.edu.my

🌟 Jangan lepaskan peluang, daftar sekarang! πŸ’ͺ








MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR SEMESTER 3 SESI II 2025/2026 Tarikh : 7 Mei 2026Masa : 12.00 tengahari - 1.00 petang Tempat : ...
07/05/2026

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR SEMESTER 3 SESI II 2025/2026

Tarikh : 7 Mei 2026
Masa : 12.00 tengahari - 1.00 petang
Tempat : Dewan KKBB
Penglibatan : Pelajar Semester 3 dan Pensyarah KKBB

Telah berlangsung MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR SEMESTER 3 SESI II 2025/2026 anjuran Kolej Komuniti Bandar Baharu pada jam 12.00 tengah hari bertempat di Dewan KKBB. Majlis dimulakan dengan amanat daripada Tn. Pengarah KKBB, Encik Mohd Fuad bin Osman diikuti penyampaian Sijil Inkubator Keusahawanan serta hadiah Pertandingan TikTok Gerai Gempak Challenge 2026. Program diteruskan dengan sesi bersalam-salaman antara pensyarah dan pelajar sebagai simbol restu ilmu serta penghargaan sebelum majlis bersurai dengan jayanya.

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar Semester 3 KKBB yang akan menjalani LI pada Jun 2026 nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan.







PROGRAM β€˜MY FUTUREJOBS CAREER LAUNCHPAD’TARIKH : 5 MEI 2026 (SELASA)ANJURAN : UNIT PERHUBUNGAN INDUSTRI DAN ALUMNI DENGA...
07/05/2026

PROGRAM β€˜MY FUTUREJOBS CAREER LAUNCHPAD’

TARIKH : 5 MEI 2026 (SELASA)

ANJURAN :

UNIT PERHUBUNGAN INDUSTRI DAN ALUMNI
DENGAN KERJASAMA UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI HEP
KOLEJ KOMUNITI BANDAR BAHARU

Program My FutureJobs Career Launchpad melibatkan pelajar semester 3 Sijil Teknologi Automotif. Program ini merupakan satu inisiatif kerjasama antara agensi PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang bertujuan membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan serta pencari kerja. Program ini menyediakan platform pendedahan kepada peluang kerjaya, pembangunan kemahiran, serta maklumat berkaitan keselamatan sosial dan perancangan kewangan masa depan.







TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI PELAJAR BAGI SESI 1 2026/2027Tarikh : 4 Mei 2026 Masa : 9.00 pagiTempat : Dewan KKBB Pencera...
07/05/2026

TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI PELAJAR BAGI SESI 1 2026/2027

Tarikh : 4 Mei 2026
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan KKBB
Penceramah : Encik Muhammad Safarudin Bin Haji Pisal-Pegawai PPIA KKBB
Sasaran : Pelajar Semester 3







PASUKAN JURI KKBB DI PERTANDINGAN MINI KARNIVAL STEM PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN TAHUN 2026Pasukan KKBB yang...
07/05/2026

PASUKAN JURI KKBB DI PERTANDINGAN MINI KARNIVAL STEM PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN TAHUN 2026

Pasukan KKBB yang terdiri daripada pensyarah akademik KKBB dan staf KKBB telah memberikan khidmat sumbangan sebagai juri pertandingan Water Rocket, Magic Maths & Bridge Building di SMK Jit Sin 2, Seberang Perai Selatan. Ini adalah bersempena Pertandingan Mini Karnival Stem Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan yang telah diadakan pada 4,5 & 6 Mei 2026 lalu.

Penglibatan :

1. Ts. Nuraini Binti Md Saad
2. Ts. Hasmidah Binti Md Isa
3. Ts. Mohd Fakharul Helmi Bin Mohamad Saad
4. Ts. Mohd Khairul Nizam Bin Md Sharib
5. Pn. Faizatul Asma Binti Jaidin
6. Pn. Suraya Binti Ismail @ Shaari
7. En. Muhammad Safarudin Bin Haji Pisal
8. Tc. Azhar Bin Aziz
9. Tc. Ahmad Khairol Shah Bin Zakaria
10. En. Muhammad Azdha Bin Abaharim @ Baharim
11. En. Mohd Fuad Bin Osman
12. Ts. Mohd Noor Saifull Bin Abdul Karim







KURSUS ASAS PEMBINAAN ROBOTIK (SUMA ROBOT)πŸ“… Tarikh: 4 Mei 2026πŸ“ Tempat: Makmal Komputer KKBBπŸ‘¨β€πŸ« Pengajar: Ts. Mohd Fakha...
07/05/2026

KURSUS ASAS PEMBINAAN ROBOTIK (SUMA ROBOT)

πŸ“… Tarikh: 4 Mei 2026
πŸ“ Tempat: Makmal Komputer KKBB
πŸ‘¨β€πŸ« Pengajar: Ts. Mohd Fakharul Helmi
🀝 Pembantu/Penyelaras: En. Muhamad Safarudin
πŸ‘₯ Peserta: 34 orang pelajar SK Bandar Baharu

Pelajar Sukarelawan :

1. MUHAMMAD DARUL BIN ABDUL RAHMAN (SAU 3A)
2. MEGAT MUHAMMAD ADAM BIN MEGAT SALIM (SAU 3A)

Kursus ini bermula dengan sesi pendaftaran diikuti pengenalan asas robotik. Peserta didedahkan kepada konsep Sumo Robot, termasuk fungsi komponen utama serta asas penggunaan mikropengawal ESP32.

Seterusnya, dalam sesi amali, pelajar menjalankan aktiviti pemasangan komponen Sumo Robot dan pemasangan ESP32 sebagai β€œotak” robot. Peserta turut belajar menggunakan pengaturcaraan berasaskan blok (PictoBlox) untuk mengawal pergerakan robot.

Selepas waktu rehat, sesi diteruskan dengan pembinaan aturcara penuh, termasuk ujian larian robot dan sambungan antara remote control dengan robot. Kursus diakhiri dengan mini game Sumo Robot, memberi peluang kepada pelajar menguji kefahaman secara praktikal, sebelum majlis penutup dan penyampaian sijil.








πŸ“š KURSUS PENGURUSAN DAN PEMASARAN ASAS URUTANπŸ“… Tarikh: 2 Mei 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 9.00 pagi – 2.00 petangπŸ“ Tempat: Dewan ...
07/05/2026

πŸ“š KURSUS PENGURUSAN DAN PEMASARAN ASAS URUTAN

πŸ“… Tarikh: 2 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Kolej Komuniti Bandar Baharu
πŸ‘©β€πŸ« Pengajar: Pn Hida
🀝 Penyelaras: Ts. Mohd Fakharul Helmi
πŸ‘₯ Peserta: Masyarakat Setempat

Kursus ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan yang baik daripada masyarakat setempat. Program ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas urutan merangkumi teori dan praktikal.

Peserta didedahkan dengan teknik asas urutan, penggunaan alatan, adab dan persediaan sebelum mengurut, serta peluang menjana pendapatan melalui perkhidmatan urutan termasuk servis mobile dan home spa. Turut dikongsikan asas pengurusan perniagaan seperti pendaftaran SSM dan pengendalian operasi.

Sesi praktikal melibatkan urutan kepala, muka, leher dan bahu telah memberi pengalaman secara hands-on kepada peserta.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kemahiran dan membuka peluang menjana pendapatan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.








KURSUS URUTAN TRADISIONAL MELAYU KHAS UNTUK WANITA SIRI 2Tarikh :26 April 2026 (Ahad)Masa : 9.00pg 2.00ptgTempat : Bilik...
27/04/2026

KURSUS URUTAN TRADISIONAL MELAYU KHAS UNTUK WANITA SIRI 2

Tarikh :26 April 2026 (Ahad)
Masa : 9.00pg 2.00ptg
Tempat : Bilik Kuliah KKBB
Pengajar: Pn Hida (Pengajar Luar)
Penyelaras : Puan Suraya Ismail @ Shaari
Yuran Kursus : RM100
Peserta : Terbuka kpd Wanita sahaja

Kursus Urutan Tradisional Melayu Khas untuk Wanita Siri 2 merupakan lanjutan daripada peringkat asas yang memberi fokus kepada teknik urutan lanjutan khusus untuk kesihatan wanita. Kursus ini merangkumi kemahiran urutan seluruh badan dan teknik urutan perut dan rahimserta penggunaan minyak herba tradisional. Peserta juga didedahkan kepada kaedah rawatan tambahan seperti bertungku dan berbengkung, di samping menitikberatkan aspek keselamatan, kebersihan, dan etika bagi memastikan rawatan yang berkesan, selamat, dan profesional.








KURSUS PENDEK DIY ARDUINO PAGAR AUTOMATIK PINTARTarikh : 25 April 2026 (Sabtu)Masa : 8.00 pagi - 5.00 petangTempat : Mak...
27/04/2026

KURSUS PENDEK DIY ARDUINO PAGAR AUTOMATIK PINTAR

Tarikh : 25 April 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer
Pengajar : Ts. Hj. Mohd Fakharul Helmi bin Mohamad Saad
Penyelaras/Pembantu Pengajar: Muhammad Safarudin bin Hj Pisal
Sukarelawan : Muhammad Darul Bin Abdul Rahman
Peserta : Masyarakat setempat.

Kursus ini memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai penggunaan papan mikropengawal Arduino dalam membina sistem pagar automatik pintar. Peserta mempelajari komponen asas seperti Arduino, sensor (IR/ultrasonik), motor servo serta modul kawalan yang digunakan dalam sistem automasi.
Selain itu, peserta turut didedahkan kepada asas pengaturcaraan menggunakan platform mBlock yang berasaskan β€œblock-based coding”. Peserta belajar menggunakan elemen seperti blok kawalan (control), logik (if-else), pembolehubah (variables) dan input sensor untuk menghasilkan arahan membuka dan menutup pagar secara automatik.
Sepanjang kursus, peserta menjalankan aktiviti praktikal membina model pagar automatik yang boleh berfungsi menggunakan sensor dan logik pengaturcaraan. Di akhir kursus, peserta memahami konsep asas sistem automasi, sambungan litar serta penggunaan elemen mBlock dalam membina atur cara yang mudah dan efektif untuk aplikasi kehidupan sebenar.








Address

No. 1, Jalan Kolej Komuniti
Bandar Baharu
14200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bandar Baharu Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Komuniti Bandar Baharu Kedah:

Share